Ada apa dengan nama Adam Adli...sehingga beribu-ribu rakyat Malaysia membantah penahanannya oleh Polis DiRaja Malaysia. Berbagai kaum dari segenap lapisan masyarakat sedang berhimpun bagi menuntut supaya Adam Adli dibebaskan daripada tuduhan menghasut.
Dari rakyat biasa sehinggalah pemimpin masyarakat yang bergelar ahli parlimen turut hadir memberi sokongan kepada para hadirin.
Tembok perkauman berjaya diruntuhkan oleh Adam Adli. Melayu,Cina dan India bersama-sama mengadakan demonstrasi aman bagi membebaskan Adam Adli.
Dalam ucapannya, Ambiga menegaskan bahawa barisan peguam sedang berusaha untuk membebaskan Adam Adli.
Pastinya Adam seorang pelajar yang matang dan tahu akan setiap perkataan yang dituturkannya. Entah di mana silapnya sehingga dia didakwa menghasut dalam satu ceramahnya tentang peristiwa 13 Mei. Video ceramah beliau yang didakwa mengandungi hasutan ada di
sini.
|
Nurul Izzah Anwar |
|
Ambiga dan Halim Hamid (ayah Adam Adli) |
|
Zunar |
|
Aunti Bersih |
No comments:
Post a Comment