sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Wednesday, September 8, 2010

Menentukan 1 Syawal

Afdhalnya menggunakan rukyah. Hisab membantu. Walau apapun data dan masalah teknikal orang ramai tadak ramai yang mengetahui. Tetapi apa yang ada dapam pemikiran ramai ialah kalah dah tengok anak bulan yang pastinya samada nampak atau tak nampak. Justeru itu sewaktu pengumuman perkara nampak dan tak nampak yang perlu ada semasa pengumuman.
Tidak sukar sangat dengan menyebut misalnya " Anak bulan telah kelihatan dan kita akan berhariraya esok" atau boleh dikatakan seperti berikut " Anak bulan tidak kelihatan walaupun keadaan cuaca dibeberapa tempat terang dan tidak berawan. Kita akan berhariraya pada hari lusa"

Sebaliknya pengumuman sekadar menetapkan tarikh dan tiada menyebut kesan dari rukyah. Rukyah dilihat sebagai menghabiskan wang sahaja.

Bagaimana dengan kumpulan yang akan melihat anak bulan petang nanti.



Jakim: 1 Syawal ditentu guna rukyah, hisab


Posted on Tuesday, September 07 @ 08:16:41 PDT by paktam

Malaysia menggunakan kaedah rukyah (cerapan) dan hisab berpandukan kriteria imkanur rukyah (kebolehcerapan) untuk menentukan awal Syawal, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Beliau berkata perbezaan penentuan tarikh hari raya antara negara-negara Islam termasuk Malaysia disebabkan wujudnya perbezaan matlak iaitu perbezaan terbit dan terbenamnya hilal (anak bulan).

Perkara itu juga bergantung kepada penentuan pihak berkuasa agama di Negara masing-masing sama ada menggunakan kaedah rukyah sahaja, hisab sahaja atau kedua-duanya, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata hasil mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kalender Islam pada 13 April lepas, satu laporan penetapan tarikh awal anak bulan syawal telah dikemukakan kepada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bagi rujukan untuk menentukan awal syawal.

“Kriteria imkanur rukyah ketika matahari terbenam, ketinggian hilal di atas u***** tidak kurang daripada dua darjah dan jarak lengkung (hilal dan matahari) tidak kurang daripada tiga darjah,” katanya.

Wan Mohamad berkata satu lagi kaedah ialah ketika hilal terbenam apabila umur hilal tidak kurang daripada lapan jam (kaedah ini diambil kira selepas ijtimak berlaku).

Di Malaysia, katanya, data kajian bagi tiga bulan utama iaitu Ramadan, Syawal dan Zulhijjah berpandukan koordinat dua titik rujukan iaitu melihat kepada koordinat Tanjung Atiam, Sabah (stesen paling timur) dan koordinat Tanjung Chincin, Pulau Langkawi (stesen paling barat).

Bagi menentukan awal Syawal 1431, proses cerapan akan dilakukan pada petang hari merukyah hilal (cerapan anak bulan) Syawal esok. Cerapan itu akan dilakukan di 30 tempat cerapan rasmi yang dimaklumkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dan proses cerapan di peringkat negeri lazimnya diketuai oleh mufti negeri.

“Hasil cerapan akan dipanjangkan segera ke pengetahuan Penyimpan Besar Mohor Raja-raja serta diumumkan segera setelah mendapat perkenan raja-raja,” katanya. – Bernama

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288