sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Wednesday, July 11, 2012


Lelaki mengamuk di JPM rupanya pemuja Tun Mahathir

http://milosuam.blogspot.com,11 Jul 2012
KELMARIN seorang lelaki yang dikatakan kurang siuman bersenjatakan pedang samurai menyerang Jabatan Perdana Menteri, JPM bersama seorang wanita yang dipercayai isterinya.

Blogger Umno sehabis boleh cuba mengaitkan kejadian itu dengan Pakatan Rakyat terutama Parti Islam, PAS. Tambah lucu ada blogger Umno yang mendakwa memiliki bukti kukuh MiLo SuaM telah mengupah pejuang berani mati itu kah kah kah.

Namun hasil tinjauan di blog milik lelaki tersebut, mendapati dia merupakanseorang pemuja Tun Mahathir. Tulisan terakhir di blognya dilihat memberikan pujian melambung kepada Dr Mahathir sebaliknya mengutuk Tuan Guru Nik Aziz.

Dia memuji Tun Mahathir sebagai satu-satunya manusia berjiwa besar yang pernah ditemui sepanjang hidupnya. Malah setuju jika Tun Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia [Jayanegara].



Dia nak puja Tun Mahathir, nak kutuk TG Nik Aziz bukanlah persoalan di sini, namun ia membuktikan bahawa lelaki ini bukan penyokong Pakatan Rakyat. Jika dia penyokong Pakatan Rakyat masakan mengutuk TG Nik Aziz dan memuja Tun Mahathir.

Jelas sekali blogger Umno terkantoi di situ, propaganda bodoh mereka akhirnya memakan diri. Kita tunggu apa pula respon mereka selepas ini.

ReJaM© "Buatlah cerita yang masuk akal sikit... "

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288