sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Tuesday, June 4, 2013

Pemuda bingkas bangun

Keberanian anak muda mencabar SPR.
Posted on Tuesday, June 04 @ 00:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: tokpepijat

"Dulu apabila seorang anak muda Kuantan dedahkan betapa mudahnya mengundi dua kali, SPR melalui Timbalannya Wan Ahmad dengan angkuhnya meminta AG dan polis dakwa budak muda itu.

Hari ini, seorang lagi anak muda dengan berani membuat 6 laporan polis tentang "kejahatan jenayah" SPR.

Kita menunggu jawapan bodoh lagi tolol Wan Ahmad.

Baca berita di bawah:

PETALING JAYA, 3 JUN: Seorang pengundi, Mohd Azlan Mohd Sharif membuat enam laporan polis menuntut siasatan berhubung keputusan pilihan raya umum ke-13 yang digazetkan 22 Mei lalu berbeza dengan yang diumum pegawai pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui borang 16.

Beliau mendapati sebanyak 53,045 kertas undi ‘hilang’ melibatkan semua kerusi Parlimen dan DUN seluruh negara kecuali DUN Sungai Acheh, Pulau Pinang, DUN Banggi dan DUN Labuk, Sabah.

Borang 16 ialah Borang Pengisytiharan Keputusan pilihan raya daripada 222 kawasan Parlimen dan 505 kawasan Dewan Undangan Negeri di seluruh negara.

“Ia satu kesalahan jenayah mengikut seksyen 3(1)(h) dan seksyen 6 (2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Maka jelas polis dan SPR yang bertugas pada hari, masa dan tempat mengundi bersubahat, membenarkan dan melakukan jenayah ini,” katanya dipetik dalam laporan polisnya yang pertama.

Mohd Azlan, pengundi DUN Sungai Balang dan parlimen Muar, Johor membuat semua laporan itu di balai polis Klang pada 30 Mei.

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288