sallu alan nabi
Hadis Nabi
Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.
Ayat Al Qur'an
Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -
(Saad 38:54)Ayat Al Qur'an
"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.
(Ad-Dukhaan 44:20)Wednesday, September 15, 2010
Sosilawati - Hati-hati dalam urus niaga!
Dalam arus perniagaan langsung sekarang ini kekadang ada orang yang mendapat panggilan telefon yang menyebut anda mendapat sesuatu hadiah yang berupa kewangan. Anda dikehendaki memberi nombor akaun bank. Bila nombor akaun bank diberi keesokannya didapati wang dibank anda hilang. itu satu kes.
Ada pula kesahnya anda dikehendaki pergi ke sesuatu lokasi dengan membawa resit bagi pembelian barangan elektrik yang berjenama Panasonic. barangan yang akan diberinya ialah sebuah kereta. Kalau tiada resit boleh juga bawa buku bank. Mereka boleh temankan anda sampai ke bank untuk mengeluarkan. Tidak banyak wang yang perlu disediakan hanya RM5,000.00 sahaja. Bila anda telah mengeluarkan wang sebanyak itu baru kumpulan itu akan memberi satu kopun untuk dibuka. dalam kupun itu akan menunjukkan hadiah yang akan diterima. Bila diberi kupun dan anda membukanya hadiah ialah suatu set home teater dan anda dikehendaki menyerahkan wang RM5,000.00 itu sebagai bayaran bagi hometeater itu. Selanjutnya anda akan diberi kopun kedua yang mungkin isteri anda atau suami anda yang akan membukanya. Tetapi haril bukaan bagi kopun kedua ini tidak akan dikira. kerana anda telah membuka kopon yang pertama. Jadi bila anda membuka kopun kedua itu hasilnya ialah sebuah kereta yang seperti di war-warkan.
Begitulah corak penipuan dalam skim gores dan menang. Pengguna dan orang awam diperangkap. Kalau berkeras mungkin sesuatu yang buruk akan berlaku. Rasanya kes yang di alami oleh Sosila ini sebijik seperti ini.
Jadi sesiapa yang berkenaan perlu berhati dalam urusniaga seperti ini. kalau nak bawak duit banyak kenapa tak pakai khidmat polis? Kalau dah banyak duit sepatutnya Sosila menyediakan pengawal peribadinya sendiri. Sesungguh malang bagi Sosila yang menjada mangsa keganasan penjenayah ini. Sesungguhnya semua mengharap hukuman yang berat ke atas penjenayah itu.
Kepada semua orang hendaklah berhati-hati. Keselamatan diri dan segala perlindungan hendaklah sentiasa di amati.
Kita amat kecewa dengan apa yang berlaku. Kenapa beliau tidak menyediakan pengawal khas untuk memantau keselamatannya. Kalau altantuya boleh mengupah penyiasat persendirian mengapa Sosilawati tidak menggajikan beberapa orang sebagai pengawal peribadi yang bertujuan escort perjalanan. Barangkali beliau yakin dengan keadaan yang aman dan selamat dalam negara.
Kejadian ini suatu petanda yang rakyat awam tidak selamat.
No comments:
Post a Comment