sallu alan nabi
Hadis Nabi
Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.
Ayat Al Qur'an
Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -
(Saad 38:54)Ayat Al Qur'an
"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.
(Ad-Dukhaan 44:20)Thursday, September 9, 2010
Seperti yang diduga
Kelihatan seperti peristiharan yang dikatakan langsung itu seperti telah dirakam terlebih dahulu. Kita dapat mengesan bila melihat peristiharan itu tidak dilakukan serentak bagi semua stesyen TV jadi kenapa jadi begitu.
Dalam agakan pastinya rakaman telah dibuat beberapa hari sebelum semalam. dan disiarkan semalam. Malah rakaman untuk hari raya juga telah dibuat tetapi kerana anak bulan tidak kelihatan maka rakaman itu dibatalkan.
Dizaman kecanggihan ini umat islam memiliki capaian yang canggih dari segi ilmu dan data serta penangkapan jadi semua pihak perlu telus. Ketelusan akan menyakinkan ummat. Elakkan dari menimbulkan kecurigaan ramai.
Jika pengemumuman dikatakan langsung pasti tunjukkan dalam siaran itu masa dan ketika peristiharan. Supaya umat tidan menyimpan sangka buruk
Kegagalan penyimpan mohor besar menyebut tentang "anak bulan tidak kelihatan" amat dikesali dan boleh mengundang kecurigaan yang berbagai.
No comments:
Post a Comment