sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Wednesday, July 11, 2012


Artis dan perjuangan

Petikan harakah

Zaman Shah Saiyan,
Kini ramai di kalangan artis yang sudah sedar tentang tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah SWT. Mereka berhijrah ke arah yang lebih baik demi mencari keredaan Allah serta ingin memperbaiki kehidupan mereka agar lebih baik daripada sebelumnya.

Malah ramai di kalangan mereka sedar akan tanggungjawab mereka sebagai rakyat. Mereka bukan sahaja artis yang semata-mata berlakon dan bernyanyi menghiburkan peminatnya semata-mata tetapi kesedaran terhadap apa yang berlaku di negara ini turut mereka ikuti dan rasai.

Satu perkembangan yang menarik sejak akhir-akhir ini, terdapatnya artis-artis yang turut serta dalam perjuangan menuntut keadilan dan kebenaran ini sama ada mereka menyertai PAS mahu pun Keadilan. Mereka turut terjun ke gelanggang perjuangan tanpa rasa takut dan gentar dengan ugutan dan penentangan di kalangan mereka yang tidak bersetuju pada penglibatan artis dalam politik pembangkang.

Artis yang turut sama dalam perjuangan PAS mahu pun Keadilan adalah mereka yang sudah nekad dan yakin bahawa rezeki semua itu ketentuan Allah, mereka meletakkan keyakinan seratus peratus hanya pada Allah S.W.T, sebab itu mereka tidak takut dengan segala halangan mahupun ugutan.

Syabas dan tahniah kepada para artis yang berani turut berjuang dalam menuntut keadilan dan kebenaran itu. Kita doa kan agar mereka terus istiqamah dalam perjuangan dan kekal dalam orbit Islam sebagai cara hidup mereka.


Manakala kepada artis yang tidak menyertai mana-mana parti politik akan terus bersama-sama  berganding bahu menyemarakkan cara hidup Islam dan mengekalkan hidayah yang Allah beri pada mereka untuk terus membawa kebaikan kepada masyarakat. Mereka didapati lebih cenderung kepada parti yang membawa keadilan dan kebenaran.

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288