sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Tuesday, August 5, 2014

Bermatanglah

JANGAN TERMAKAN DAKYAH KELUAR PR
Mungkin tidak sedikit yang menyedari pergolakan dalam PR hari ini. Ia bermula apabila ada hasrat menukar MB dari sebuah parti tersebar di media sebelum dibincangkan dalam mesyuarat tertutup PR.
Biasanya bila taktik 'sebar dulu baru mesyuarat' digunakan, PAS akan beralah. Tapi kali ini senario agak lain. PAS berpegang teguh dengan permuafakatan asal PR dalam menentukan MB Selangor. Keadaan hanya akan berubah jika mesyuarat PAS Pusat memutuskan sebaliknya 10 Ogos ini.
Ramailah yang mula melatah kerana selama ini rancangan mereka diberi laluan yang mudah oleh PAS. Tidak dinafikan ada dua tiga orang pimpinan PAS sendiri yang tidak bersetuju dengan pendirian PAS kali ini, tetapi itu hanyalah cakap-cakap yang tiada asas rasmi dan bukan atas nama parti.
Saya berharap kita dapat profesional dalam hal ini. Segala perkara mestilah melalui prosedur yang ditetapkan. Kita tidak boleh bertindak selagi arahan terbaru tidak dikeluarkan melalui salurannya. Dan gerakerja lain tidak perlulah tergendala hanya dengan isu-isu murahan.
Kita berada dalam organisasi yang sistematik. Untuk terus maju, mematuhi arahan amatlah penting dalam mana-mana organisasi, syarikat atau kumpulan sekalipun. Setiap dasar dan strategi yang diputuskan mestilah dijunjung oleh semua ahli. Kritikan dan cadangan terhadap strategi dan dasar perlu melalui saluran mesyuarat dan perbincangan. Jika benar tidak gemar dengan cara kepimpinan yang ada, tunggu sahaja sesi pemilihan baru!
Dalam soal PR, PAS Pusat melalui mana-mana kenyataan rasminya belum pernah mengeluarkan apa-apa pendirian berkait dengan kedudukannya dalam PR selain dari terus menggesa ahli mengutuhkan PR itu sendiri.
Jadi perkara ini patut dipegang oleh semua ahli tanpa sebarang dalih. Sebarang cakap-cakap yang mengajak untuk keluar dari PR adalah bersalahan dengan pendirian parti. Jika benar ajakan itu berasas, ia perlu melalui saluran yang betul dan bukan melalui propaganda media atau status di laman sosial.
Saya bimbang kerana ajakan keluar adalah dakyah terbaru kumpulan dalam PAS yang berniat jahat. Setelah rakyat umum termasuk ahli PAS diperingkat akar umbi berpuas hati dengan hasil pakatan ini yang berjaya membentes BN sehingga hampir rebah dalam PRU lepas, kumpulan ini mahu mencipta persepsi buruk terhadap kalangan ahli PAS yang tidak berapa suka bersahabat dengan perangai parti komponen yang lain.
Persepsi ini dibentuk dengan cara menghasut ahli-ahli PAS supaya mendesak pimpinan mengusulkan untuk keluar dari PR. Mereka akan berlakon mempertahankan PR tetapi dalam waktu yang sama, mengupah sebilangan individu untuk mengapikan agenda keluar PR.
Propaganda lain juga dipergunakan antaranya memburukkan beberapa individu kononnya individu tersebut mahukan PAS meninggalkan PR, contohnya dalam isu printscreen.
Apabila PAS keluar pakatan, rakyat dan parti komponen lain akan melihat PAS mungkir janji, PAS tidak ikhlas dalam bersahabat, PAS beri peluang pada BN, PAS sudah tidak relevan dan macam-macam lagi. Kepimpinan tertinggi PAS terutama yang bersetuju keluar PR akan menerima tohmah yang dahsyat dari rakan PR mahupun ahli sendiri.
Setelah kepercayaan rakyat terhadap PAS mulai lebur, kumpulan yang berlagak hero mempertahankan PR akan MENUBUHKAN SEBUAH PARTI ISLAM BARU sebagai alternatif untuk membentuk pakatan semula dengan PR dalam keadaan PAS masih wujud. PAS akan dibiarkan begitu sahaja dan 'PAS baru' yang ingin dibentuk ini bersifat lebih liberal dan lunak dengan tuntutan pihak lain yang tidak memperjuangkan Islam.
Krisis taadud jemaah bakal meruncing kembali. Mereka tidak kisah kesatuan Islam itu berpecah belah, asalkan matlamat kumpulan mereka tercapai. Bagi mereka, PAS bukanlah jemaah Islam yang perlu mereka wala'. PAS hanyalah jambatan yang baik untuk mereka pijak supaya sampai kepada kuasa yang mereka idamkan. Ini adalah perkara yang amat serius untuk diberi perhatian.
Sejarah pernah berlaku di Kelantan apabila PAS berpecah kepada serpihan BERJASA sehingga Kelantan gagal dipertahankan. Ianya juga berpunca dari konflik MB yang mahu diundurkan hanya kerana alasan lebih mesra BN.
Saya percaya Tuan Guru Presiden PAS mengetahui perkara ini. Kerana itulah kita perlu senantiasa berpegang dengan prinsip kepatuhan (taat) dan kesetiaan (wala') terhadap parti dan pemimpinnya. Terus berpegang dengan ucapan penangguhan Presiden dalam muktamar lepas yang mengarahkan kita TERUS BERSAMA MENGUKUHKAN PR. Jangan sesekali mengajak untuk berpecah kerana walaupun lebih selesa bekerja, kita akan membayar harga yang lebih mahal iaitu perpecahan wadah politik Islam di Malaysia
SukaSuka ·  · 

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288