sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Wednesday, August 13, 2014

Nabi Adam menelan anak syaitan.

Nabi Adam menelan anak syaitan.
Favoritedoden Post at 2008-12-04 21:44Kisah Syaitan KhannasSyaitan sememangnya tidak pernah mengenal putus asa untuk menghancurkan anak cucu Adam. Suatu hari si Ibu Syaitan ternampak anaknya yang bernama Khannas.
Lalu di panggilnya “Khannaz…. mari sini ikut mak…” Lalu di pun pergi menuju ke rumah Nabi Adam dan Siti Hawa.Ketika itu, Nabi Adam baru saja meninggalkan rumah untuk pergi mencari nafkah. Maka tinggal lah Siti Hawa keseorangan di rumah. Tiba-tiba, pintu rumahnya di ketuk, lalu dibuka oleh Siti Hawa lalu dia bertanya “Siapa kamu..” Ibu Syaitan menjawab “Tolong jagakan anak saya… nanti saya akan datang untuk ambil dia balik” Siti Hawa yang mempunyai sifat keibuan dan tidak mengetahui apa-apa terus memberi pertolongan.
Apabila Nabi Adam pulang, baginda terperanjat dan bertanyakan Siti Hawa “Anak siapakah ini?” Lalu Siti Hawa menjawab “Tak tahulah, tadi ada seorang wanita menyuruh kita menjaga anak ini.” Nabi Adam berfikir dan berkata “Ini tentu anak Syaitan yang mahu menganggu anak cucu kita…”“Apa yang harus kita lakukan sekarang..?” tanya Siti Hawa pada Nabi Adam.
Setelah agak lama berfikir, Nabi Adam menjawab “Kita potong-potong badannya sehingga kecil dan kita gantungkan daging-dagingnya di pokok luar rumah kita… Nanti apabila Ibu nya datang biar dia nampak dan tahulah dia anak nya sudah tidak ada…”Keesokkan pagi, Ibu syaitan itu pun datang lagi ketika Nabi Adam sudah keluar bekerja, “Mana anak aku…” Tanya Ibu syaitan pada Siti Hawa, Siti Hawa pun dengan terus terang memberitahu apa yang telah meraka berdua lakukan terhadap anak syaitan tersebut.
“Semalam Adam pulang ke rumah , lalu ia mengatahui yang anak itu anak syaitan, lalu kami kerat2 anak kamu dan kami gantungkan daging-dagingnya di atas pokok di luar sana…” terang Siti Hawa.“Oh… benarkah?” jawab Ibu Syaitan dengan selamba.Kemudian Ibu Syaitan memanggil anaknya “Khannasss….!!!”Tiba2 daging2 khannas yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun bercantum kembali dan menjadi hidup dan menjadi Khannas kembali….
Ibu Syaitan masih tidak berputus asa dan masih meminta Siti Hawa menjaga Khannas malah dia berpesan akan kembali lagi esok harinya. Apabila Nabi Adam pulang, baginda terkejut melihat anak Syaitan yang bernama Khannaz itu masih hidup dan bertanya pada Siti Hawa kenapa anak Syaitan itu masih berada di rumah meraka.Hawa menerangkan apa yang berlaku. “Kita tak boleh biar kan usaha Syaitan untuk menganggu hidup anak cucu kita..” kata Nabi Adam.
“Apa harus kita lakukan…”tanya Siti Hawa.“Beginilah..kita bakar anak Syaitan ini dan abu nya kita buangkan ke laut, biar abunya di bawa arus laut, tentu Ibunya tidak akan mendapat anaknya ini lagi…” terang Nabi Adam. Keesokan paginya datanglah Ibu Syaitan ini bertanyakan anaknya Khannas ketika Nabi Adam sudah keluar bekerja.“Mana anak aku?” tanya Ibu Syaitan.
“Anak kamu sudah kami bakar dan abunya kami buang ke Laut!” jawab Siti Hawa.“Oh benarkah? Kata Ibu Syaitan lalu sekali lagi memanggil anaknya “Khannas!!!”Kemudian bercantumlah kembali daging Khannas dari abu, dan menjadi Khannas kembali dan kemudian diserahkan kembali pada Siti Hawa untuk menjaga Khannas.Apabila Nabi Adam pulang, baginda mendapati anak Syaitan itu masih juga berada di rumah nya“Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biar kan mereka ganggu anak cucu kita” kata Nabi Adam.“Apa harus kita lakukan?” tanya Siti Hawa.“Begini sajalah… kita belah dua anak syaitan ini.. kamu telan sebelah, aku telan sebelah. Habis cerita!” cadang Nabi Adam.
Keesokan hari, datanglah lagi si Ibu Syaitan bertanyakan anaknya ketika Nabi Adam sudah keluar bekerja.“Mana anak aku” tanya Ibu Syaitan.“Kali ini kamu tak dapat balik anak kamu..”jawab Siti Hawa dengan penuh yakin“Kenapa?” tanya Ibu Syaitan.“Anak kamu telah kami telan.!!” Jawab Siti Hawa dengan tegas“Oh Benarkah? Lalu Ibu Syaitan memanggil anaknya… Khannas !!!Tiba-tiba terdengarlah suara Khannas dari dalam badan Siti Hawa…“Bagus anakku.. kamu duduk sana, jangan sesekali keluar…” Ibu Syaitan memberi arahanMaka duduklah Khannas di dalam tubuh badan manusia sehingga hari ini dan hingga hari kiamat. Syaitan Khannas ini tugasnya:-- Bila kita makan dia pun makan, bila kita minum dia pun minum.
Apa-apa sahaja aktivitikita buat dia akan menyertainya JIKA KITA TAK BACA BISMILLAH. -
Bila kita solat dia akan berusaha supaya KITA BERASA WAS-WAS, sebab itulah kadang-kadang bila tengah bersolat tu tiba-tiba sahaja tak ingat berapa rakaat dah kita solat. - Kadang-kadang bila buat kerja kita keliru dan ingat-ingat lupa “Eh! dah buat ke belum yer..?” ubatnya banyakkan dengan BERISTIGHFAR…
- Syaitan Khannas ini akan belari / bermain dalam darah kita…Ubatnya…banyakkanlahZikir… Sahabat Rasulullah pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khannasini. Pesan Rasulullah SAW, setiap apa yang hendak kita lakukan mulakanlah dengan membaca BISMILLAH dan Doa, atau sekurang-kurangnya bacalah BISMILLAH. Khannas akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi bertambah kurus bila kita makan mulakan dengan baca Bismillah. Dan mana yang sudah menjadi Suami Isteri tu sebelum BERSAMA.
Bacalah BISMILLAH dan doa-doa. Nanti Khannas dan syaitan-syaitan yang lain akan ikut serta. Lihatlah bagaimana Syaitan yang tak pernah putus asa mahu memperdayakan anak cucu Adam..Dalam Surah An-Naas juga ada menceritakan hal Syaitan bernama Khannas yang sentiasa buat kita was-was. Apa-apa pun mulakan apa sahaja aktiviti dengan nama Allah BISMILLAH. Waullahu’alam….
SukaSuka ·  · 

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288