Bantahan penduduk kampong terhadap kerja-kerja itu disebabkan ianya akan mengundang pencemaran kepada sumber air bagi penduduk Kampong Bukit Sapi. Isu atau berita berkenaan telah disedari oleh penduduk kampong sejak lebih 7 bulan lalu. Malangnya tiada usaha membantah yang dilakukan oleh ketua kampong dan JKKK.
Penduduk kampong terpaksa bertindak sendirian kerana kegagalan JKKK membuat bantahan. Dengan alasan kesebokan yang terlampau JKKK tidak membuat bantahan sedangkan tak sampai sebulan bantahan dibuat pihak yang berwajik telah mengambil tindakan.
Satu ketika dahulu ada orang mengambil kayu di perkuburan begitu pantas JKKK bertindak, tetapi kerja pembalakan ini mereka terlalu lembab untuk bertindak.
Hari Jumaat 28hb.10.11 lalu diadakan satu majlis penerangan terhadap isu tersebut. Maka disitu keadaan sebanar bantahan berlaku. Penduduk membantah keras pembalakan tersebut. Saya mengucapkan tahniah atas tindakan tegas penduduk kampong yang berani menyuarakan hasrat penduduk kampong.
Sebenarnya penerangan tersebut tidak perlu diadakan disebabkan satu penyelesaian telah dicapai pada hari jumaat sebelumnya. Tetapi atas permintaan Ketua Kampong. ia di adakan juga.
YB Kenering juga turut hadir. Seolah suatu sessi yang cuba untuk mengalihkan isu. Ketua kampong tak buat bantahan sebenarnya tapi dengan sessi tersebut mereka menunjukkan bahawa merekalah yang bertindak untuk orang kampong.
Sesuatu yang terlalu sukar di fahami ialah dimana kedudukan ketua kampong dalam isu ini. Seolah-olah mereka amat berkehendak pembalakan itu sedang kelihatan mereka tidak adasebarang kepentingan. Sepatutnya mereka bersama penduduk kampong memastikan sumber air tidak tercemar tetapi tiada usul mereka kepada pihak-pihak terbabit.
Sesuatu yang malang kepada penduduk kampong jika pentadbir kampong tidak bertindak mengikut kehendak dan keperluan kampong.
No comments:
Post a Comment