sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Friday, May 31, 2013

Dari suatu persepsi .......

Kejamnya jenayah Nurul Izzah bagi rakyat Sabah

Harakahdaily,31 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dianggap seperti insan yang paling berdosa dan penjenayah paling kejam bagi rakyat Sabah.

Demikian pandangan yang dilontarkan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor ekoran Naib Presiden PKR itu dihalang dari memasuki Sabah.

“Seorang ahli parlimen yang mempunyai kuasa menentukan arah tuju dan dasar negara serta boleh meminda perlembagaan melalui sidang parlimen tidak dibenarkan masuk ke salah sebuah negeri dalam negara ini,” ujarnya dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar dihalang dari memasuki negeri Sabah.

Beliau dilaporkan akan dihantar balik oleh imigresen Sabah sebaik sahaja mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu semalam.

Tindakan ini semestinya menggemparkan negara. Bahkan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin, daripada BN sendiri merasa terkejut denagn tindakan ini dan segera memohon maaf kepada Nurul Izzah dengan menyelar tindakan Pejabat Ketua Menteri Sabah.

Negeri Sabah adalah salah sebuah negeri dalam Malaysia. Kebebasan warganegara untuk melancong, merantau dan pergi ke mana-mana sahaja negeri dalam negaranya sepatutnya tidak terbatas pada sesetengah negeri sahaja.

Sabah bukannya sebuah republik atau negara lain yang boleh menentukan siapa yang boleh atau tidak datang ke negaranya.

Selagi warganegara tersebut memiliki kad pengenalan yang sah, tidak mempunyai rekod jenayah serta tidak mempunyai masalah apa-apa dengan kerajaan Malaysia, apa hak Sabah untuk menghalang seseorang warganya untuk datang ke negeri tersebut?

Tatkala pengganas Sulu berjaya menjejak dan mendarat di daerah Lahad Datu, bertapak beberapa minggu sehingga akhirnya mengorbankan beberapa anggota keselamatan negara, Nurul Izzah pula yang baharu sahaja dinobatkan sebagai Ahli Parlimen yang sah dinafikan hak untuk sampai ke Sabah.

Seorang ahli parlimen yang mempunyai kuasa menentukan arah tuju dan dasar negara serta boleh meminda perlembagaan melalui sidang parlimen tidak dibenarkan masuk ke salah sebuah negeri dalam negara ini!

Nurul Izzah dianggap seperti insan yang paling berdosa dan penjenayah paling kejam bagi rakyat Sabah.

Mungkin beliau adalah pengganas Sulu yang paling dikehendaki atau individu yang memiliki senjata api dan boleh membunuh rakyat di sana. Kerana itu beliau diharamkan dari menjejak kaki ke negeri tersebut.

Insiden ini menunjukkan ada dendam yang tersimpan dari lubuk hati pemimpin negeri tersebut, maka mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat yang disenarai hitamkan tidak dibenarkan lagi datang ke Sabah pasca PRU13 kerana ia boleh membawa malapetaka yang besar kepada BN di sana.

Tsunami PRU13 sudah melanda Sabah, dan hampir sahaja ia menenggelamkan ‘deposit tetap’ BN di sana.

Demokrasi hitam yang melanda semenanjung kini telah menjalar jauh sampai ke Borneo, dan Sabah membuktikan bahawa perlunya reformasi keseluruhan dalam sistem pemerintahan negara.

Rakyat wajar bangkit menuntut perubahan dan keadilan untuk  keluar dari penjara demokrasi sempit yang dicipta oleh pemerintahan BN. Kerana itulah juga rakyat Sabah telah telah melaungkan suatu kalimat yang menggetarkan dan bersemangat sebagai tanda kebangkitan rakyat di seluruh negara: Ini kali lah!

Matahari yang mentaati perintah Allah

Dari Abu Dzar r.a : Nabi saw bersabda, “Tahukah anda semua, ke manakah matahari itu pergi?” Jawab mereka, ‘Allah dan Rasul-Nya lebih tahu.’ Sabda Nabi saw, “Dia (matahari) berjalan sampai ke perhentiannya di bawah Arasy, lalu di sana dia sujud. Dia senantiasa sujud sampai datang perintah: Bangkitlah, dan kembali ke tempatmu semula.

Dia pun pergi dan muncul lagi di tempatnya semula. Kemudian dia berjalan sampai hingga sampai pula di tempatnya di bawah Arasy, lalu di sana dia sujud sampai datang pula perintah: Bangkitlah dan kembali ke tempatmu semula. Dia pun pergi dan terbit di tempatnya semula.

Kemudian ia berputar pula, tidak pernah membantah sedikit jua pun hingga ia sampai pula kembali di tempatnya di bawah Arasy. Tiba-tiba ia mendapat perintah: Bangkitlah, dan muncullah di tempat engkau biasa tenggelam. Maka terbitlah ia di barat.”

Sabda Rasulullah saw, “Tahukah anda semua, bilakah itu akan terjadi? Ialah (ia terjadi) pada hari di mana iman seseorang tiada berguna lagi jika sebelumnya dia tidak beriman, atau tidak berbuat suatu kebajikan dengan imannya itu.” [0131]

Thursday, May 30, 2013

Membelanjakan wang zakat

Hukum zakat taja pengajian hiburan

Ustaz Hamizul Hamid,16 Mei 2013
Hiburan dalam Islam tidak dihalang secara total; namun menyalurkan zakat bagaimana pula?

Soalan: Apakah pelajar yang menuntut dalam jurusan muzik, teater atau seni hiburan di institusi pengajian tinggi, layak menerima bantuan zakat? Mohon pencerahan ustaz.

Jawapan: Terima kasih dengan soalan yang diberikan dan mudah-mudahan juga, jawapan yang cuba disajikan ini mampu mencerahkan sedikit kekeliruan dalam kalangan umat Islam khususnya mengenai status bantuan zakat kepada mereka yang mengambil bidang pengajian yang bercorak hiburan, seperti muzik, seni lakon, teater dan sebagainya, insya-Allah.

Sebelum kita pergi lebih lanjut, suka dimaklumkan bahawa agihan daripada zakat kepada mereka yang belajar selain bidang agama, sememangnya telah dipersetujui oleh fuqaha untuk disalurkan daripada asnaf fisabilillah. Sungguh pun bagi kalangan ulama Hanafiah, mereka menyatakan fisabilillah hanya terbatas dalam konteks peperangan semata-mata; namun bagi kalangan fuqaha yang lain misalnya Syeikh Rayid Ridha, al-Razi, al-Kasani dan sebagainya lagi menyatakan, fisabilillah amat luas pengertiannya dan ia termasuklah sebarang pekerjaan yang natijah akhirnya adalah untuk memelihara kepentingan Islam.

Di Malaysia, Dr Hailani Muji Tahir misalnya turut menyokong pandangan kedua ini dan menegaskan, bahawa tiada satu definisi yang qati’e (putus) mengenai erti fisabilillah, maka pandangan fuqaha bukanlah sesuatu yang wajar dijadikan pembatas dalam memahami maksud fisabilillah berkenaan. Malah, beliau cenderung agar fuqaha kontemporari lebih luwes atau bijaksana dalam meraikan keperluannya yang sebenar.

Atas dasar itulah, maka institusi zakat di negara ini, misalnya Lembaga Zakat Selangor (LZS) amat meraikan keperluan pendidikan untuk umat Islam. Maknanya, perbelanjaan asnaf fisabilillah di Selangor, bukan sekadar membantu membina masjid, surau dan sekolah agama, membaiki dan menaik taraf institusi agama, membiayai guru takmir dan penceramah, membantu NGO atau pertubuhan dakwah serta program-program Islami sahaja, malah dana fisabilillah juga dijana untuk tujuan pendidikan individu yang memerlukan.

Maka, dalam konteks membiayai pendidikan asnaf inilah timbulnya persoalan, adakah dana zakat boleh digunakan bagi membiayai bidang pengajian yang berbentuk seni hiburan. Dalam konteks Malaysia pula, memang ada institusi pengajian yang menawarkan bidang pengajian dalam jurusan seni muzik, seni tari, drama pentas dan sebagainya.

Justeru, demi menjawab apakah wang zakat dapat disalurkan kepada mereka yang mengambil bidang pengajian berasaskan seni hiburan ini, maka terlebih dahulu kita wajar melihat, apakah kedudukan seni hiburan misalnya nyanyian di sisi hukum Islam?

Fuqaha sendiri tidaklah sepakat dalam menghukumkan seni hiburan dalam Islam, sama ada ia haram sepenuhnya atau masih ada yang dilonggarkan. Secara umumnya, fuqaha berpandangan bahawa hiburan di dalam Islam adalah harus hukumnya, melainkan hiburan itu jelas mendatangkan kelalaian dan keburukan ataupun wujudnya unsur-unsur yang haram di dalamnya, maka jadilah ia haram.

Di dalam al-Quran sendiri, memang ada nas atau dalil yang tidak secara tuntas menegah manusia daripada menikmati hiburan, seperti mana diakui oleh firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan mainan (yang sia-sia) dan hiburan yang melalaikan.” (Surah al-An’am: 32).

Berdasarkan dalil di atas, fuqaha berpandangan, memang di atas dunia ini banyak perkara yang berunsurkan hiburan, namun Allah SWT tidak pula menyatakan ia sesuatu yang haram dinikmati. Maka, di sini Allah SWT tidaklah menghalang secara total hiburan dalam Islam, cuma jangan sampai manusia dilalaikan dengan hiburan.

Malah, di dalam banyak hadis yang lain, Nabi Muhammad SAW sendiri meraikan hiburan, misalnya: “Bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakar masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi SAW berada di sisinya. Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). (Lalu) Abu Bakar berkata: “Suara syaitan!” (sebanyak dua kali). Nabi SAW (kemudiannya) bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakar! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Berdasarkan keterangan hadis di atas dan ditambah dengan beberapa hadis yang lain, maka ulama menyatakan bahawa ia juga menjadi dalil kepada keharusan hiburan dalam Islam, dengan syarat ia tidaklah sehingga melalaikan.

Namun begitu, ada juga hadis lain yang menyatakan, alatan muzik memang selalunya membawa kepada kelalaian, misalnya: “Apabila umatku melakukan 15 perkara maka mereka layak untuk menerima bala daripada Allah SWT dan di antaranya ialah, apabila penyanyi wanita dan pemuzik-pemuzik disanjung tinggi.” (Mafhum hadis riwayat Imam Termizi)
Oleh itu, dalam menjustifikasikan sama ada sesebuah institusi zakat wajar membantu mereka yang mengambil jurusan hiburan atau tidak, perkara yang perlu dilihat adalah, sama ada bidang hiburan yang ditekuni itu benar-benar merupakan satu keperluan, tidak berpotensi membawa kepada kelalaian dan juga mestilah menepati maksud fisabilillah yang sebenarnya.

Dan, dalam melakukan penilaian inilah, maka amalan di LZS sendiri misalnya, melihat bahawa pengajian dalam bidang hiburan buat masa ini masih belum menjadi suatu keperluan, tidak seperti bidang perubatan, kejuruteraan, ekonomi, perakaunan dan sebagainya. Di samping itu, belajar dalam bidang hiburan juga, biar pun ia boleh membawa kepada kebaikan; namun realitinya di saat ini, kecenderungan dalam dunia hiburan lebih membawa kepada kelalaian.

Malah, berdasarkan kaedah fiqh juga, apabila bertembung antara mafsadah (mudarat) dan manfaat (kebaikan), maka pilihlah yang kurang mafsadahnya (menolak kemudaratan), maka di sini memilih untuk tidak membiayai bidang pengajian hiburan adalah lebih utama daripada membiayainya. Begitu juga, jika dilihat kepada skop keutamaan (aulawiyat), maka mempelajari bidang hiburan juga tidak sampai ke tahap dururiyat (kemestian) dan lebih kepada tahsiniyat (melengkapkan) sahaja, maka atas dasar itu jugalah, mengutamakan bidang pendidikan lain seperti perubatan seharusnya lebih menjadi keutamaan.

Kesimpulannya, sesuai dengan maksud sebuah firman Allah SWT: “Dan ada di antara manusia: (ada) orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) daripada agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan,” (Surah Luqman: 6), maka buat masa ini penajaan zakat kepada bidang pengajian berasaskan bidang hiburan masih belum sesuai dilaksanakan.

Nota: Disediakan oleh Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Eksekutif Komunikasi Korporat, Lembaga Zakat Selangor (MAIS) dan sebarang kemusykilan zakat sila emailkan kepada 20 Rejab 1434 H | 30 Mei 2013hamizul@e-zakat.com.myThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view itatau boleh layari www.e-zakat.com.my; blog.e-zakat.com.my atau www.facebook.com/ LembagaZakatSelangor.MAIS untuk maklumat lanjut.

Sasterawan Negara


Tahniah buat Baha Zain, sasterawan negara ke-12

Harakahdaily,30 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah kepada Datuk Dr Baharuddin Zainal atau nama penanya Baha Zain di atas penganugerahan sebagai Sasterawan Negara ke 12 pada 28 Mei lalu.

Timbalan Ketua DPPM Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz berkata, pelantikan Datuk Dr Baharuddin Zainal (gambar)sebagai Sasterawan Negara ke 12 adalah tepat dan sesuai dengan kedudukannya.

"Kita menganggap pengumuman beliau menobatkan seorang lagi tokoh sasterawan negara yang menempa sejarah sebagai insan terbilang di negara ini.

"Dengan pengalaman yang luas, ilmu dan kemahiran sastera serta gaya penulisan yang tinggi dan kreatif, beliau dilihat menepati dunia kesusasteraan masa kini. Pelantikan beliau membuktikan negara tidak pernah ketandusan insan kreatif yang mampu membina masyarakat melalui penulisan yang bermanfaat," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Dengan penganugerahan itu katanya, Baha Zain diharap akan menaikkan lagi mutu sastera negara dan menjadi rujukan masyarakat khususnya kepada generasi muda.

"Semoga beliau dan insan seangkatan dengannya terus berkarya dan memberi sumbangan bakti yang berguna kepada bangsa dan negara," katanya.

Datuk Dr. Baharuddin dipilih sebagai penerima anugerah itu berdasarkan kecemerlangan serta sumbangan berterusan beliau dalam seni kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif dan kegiatan sastera bermutu tinggi.

Beliau menerima wang tunai RM60,000, Watikah Sasterawan Negara ke-12 selain kemudahan berkarya.

Puisi-puisi beliau antaranya diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, Mandarin, Russia Dan Sepanyol.

Thursday, May 23, 2013

Mengingatkan diri


“Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kamu tangisi boleh berbicara, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada kamu sekelian, niscaya kamu akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kamu sendiri”. 
  (Imam Ghozali mengutip atsar Al-Hasan)   Datangnya Kematian Menurut Al Qur’an : 
  1. Kematian bersifat memaksa dan siap menghampiri manusia walaupun kita berusaha menghindarkan resiko-resiko kematian.   Katakanlah: 
“Sekiranya kamu berada di rumahmu, niscaya orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu keluar (juga) ke tempat mereka terbunuh”. 
Dan Allah (berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Allah Maha Mengetahui isi hati. 
  (QS Ali Imran, 3:154)   2. Kematian akan mengejar siapapun meskipun ia berlindung di balik benteng yang kukuh atau berlindung di balik teknologi kedoktoran yang canggih serta ratusan doktor terbaik yang ada di muka bumi ini.   Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendati pun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan: “Ini adalah dari sisi Allah”, dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: “Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)”. 
  Katakanlah: 
“Semuanya (datang) dari sisi Allah”. Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikit pun? 
  (QS An-Nisa 4:7 8)   3. Kematian akan mengejar siapapun walaupun ia lari dan menghindar.   Katakanlah: 
“Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”. 
  (QS al-Jumu’ah, 62: 8)   4. Kematian datang secara tiba-tiba.   Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.   (QS, Luqman 31:34)   5. Kematian telah ditentukan waktunya, tidak dapat ditunda atau dipercepat   Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. 
  (QS, Al-Munafiqun, 63:11)     Dahsyatnya Rasa Sakit Saat Sakaratul Maut   Sabda Rasulullah SAW:   “Sakaratul maut itu sakitnya sama dengan tusukan tiga ratus pedang” (HR Tirmidzi) 
  “Kematian yang paling ringan ibarat sebatang pohon penuh duri yang menancap di selembar kain sutera. Apakah batang pohon duri itu dapat diambil tanpa membawa serta bagian kain sutera yang tersobek ?” (HR Bukhari)   Atsar (pendapat) para sahabat Rasulullah SAW   Ka’b al-Ahbar berpendapat : 
“Sakaratul maut ibarat sebatang pohon berduri yang dimasukkan kedalam perut seseorang. Lalu, seorang lelaki menariknya dengan sekuat-kuatnya sehingga ranting itupun membawa semua bagian tubuh yang menyangkut padanya dan meninggalkan yang tersisa”. 
  Imam Ghozali berpendapat : 
“Rasa sakit yang dirasakan selama sakaratul maut menghujam jiwa dan menyebar ke seluruh anggota tubuh sehingga bahagian orang yang sedang sekarat merasakan dirinya ditarik-tarik dan dicerabut dari setiap urat nadi, urat saraf, sendi, dari setiap akar rambut dan kulit kepala hingga kaki”. 
  Imam Ghozali juga mengambil satu riwayat ketika sekelompok Bani Israil yang sedang melewati sebuah pekuburan berdoa pada Allah SWT agar Ia menghidupkan satu mayat dari pekuburan itu sehingga mereka dapat mengetahui gambaran sakaratul maut. Dengan izin Allah melalui suatu cara tiba-tiba mereka dihadapkan pada seorang lelaki yang muncul dari salah satu kubur. 
  “Wahai manusia !”, kata lelaki tersebut. “Apa yang kalian kehendaki dariku? Limapuluh tahun yang lalu aku mengalami kematian, namun hingga kini rasa perih bekas sakaratul maut itu belum juga hilang dariku.” Proses sakaratul maut bisa memakan waktu yang berbeza untuk setiap orang, dan tidak dapat dihitung dalam ukuran detik seperti hitungan waktu dunia ketika kita menyaksikan detik-detik terakhir kematian seseorang. 
  Mustafa Kemal Attaturk, bapak modernisasi (sekularisasi) Turki, yang mengganti Turki dari negara bersyariat Islam menjadi negara sekular, dikabarkan mengalami proses sakaratul maut selama 6 bulan, seperti dilaporkan oleh salah satu keturunannya melalui sebuah mimpi. Rasa sakit sakaratul maut dialami setiap manusia, dengan berbagai macam  rasa sakit, ini tidak terkait dengan tingkat keimanan atau kezhaliman seseorang selama ia hidup. 
  Sebuah riwayat bahkan mengatakan bahwa rasa sakit sakaratul maut merupakan suatu proses pengurangan kadar siksaan akhirat kita kelak. Demikianlah rencana Allah. Wallahu a’lam bis shawab. Sakaratul Maut Orang-orang Zhalim Imam Ghozali mengutip sebuah riwayat yang menceritakan tentang keinginan Ibrahim as untuk melihat wajah Malaikatul Maut ketika mencabut nyawa orang zhalim. 
 


  Allah SWT pun memperlihatkan gambaran rupa Malaikatul Maut sebagai seorang pria besar berkulit legam, rambut berdiri, berbau busuk, memiliki dua mata, satu didepan satu dibelakang, mengenakan pakaian serba hitam, sangat menakutkan, dari mulutnya keluar jilatan api, ketika melihatnya Ibrahim as pun pengsan tak sedarkan diri. Setelah sedar, Ibrahim as pun berkata bahwa dengan memandang wajah Malaikatul Maut rasanya sudah cukup bagi seorang pelaku kejahatan untuk menerima ganjaran hukuman kejahatannya, padahal hukuman akhirat Allah jauh lebih dahsyat dari itu. 
  Kisah ini menggambarkan bahawa melihat wajah Malakatul Maut saja sudah menakutkan apalagi ketika sang Malaikat mulai menyentuh tubuh kita, menarik roh dari tubuh kita, kemudian mulai menghentak-hentak tubuh kita agar roh (yang masih cinta dunia dan enggan meninggalkan dunia) lepas dari tubuh kita ibarat melepas akar serabut-serabut baja yang tertanam sangat dalam di tanah yang terbuat dari timah keras. 
  Itulah wajah Malaikatul Maut yang akan mendatangi kita kelak dan memisahkan roh dari tubuh kita. Itulah wajah yang seandainya kita melihatnya dalam mimpi sekalipun maka kita tidak akan pernah lagi bisa tertawa dan merasakan kegembiraan sepanjang sisa hidup kita. Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim (berada) dalam tekanan-tekanan sakratulmaut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya, 
(sambil berkata): 
  “Keluarkanlah nyawamu”. Di hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan, karena kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (karena) kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya. (QS Al-An’am 6:93) 
  (Yaitu) orang-orang yang dimatikan oleh para malaikat dalam keadaan berbuat lalim kepada diri mereka sendiri, lalu mereka menyerah diri (sambil berkata);   “Kami sekali-kali tidak mengerjakan sesuatu kejahatan pun”. (Malaikat menjawab): “Ada, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang telah kamu kerjakan”. Maka masukilah pintu-pintu neraka Jahanam, kamu kekal di dalamnya. Maka amat buruklah tempat orang-orang yang menyombongkan diri itu. (QS, An-Nahl, 16 : 28-29) 
  Di akhir sakaratul maut, seorang manusia akan diperlihatkan padanya wajah dua Malaikat Pencatat Amal. 
Kepada orang zhalim, si malaikat akan berkata   “Semoga Allah tidak memberimu balasan yang baik, engkaulah yang membuat kami terpaksa hadir kami ke tengah-tengah perbuatan kejimu, dan membuat kami hadir menyaksikan perbuatan burukmu, memaksa kami mendengar ucapan-ucapan burukmu. Semoga Allah tidak memberimu balasan yang baik ! “ Ketika itulah orang yang sekarat itu menatap lesu ke arah kedua malaikat itu. 
  Ketika sakaratul maut hampir selesai, dimana tenaga mereka telah hilang dan roh mulai merayap keluar dari jasad mereka, maka tibalah saatnya Malaikatul Maut mengabarkan padanya rumahnya kelak di akhirat. 
Rasulullah SAW pernah bersabda,   “Tak seorangpun diantara kalian yang akan meninggalkan dunia ini kecuali telah diberikan tempat kembalinya dan diperlihatkan padanya tempatnya di surga atau di neraka”. 
  Dan inilah ucapan malaikat ketika menunjukkan rumah akhirat seorang zhalim di neraka,   “Wahai musuh Allah, itulah rumahmu kelak, bersiaplah engkau merasakan siksa neraka”. Naudzu bila min dzalik! 
  Sakaratul Maut Orang-orang Yang Bertaqwa Sebaliknya Imam Ghozali mengatakan bahwa orang beriman akan melihat rupa Malaikatul Maut sebagai pemuda tampan, berpakaian indah dan menyebarkan wangi yang sangat harum. Dan dikatakan kepada orang-orang yang bertakwa:   “Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?” 
Mereka menjawab: “(Allah telah menurunkan) kebaikan”. Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini mendapat (pembalasan) yang baik. 
  Dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertakwa, (yaitu) surga Adn yang mereka masuk ke dalamnya, mengalir di bawahnya sungai-sungai, di dalam surga itu mereka mendapat segala apa yang mereka kehendaki. 
  Demikianlah Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bertakwa. (yaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka): “Assalamu alaikum, masuklah kamu ke dalam surga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan”. 
  (QS, An-Nahl, 16 : 30-31-32)   Dan saat terakhir sakaratul mautnya, malaikatpun akan menunjukkan syurga yang akan menjadi rumahnya kelak di akhirat, dan berkata padanya   “Bergembiaralah, wahai sahabat Allah, itulah rumahmu kelak, bergembiralah dalam masa-masa menunggumu”. 
 


  Wallahu a’lam bish-shawab. 
Semoga kita yang masih hidup dapat selalu dikaruniai hidayah-Nya, berada dalam jalan yang benar, selalu istiqomah dalam keimanan, dan termasuk umat yang dimudahkan-Nya, selama hidup di dunia, di akhir hidup, ketika sakaratul maut, di alam barzakh, di Padang Mahsyar, di jembatan jembatan Sirath-al mustaqim, dan seterusnya. 
Allahumma Amin.. 

Adab dan beradab


ETIKA ISLAM SEPUTAR BUANG AIR
Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz
1.    Segera membuang hajat.
2.    Apabila seseorang merasa akan buang air maka hendaknya bersegera melakukannya, karena hal tersebut berguna bagi agamanya dan bagi kesehatan jasmani.
3.    Menjauh dari pandangan manusia di saat buang air (hajat). berdasarkan hadits yang bersumber dari al-Mughirah bin Syu`bah Radhiallaahu 'anhu disebutkan " Bahwasanya Nabi Shallallaahu 'alaihi wa sallam apabila pergi untuk buang air (hajat) maka beliau menjauh". (Diriwayatkan oleh empat Imam dan dinilai shahih oleh Al-Albani).
4.    Menghindari tiga tempat terlarang, yaitu aliran air, jalan-jalan manusia dan tempat berteduh mereka. Sebab ada hadits dari Mu`adz bin Jabal Radhiallaahu 'anhu yang menyatakan demikian.
5.    Tidak mengangkat pakaian sehingga sudah dekat ke tanah, yang demikian itu supaya aurat tidak kelihatan. Di dalam hadits yang bersumber dari Anas Radhiallaahu 'anhu ia menuturkan: "Biasanya apabila Nabi Shallallaahu 'alaihi wa sallam hendak membuang hajatnya tidak mengangkat (meninggikan) kainnya sehingga sudah dekat ke tanah. (HR. Abu Daud dan At-Turmudzi, dinilai shahih oleh Albani).
6.    Tidak membawa sesuatu yang mengandung penyebutan Allah kecuali karena terpaksa. Karena tempat buang air (WC dan yang serupa) merupakan tempat kotoran dan hal-hal yang najis, dan di situ setan berkumpul dan demi untuk memelihara nama Allah dari penghinaan dan tindakan meremehkannya.
7.    Dilarang menghadap atau membelakangi kiblat, berdasarkan hadits yang bersumber dari Abi Ayyub Al-Anshari Radhiallahu'anhu menyebutkan bahwasanya Nabi Shallallaahu 'alaihi wa sallam telah bersabda: "Apabila kamu telah tiba di tempat buang air, maka janganlah kamu menghadap kiblat dan jangan pula membelakanginya, apakah itu untuk buang air kecil ataupun air besar. Akan tetapi menghadaplah ke arah timur atau ke arah barat". (Muttafaq'alaih).
8.    Ketentuan di atas berlaku apabila di ruang terbuka saja. Adapun jika di dalam ruang (WC) atau adanya pelindung / penghalang yang membatasi antara si pembuang hajat dengan kiblat, maka boleh menghadap ke arah kiblat.
9.    Dilarang kencing di air yang tergenang (tidak mengalir), karena hadits yang bersumber dari Abu Hurairah Radhiallaahu 'anhu bahwasanya Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Jangan sekali-kali seorang diantara kamu buang air kecil di air yang menggenang yang tidak mengalir kemudian ia mandi di situ".(Muttafaq'alaih).
10.    Makruh mencuci kotoran dengan tangan kanan, karena hadits yang bersumber dari Abi Qatadah Radhiallaahu 'anhu menyebutkan bahwasanya Nabi Shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Jangan sekali-kali seorang diantara kamu memegang dzakar (kemaluan)nya dengan tangan kanannya di saat ia kencing, dan jangan pula bersuci dari buang air dengan tangan kanannya." (Muttafaq'alaih).
11.    Dianjurkan kencing dalam keadaan duduk, tetapi boleh jika sambil berdiri. Pada dasarnya buang air kecil itu di lakukan sambil duduk, berdasarkan hadits `Aisyah Radhiallaahu 'anha yang berkata: Siapa yang telah memberitakan kepada kamu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam kencing sambil berdiri, maka jangan kamu percaya, sebab Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam tidak pernah kencing kecuali sambil duduk. (HR. An-Nasa`i dan dinilai shahih oleh Al- Albani). Sekalipun demikian seseorang dibolehkan kencing sambil berdiri dengan syarat badan dan pakaiannya aman dari percikan air kencingnya dan aman dari pandangan orang lain kepadanya. Hal itu karena ada hadits yang bersumber dari Hudzaifah, ia berkata: "Aku pernah bersama Nabi Shallallaahu 'alaihi wa sallam (di suatu perjalanan) dan ketika sampai di tempat pembuangan sampah suatu kaum beliau buang air kecil sambil berdiri, maka akupun menjauh daripadanya. Maka beliau bersabda: "Mendekatlah kemari". Maka aku mendekati beliau hingga aku berdiri di sisi kedua mata kakinya. Lalu beliau berwudhu dan mengusap kedua khuf-nya." (Muttafaq alaih).
12.    Makruh berbicara di saat buang hajat kecuali darurat. berdasarkan hadits yang bersumber dari Ibnu Umar Shallallaahu 'alaihi wa sallam diriwayatkan: "Bahwa sesungguhnya ada seorang lelaki lewat, sedangkan Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam. sedang buang air kecil. Lalu orang itu memberi salam (kepada Nabi), namun beliau tidak menjawabnya. (HR. Muslim).
13.    Makruh bersuci (istijmar) dengan mengunakan tulang dan kotoran hewan, dan disunnatkan bersuci dengan jumlah ganjil. Di dalam hadits yang bersumber dari Salman Al-Farisi Radhiallaahu 'anhu disebutkan bahwasanya ia berkata: "Kami dilarang oleh Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam beristinja (bersuci) dengan menggunakan kurang dari tiga biji batu, atau beristinja dengan menggunakan kotoran hewan atau tulang. (HR. Muslim).
14.    Dan Nabi Shallallaahu 'alaihi wa sallam juga bersabda: " Barangsiapa yang bersuci menggunakan batu (istijmar), maka hendaklah diganjilkan."
15.    Disunnatkan masuk ke WC dengan mendahulukan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan berbarengan dengan dzikirnya masing-masing. Dari Anas bin Malik Radhiallaahu 'anhu diriwayatkan bahwa ia berkata: "Adalah Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam apabila masuk ke WC mengucapkan : "Allaahumma inni a'udzubika minal khubusi wal khabaaits" Artinya, "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari pada syetan jantan dan setan betina".
16.    Dan apabila keluar, mendahulukan kaki kanan sambil mengucapkan : "Ghufraanaka" (ampunan-Mu ya Allah).
17.    Mencuci kedua tangan sesudah menunaikan hajat. Di dalam hadis yang bersumber dari Abu Hurairah ra. diriwayatkan bahwasanya "Nabi Shallallaahu 'alaihi wa sallam menunaikan hajatnya (buang air) kemudian bersuci dari air yang berada pada sebejana kecil, lalu menggosokkan tangannya ke tanah. (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah).
Kencing dengan cara berdiri atau duduk sekalipun, wajib untuk membersihkan kemaluan dr najis. Ramai drpd saudara2 kita tidak membersihkan najis tersebut tetapi menukar pakain apabila hendak bersolat.
Solat menjadi tidak sah kerana diri kita belum suci atau bebas drpd najis.
NOTA KAKI:- WC artinya Tandas/toilet


ETIKA KEHIDUPAN MUSLIM SEHARI-HARI
 
( Judul Asli : Al-Qismu Al-Ilmi , syaikh Abdul Aziz bin Baz)

Sekadar Mengingati:-


Sekadar Mengingati:-


MEGA: Apa maksud masbuk dan muafik.
MUSTAFA: Secara ringkas, muafik adalah makmum yang sempat takbiratul ihram dengan imam. Dengan kata lain, orang yang muafik ini datang awal ke masjid dan surau serta sempat membaca fatihah bersama imam.
Makmum yang muafik bermaksud dia sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri (qiam) imamnya, di mana dia sempat berjemaah dengan imam sekadar masa yang membolehkan ia membaca al-fatihah hingga tamat mengikut pembacaan yang pertengahan di kalangan kebiasaan orang ramai.
Masbuq adalah makmum yang tidak sempat berjemaah semasa berdiri imamnya sekadar masa membaca al-fatihah dengan bacaan yang pertengahan. Tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat, bahkan mengikut bacaan kebiasaan orang ramai.
Makmum yang tidak sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri imamnya sekadar masa yang membolehkan ia membaca al-fatihah hingga selesai, maka dinamakan orang yang masbuk.
Jika kita masbuk, apakah syarat fatihah kita untuk ditanggung oleh imam?
MUSTAFA: Apabila imam selesai membaca fatihah dan rukuk sebelum makmum yang masbuk sempurna membaca fatihah, maka wajib makmum itu memutuskan atau memberhentikan bacaan fatihahnya dan terus rukuk.
Syarat untuk membolehkan makmum memotong bacaan fatihah dan ditanggung oleh imam adalah jangan membaca yang sunat. Iaitu jangan membaca doa iftitah dan ta'awuz(auuzubillah).
Orang yang masbuk hendaklah terus membaca rukun qauli (bacaan) yang wajib. Bagi al-fatihah yang wajib adalah bermula dengan bismillah.
Ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Barang siapa yang solat berimam maka bacaan imam itu adalah bacaannya".
Bagi mereka yang masbuk ketika imam sedang rukuk, mereka hendaklah terus rukuk mengikut imam dan tidak perlu lagi membaca fatihah.
Makmum itu dikira mendapat satu rakaat jika dia sempat rukuk bersama imam dengan tama'ninah.
Bagaimanapun, suka diingatkan supaya jangan sengaja melewat-lewatkan bertakbir. Ini taktik orang yang menyangka mereka untung kerana tidak perlu membaca fatihah. Walhal perbuatan tersebut adalah makruh.
Jika kita muafik, tiba-tiba imam membaca surah pendek dan laju. Kita baru separuh baca fatihah, apa yang perlu makmum lakukan?
MUSTAFA: Dalam kitab fikah, makmum boleh takhalluf (ketinggalan atau terkebelakang) daripada imam tidak melebihi tiga rukun fi'li (perbuatan).
Jika makmum ada masa yang cukup untuk baca fatihah tetapi dia termasuk dalam golongan yang bacaannya lambat secara semula jadi, maka ada ulama yang mengharuskan orang ini memotong bacaan fatihahnya dan terus rukuk sebagai mana makmum yang masbuk. Dan orang ini tidak dikira sebagai muqassir (cuai).
Namun, mengikut qaul yang asah seperti yang tersebut dalam kitab al-Raudah, makmum itu hendaklah menghabiskan fatihahnya dan takhallufnya itu diberi keuzuran.
Bagaimanapun, bacaan al-Quran itu ada tiga wajah iaitu tartil (lambat), tadwir (sederhana) dan hadr (laju). Jadi, kalau pada rakaat pertama kita ketinggalan membaca al-fatihah maka pada rakaat seterusnya hendaklah kita memilih bacaan yang lebih cepat supaya sempat menghabiskan al-fatihah.
Dalam bab masbuk, adakah nas untuk kita tepuk bahu imam?
MUSTAFA: Sebenarnya tidak ada nas berbuat demikian. Bahkan jika kita lakukan perbuatan itu sehingga mengganggu khusyuk solat orang lain, itu jatuh makruh.
Kalau kita hendak masbuk, cukup sekadar kita merapatkan diri dengan imam itu atau menguatkan suara semasa bertakbir.
Ini kerana, tidak disyaratkan seorang itu berniat imam kecuali semasa mengimamkan solat Jumaat.
Apabila imam tersilap, contohnya tertinggal tahiyat awal, bagaimana makmum boleh menegurnya?
MUSTAFA: Dalam hal ini, makmum itu perlu tahu adakah kesilapan itu perkara rukun atau sunat dalam solat.
Kalau dalam perkara sunat, makmum tidak dibenarkan melawan atau menyalahi imam. Contohnya, imam terlupa membaca tahiyat awal pada rakaat kedua sebaliknya terus qiamselepas sujud.
Dalam hal ini, makmum wajib ikut imam cuma dia boleh menegur dengan menyebutsubhanallah supaya imam tahu dia terlupa tahiyat awal dan boleh sujud sahwi kemudian.
Jika makmum berkeras dan membaca tahiyat awal maka solatnya batal.
Lain pula halnya jika yang terlupa itu melibatkan rukun. Contohnya, imam bangkit selepas rakaat keempat pada solat asar.
Kalau makmum sedar imam terlebih rakaat, maka dia tidak boleh ikut bangun. Jika makmum ikut tambah satu rakaat, maka solatnya batal. Walhal bagi imam, solatnya sah kerana dikira uzur akibat terlupa. Dengan itu, imam boleh teruskan solat hingga memberi salam.
Sebaliknya makmum diberi pilihan sama ada hendaklah duduk tahiyat akhir dan tunggu imam sehingga sampai salam atau niat mufarakah (berpisah daripada imam).
Dalam mengajar anak-anak solat berjemaah, adakah wajar membawa mereka bersama-sama di tengah saf?
MUSTAFA: Membawa anak-anak solat berjemaah adalah amalan baik. Cuma, pengawasan ibu bapa serta Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid atau surau adalah perlu. Ia supaya anak-anak tidak mengganggu perjalanan solat sehingga menjejaskan kekhusyukan para jemaah.
Bagaimanapun, perkara ini adalah subjektif dan memerlukan kita melihat kepada kesesuaian tempat, masa dan kumpulan sasaran.
Jika berlaku kesesakan disebabkan ruang solat yang kecil terutama pada solat Jumaat maka pengasingan saf antara golongan dewasa dan kanak-kanak perlu dilakukan secara bijak.
Adalah dicadangkan supaya diletakkan had saf kanak-kanak untuk memberi ruang kepada jemaah dewasa yang masbuk.
Para ulama khilaf dalam menetapkan hukum sama ada putus atau tidak saf jika ada kanak-kanak di situ. Bagaimanapun, umumnya di negara kita, saf kanak-kanak diasingkan daripada dewasa. Cuma ia jangan pula terlalu jauh antara kedua-duanya.
Masjid di negara kita indah tetapi masih gagal menarik remaja datang. Apakah yang diperlukan untuk menarik mereka ke masjid masa kini?
MUSTAFA: Masjid boleh menjadi tumpuan masyarakat dengan menyediakan prasarana yang memudahkan para jemaah.
Paling utama kini adalah kemudahan meletak kenderaan. Sebabnya, hal ini jika tidak diatur dengan baik boleh memberi gambaran negatif kepada bukan Islam sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas setiap kali solat Jumaat. Lalu Islam akan dilihat sebagai menyusahkan orang lain.
Bagi menarik para remaja, masjid boleh menyediakan kemudahan riadah seperti gelanggang futsal dan ping-pong.
Masyarakat juga mahukan tempat pembelajaran yang selesa iaitu dewan kuliah atau seminar yang dilengkapi kerusi meja dan alat bantu mengajar.
Masjid juga perlu dilengkapi kemudahan wi-fi. Sudah ada masjid yang menawarkan perkhidmatan ini tetapi ia masih belum meluas.

Sejenak dalam renungan.



Pernahkah anda memikirkan bahwa anda tidak ada sebelum dilahirkan ke dunia ini; dan anda telah diciptakan dari sebuah
ketiadaan?

Pernahkan anda berpikir bagaimana bunga yang setiap hari anda lihat di ruang tamu, yang tumbuh dari tanah yang hitam, ternyata memiliki
bau yang harum serta berwarna-warni?

Pernahkan anda memikirkan seekor nyamuk, yang sangat mengganggu ketika terbang mengitari anda, mengepakkan sayapnya dengan
kecepatan yang sedemikian tinggi sehingga kita tidak mampu melihatnya?

Pernahkan anda berpikir bahwa lapisan luar dari buah-buahan seperti pisang, semangka, melon dan jeruk berfungsi sebagai pembungkus
yang sangat berkualiti, yang membungkus daging buahnya sedemikian rupa sehingga rasa dan keharumannya tetap terjaga?

Pernahkan anda berpikir bahwa gempa bumi mungkin saja datang secara tiba-tiba ketika anda sedang tidur, yang menghancur luluhkan rumah,
pejabat dan kota anda hingga rata dengan tanah sehingga dalam tempo beberapa detik saja anda pun kehilangan segala sesuatu yang anda
miliki di dunia ini?

Pernahkan anda berpikir bahwa kehidupan anda berlalu dengan sangat cepat, anda pun menjadi semakin tua dan lemah, dan lambat laun
kehilangan ketampanan atau kecantikan, kesehatan dan kekuatan anda?
Pernahkan anda memikirkan bahwa suatu hari nanti, malaikat maut yang diutus oleh Allah akan datang menjemput untuk membawa anda
meninggalkan dunia ini?

Jika demikian, pernahkan anda berpikir mengapa manusia demikian terbelenggu oleh kehidupan dunia yang sebentar lagi akan mereka
tinggalkan dan yang seharusnya mereka jadikan sebagai tempat untuk bekerja keras dalam meraih kebahagiaan hidup di akhirat?
Manusia adalah makhluk yang dilengkapi Allah sarana berpikir. Namun sayang, kebanyakan mereka tidak menggunakan sarana yang teramat
penting ini sebagaimana mestinya. Bahkan pada kenyataannya sebagian manusia hampir tidak pernah berpikir.

Sebenarnya, setiap orang memiliki tingkat kemampuan berpikir yang seringkali ia sendiri tidak menyadarinya. Ketika mulai menggunakan kemampuan berpikir tersebut, fakta-fakta yang sampai sekarang tidak mampu diketahuinya,lambat-laun mulai terbuka di hadapannya.Semakin dalam ia
berpikir, semakin bertambahlah kemampuan berpikirnya dan hal ini mungkin sekali berlaku bagi setiap orang. Harus disadari bahwa tiap orang     mempunyai keperluan untuk berpikir serta menggunakan akalnya semaksimal mungkin.

 Buku ini ditulis dengan tujuan mengajak manusia "berpikir sebagaimana mestinya" dan mengarahkan mereka untuk "berpikir sebagaimana mestinya". Seseorang yang tidak berpikir berada sangat jauh dari kebenaran dan menjalani sebuah kehidupan yang penuh kepalsuan dan kesesatan. Akibatnya ia tidak akan mengetahui tujuan penciptaan alam, dan arti keberadaan dirinya di dunia.Padahal, Allah telah menciptakan segala sesuatu untuk sebuah tujuan
sebagaimana dinyatakan dalam Al-Qur'an:

"Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dengan bermain-main. Kami tidak menciptakan keduanya melainkan
dengan haq, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui." (QS.Ad-Dukhaan, 44: 38-39)

"Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan
kepada Kami?" (QS. Al-MuÕminuun, 23:115)

Oleh karena itu, yang paling pertama kali wajib untuk dipikirkan secara mendalam oleh setiap orang ialah tujuan dari penciptaan dirinya, baru
kemudian segala sesuatu yang ia lihat di alam sekitar serta segala kejadian atau peristiwa yang ia jumpai selama hidupnya. Manusia yang tidak memikirkan hal ini, hanya akan mengetahui kenyataan-kenyataantersebut setelah ia mati. Yakni ketika ia mempertanggung jawabkan segala
amal perbuatannya di hadapan Allah; namun sayang sudah terlambat.Allah berfirman dalam Al-Qur'an bahwa pada hari penghisaban, tiap manusia akan berpikir dan menyaksikan kebenaran atau kenyataan tersebut:

"Dan pada hari itu diperlihatkan neraka Jahannam; dan pada hari itu ingatlah manusia akan tetapi tidak berguna lagi mengingat itu baginya. Diamengatakan, "Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal
saleh) untuk hidupku ini." (QS. Al-Fajr, 89:23-24)

Padahal Allah telah memberikan kita kesempatan hidup di dunia. Berpikir atau merenung untuk kemudian mengambil kesimpulan atau pelajaran-pelajaran dari apa yang kita renungkan untuk memahami kebenaran, akan menghasilkan sesuatu yang bernilai bagi kehidupan di akhirat kelak. Dengan alasan inilah, Allah mewajibkan seluruh manusia, melalui para Nabi dan Kitab-kitab-Nya, untuk memikirkan dan merenungkan penciptaan diri mereka sendiri dan jagad raya:

"Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) diri mereka?, Allah tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya melainkan dengan tujuan yang benar dan waktu yang ditentukan. Dan sesungguhnya kebanyakan di antara manusia benar-benar ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya."
(QS. Ar-Ruum, 30: 8)



DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288