sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Sunday, September 12, 2010

Pulang berhariraya di ipoh






Pulang jam 630 petang. Keadaan sesak menuju ke utara kemalangan jalanraya kelihatan 4 buah ambulan terlibat mengangkut mangsa kemalangan. kesesakan sampai kepada R & R kuala kangsar. Kesesasakan menghala keselatan kelihatan kenderaan bergerak perlahan bukan saja dari tol KK malah entah berapa km sebelum tol kk.

Thursday, September 9, 2010

Sehari sebelum hari raya di Pekan lenggong











Sehari sebelum hari raya















Seperti yang diduga

Seperti yang diduga yang Penyimpan Mohor Besar Raja-raja terlalu sukar untuk menyebutkan kalimat anak bulan tak kelihatan. Seperti yang telah disebut semalam jika ditambah pun tak memakan masa sampai 10 saat. Jika dikata anak bulan tidak kelihatan di semua 30 tempat maka hari raya aidil fitry ialah pada hari jumaat.
Kelihatan seperti peristiharan yang dikatakan langsung itu seperti telah dirakam terlebih dahulu. Kita dapat mengesan bila melihat peristiharan itu tidak dilakukan serentak bagi semua stesyen TV jadi kenapa jadi begitu.
Dalam agakan pastinya rakaman telah dibuat beberapa hari sebelum semalam. dan disiarkan semalam. Malah rakaman untuk hari raya juga telah dibuat tetapi kerana anak bulan tidak kelihatan maka rakaman itu dibatalkan.
Dizaman kecanggihan ini umat islam memiliki capaian yang canggih dari segi ilmu dan data serta penangkapan jadi semua pihak perlu telus. Ketelusan akan menyakinkan ummat. Elakkan dari menimbulkan kecurigaan ramai.
Jika pengemumuman dikatakan langsung pasti tunjukkan dalam siaran itu masa dan ketika peristiharan. Supaya umat tidan menyimpan sangka buruk
Kegagalan penyimpan mohor besar menyebut tentang "anak bulan tidak kelihatan" amat dikesali dan boleh mengundang kecurigaan yang berbagai.

Wednesday, September 8, 2010

Menentukan 1 Syawal

Afdhalnya menggunakan rukyah. Hisab membantu. Walau apapun data dan masalah teknikal orang ramai tadak ramai yang mengetahui. Tetapi apa yang ada dapam pemikiran ramai ialah kalah dah tengok anak bulan yang pastinya samada nampak atau tak nampak. Justeru itu sewaktu pengumuman perkara nampak dan tak nampak yang perlu ada semasa pengumuman.
Tidak sukar sangat dengan menyebut misalnya " Anak bulan telah kelihatan dan kita akan berhariraya esok" atau boleh dikatakan seperti berikut " Anak bulan tidak kelihatan walaupun keadaan cuaca dibeberapa tempat terang dan tidak berawan. Kita akan berhariraya pada hari lusa"

Sebaliknya pengumuman sekadar menetapkan tarikh dan tiada menyebut kesan dari rukyah. Rukyah dilihat sebagai menghabiskan wang sahaja.

Bagaimana dengan kumpulan yang akan melihat anak bulan petang nanti.



Jakim: 1 Syawal ditentu guna rukyah, hisab


Posted on Tuesday, September 07 @ 08:16:41 PDT by paktam

Malaysia menggunakan kaedah rukyah (cerapan) dan hisab berpandukan kriteria imkanur rukyah (kebolehcerapan) untuk menentukan awal Syawal, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Beliau berkata perbezaan penentuan tarikh hari raya antara negara-negara Islam termasuk Malaysia disebabkan wujudnya perbezaan matlak iaitu perbezaan terbit dan terbenamnya hilal (anak bulan).

Perkara itu juga bergantung kepada penentuan pihak berkuasa agama di Negara masing-masing sama ada menggunakan kaedah rukyah sahaja, hisab sahaja atau kedua-duanya, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata hasil mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kalender Islam pada 13 April lepas, satu laporan penetapan tarikh awal anak bulan syawal telah dikemukakan kepada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bagi rujukan untuk menentukan awal syawal.

“Kriteria imkanur rukyah ketika matahari terbenam, ketinggian hilal di atas u***** tidak kurang daripada dua darjah dan jarak lengkung (hilal dan matahari) tidak kurang daripada tiga darjah,” katanya.

Wan Mohamad berkata satu lagi kaedah ialah ketika hilal terbenam apabila umur hilal tidak kurang daripada lapan jam (kaedah ini diambil kira selepas ijtimak berlaku).

Di Malaysia, katanya, data kajian bagi tiga bulan utama iaitu Ramadan, Syawal dan Zulhijjah berpandukan koordinat dua titik rujukan iaitu melihat kepada koordinat Tanjung Atiam, Sabah (stesen paling timur) dan koordinat Tanjung Chincin, Pulau Langkawi (stesen paling barat).

Bagi menentukan awal Syawal 1431, proses cerapan akan dilakukan pada petang hari merukyah hilal (cerapan anak bulan) Syawal esok. Cerapan itu akan dilakukan di 30 tempat cerapan rasmi yang dimaklumkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dan proses cerapan di peringkat negeri lazimnya diketuai oleh mufti negeri.

“Hasil cerapan akan dipanjangkan segera ke pengetahuan Penyimpan Besar Mohor Raja-raja serta diumumkan segera setelah mendapat perkenan raja-raja,” katanya. – Bernama

Tuesday, September 7, 2010

Suatu isu menarik

Bagi penulis persoalan dan penyelesaian ini menunjukkan keindahan islam.


Persoalan Hari Raya Yang Jatuh Serentak Dengan Hari Jumaat

Categorized Under: Ilmiah, Must Read 2 Commented

korban

Pada tahun ini umat Islam di Malaysia akan menyambut hari raya aidil adha pada 27 November 2009 iaitu jatuh kepada hari Jumaat. Lantas, persoalan yang seterusnya berlegar di sekitar kita ialah wajibkah solat jumaat sekiranya hari raya jatuh pada hari tersebut? Sekalipun jika dikira dari sudut rasional, mungkin tidak menjadi masalah kepada setiap muslim untuk menghadiri solat jumaat di negara ini berikutan kemudahan untuk menunaikan solat jumaat sangat terbuka, namun kerana persoalan ini dibincangkan oleh para fuqaha’, maka tidak salah untuk kita turut membuat perbincangan di samping membuka minda seluas-luasnya di dalam menerima pandangan yang berbeza.

Saya cuba untuk menghuraikan persoalan ini berdasarkan pandangan para fuqaha’ sebelum kita membuat sedikit perbandingan berkenaan hujah-hujah yang digunakan. Di dalam isu ini, beberapa pandangan telah dikemukakan para fuqaha :

TIDAK GUGUR KEWAJIPAN SOLAT JUMAAT kepada sesiapa yang sudahpun solat hari raya. Ini merupakan pandangan pandangan Mazhab Hanafi. Menurut Imam Ahmad, solat jumaat merupakan fardhu ain manakala solat hari raya merupakan fardhu kifayah, maka sesuatu yang fardhu kifayah tidak akan menggugurkan kewajipan fardhu ain. Ini turut dinukilkan oleh Ibnu Hazm di dalam kitabnya al-Muhalla.(nombor masalah : 547)

GUGUR KEWAJIPAN SOLAT JUMAAT KEPADA PENUDUDUK YANG JAUH DARIPADA MASJID (AHLIL QURA) DAN TETAP WAJIB KEPADA PENDUDUK YANG DEKAT (AHLIL BALAD). Ini merupakan pandangan mazhab Imam Syafie. Dalil yang dipegang di dalam masalah ini ialah kata-kata Saidina Uthman bin Affan RA :

إِنَّهُ قَدْ اجْتَمَعَ لَكُمْ فِي يَوْمِكُمْ هَذَا عِيدَانِ فَمَنْ أَحَبَّ مِنْ أَهْلِ الْعَالِيَةِ أَنْ يَنْتَظِرَ الْجُمُعَةَ فَلْيَنْتَظِرْهَا وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يَرْجِعَ فَقَدْ أَذِنْتُ لَهُ

Yang bermaksud : Sesungguhnya telah berkumpul kepada kamu pada hari ini dua hari raya, maka barangsiapa yang dari ahlil aliyah (penduduk kampung) yang ingin menunggu solat jumaat, maka tunggulah, dan barangsiapa yang ingin kembali (ke rumah) maka diizinkan baginya. (Muwatta’ Malik, jilid 1 / 116)

  1. GUGUR SOLAT JUMAAT KEPADA MEREKA YANG MENGHADIRI SOLAT HARI RAYA DAN WAJIB KEPADANYA MENGERJAKAN SOLAT ZOHOR. Ini merupakan pandangan yang dipegang oleh Imam Ahmad. Mereka berpegang kepada hadith :

اِجْتَمَعَ فِى يَوْمِكُمْ هَذَا عِيْدَانِ ، فَمَنْ شَاءَ اَجْزَاَهُ مِنَ الْجُمَعَةِ وَانَّا مُجْمَعُوْنَ

Yang bermaksud : “Telah berkumpul pada hari kamu ini dua hari Raya. Sesiapa telah (Bersolat Hari Raya), dia telah menyempurnakan dari solat Jumaat dan sesungguhnya kita telah dikumpulkan”. (H/R Abu Daud 1073. Ibnu Majah 1311. Al-Hakim 1/228. Al-Baihaqi 3/318. Ibnul Abdil Barr (dalam At-Tamhid) 10/272. Al-Khatib (dalam Tarikh Bahgdad) 3/129. Ibnul Qaiyyim (dalam Zaadul Ma’ad 1/425 ). 1/473. Al-Faryabi (dalam Ahkamul Iedain) 150. Ibnul Jarud (dalam Al-Muntaqa) 302. Hadis sahih banyak syahidnya (lihat: Sawathi’ al-Qamarain fi Takhrij Ahadis Ahkamail Iedain), Musaid bin Sulaiman bin Rasyid. Hlm. 211)

Manakala kewajipan ke atas imam pula terdapat dua riwayat dari Imam Ahmad iaitu tidak wajib mendirikan solat jumaat dan pandangan kedua ialah wajib sebagaimana yang disebut oleh Ibnu Taimiyyah : “Sesungguhnya ke atas imam wajib mendirikan solat jumaat untuk disertai oleh orang-orang yang ingin mendirikannya dan juga mereka yang tidak menghadiri solat hari raya”. (Majmu’ Fatawa, jilid 24/ms 211)

  1. GUGUR KEWAJIPAN SOLAT JUMAAT DAN JUGA SOLAT ZOHOR KEPADA MEREKA YANG MENGHADIRI SOLAT HARI RAYA. Ini merupakan pandangan mazhab Saidina Ali bin Abi Talib, Ibnu Zubair, Ibnu Abbas, ‘Ato’ bin Abi Rabbah dan Al-Syaukani Rahimahumullah. (Majmu’ al-Nawawi, jilid 4/ms 492, Majmu’ Fatawa jilid 24/ms211, Nailul Autor jiilid 3/ms 283).

Manakala di kalangan ulama yang terkemudian yang bersetuju dengan pandangan ini ialah Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah jilid 1/ms 316) dan juga Syeikh Nasiruddin al-Albani yang memberikan komentar terhadap hadis-hadis yang didatangkan Sayyid Sabiq di dalam Fiqh Sunnah tetapi tidak memberikan komentar terhadap pandangannya menunjukkan persetujuannya dengan pandangan Sayyid Sabiq (Tamam al-Minnah, ms 344, 345)

Jika dilihat kepada dalil-dalil yang didatangkan di atas, jelas bahawa hadith yang sahih menunjukkan kepada gugurnya solat jumaat dan juga zohor kepada mereka yang telah menghadiri solat hari raya. Zahirnya, inilah merupakan pandangan yang paling sahih daripada sunnah nabi Muhammad SAW.

Adapun untuk tujuan amalan di Malaysia, salah satu pandangan mazhab Ahmad kelihatan sesuai di mana diwajibkan kepada para imam untuk mendirikan solat jumaat sebagai memberikan peluang kepada mereka yang ingin mendirikannya dan juga kepada mereka yang tidak sempat hadir solat hari raya.

Wallahua’alam.

2 Responses to “Persoalan Hari Raya Yang Jatuh Serentak Dengan Hari Jumaat”

  1. ahmad aljajawi says:

    Jazakallahu khairan kathira di atas penjelasan dari berbagai pandangan ini.

  2. uan says:

    jadi, bergantung kepada individu utk menentukan sendiri? mengapa tidak ditetapkan saja satu hukum? zaman sudah berubah. islam sesuai dgn semua zaman.

    saya lebih suka kepada fardhu kifayah tidak akan menggugurkan kewajipan fardhu ain. itu satu rule yg universal. kita ada rule, kita gunakan rule itu. mengapa ada execption? mungkin keadaan kemudahan di malaysia menyebabkan saya berfikiran begini.

    mungkin agak keras komen saya, tapi saya tak suka dgn penetapan hukum yang vague / samar2. boleh ke tidak? boleh ke tidak? utk yg mendalami ilmu agama mungkin boleh terima. tapi mcm saya, saya lebih suka ia ditetapkan. kalau orang bukan islam tgk, mungkin mereka akan berpendapat islam ni ada peraturan yg boleh tukar2 lak. apa perasaan kita?

    utk muzakarah lanjut, semua dijemput utk email saya. muzakarah secara ilmiah. saya yakin dgn islam. wallahu a’lam.

    *terima kasih kepada tuan punya web atas ilmu yg diberikan.

Monday, September 6, 2010

Pencarian hampir ditemui


Staff Name: MOHD NAZARI BIN ABU BAKAR (DR)
Department: UITM KAMPUS ARAU
Contact No: +60355442000
Email Address: mohdnazari@perlis.uitm.edu.my
Positon: A069
Status: Active

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288