sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Wednesday, December 2, 2009

Imformasi dari e-mail sahabat

Berhentilah menipu para pelajar atau anak2 kita. Kita sering mengatakan kepada mereka bahawa setiap manusia ini dilahirkan sama sahaja (akalnya). Hakikatnya tidak begitu!

Kita tidak dilahirkan dengan tahap IQ yang sama dan ini perlu kita terangkan kepada para pelajar kita. Malah, kita semua patut sedar bahawa setiap orang mempunyai tahap IQ yang berbeza sejak lahir kerana itulah ada gelaran “anak cerdik”, “pelajar genius” dan sebagainya.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh seorang profesor bedah saraf dari Rusia, Prof Anokhin, beliau mendapati orang yang genius mempunyai susunan urat saraf yang berserabut. Sedangkan orang yang kurang cerdik, tidak. Malah, mungkin antara kita pernah mendengar bahawa orang yang bijaksana mempunyai lipatan otak yang lebih banyak berbanding orang yang lembam.

Ini adalah hakikat sebenar yang perlu diketahui oleh kita semua termasuk para pelajar dan anak-anak kita. Bukan itu sahaja, beberapa kajian juga telah menunjukkan bahawa kecerdikan ini juga boleh dipengaruhi oleh faktor keturunan, makanan, persekitaran, cara didikan dan sebagainya. Oleh itu, tidak hairanlah apabila kita sering temui adik beradik yang cerdik berbanding rakan mereka yang lain atau pelajar dari bandar lebih cerdik daripada pelajar luar bandar.

Untuk apa kita mengetahui semua ini dan menerangkan kepada pelajar-pelajar atau anak-anak kita?

Penerangan ini diharap dapat menyedarkan diri kita dan mereka bahawa “kecerdikan” itu bukan suatu MATLAMAT dalam pembelajaran mereka tetapi sebagai ALAT sahaja untuk menghadapi cabaran hidup mereka akan datang. Dalam konteks yang lebih sempit, kita boleh katakan kecerdikan itu akan dapat membantu mereka dalam dunia pekerjaan mereka nanti.

Oleh itu, apakah MATLAMAT yang perlu kita tanamkan kepada mereka??

SATU SAHAJA MATLAMATNYA! ! dan amat jarang sekali kita menganggapnya sebagai MATLAMAT. Ia bernama USAHA,

Lihatlah di sekeliling kita. Kita terlalu berbangga apabila mendapat anak-anak yang sangat cerdik atau berasa amat kagum melihat pelajar-pelajar yang sangat bijak. Tetapi, berapa ramaikah di antara kita yang berasa bangga dan kagum melihat anak-anak atau pelajar-pelajar yang rajin berusaha (walaupun akhirnya mereka tidak mencapai tahap seperti yang diharapkan)? ?

Sepatutnya kita meletakkan USAHA sebagai matlamat dalam segala apa yang kita lakukan. Malah, kita sepatutnya lebih merasakan perlu untuk berusaha berbanding memikirkan kejayaan yang bakal dicapai. Saya tidak bermaksud mengatakan kejayaan itu tidak penting sama sekali dalam hidup. Kejayaan juga penting kerana ia memberi kita semangat dan boleh menjadi sandaran kepada usaha kita agar tidak “terlajak” atau “tersasar” dari matlamat kita. Dengan kata lain, jadikan USAHA sebagai perkara pertama dan KEJAYAAN sebagai perkara kedua. Oleh itu, marilah kita perbetulkan semula tanggapan kita selama ini.

Kenapa usaha lebih penting daripada kejayaan?
Tentu anda telahpun sedia maklum tentang kisah hidup Sufiah Yusof, pelajar yang genius dan berjaya menempatkan diri di Universiti Oxford pada usia yang sangat muda iaitu 13 tahun. Tetapi, lihatlah apa yang telah terjadi kepadanya sekarang. Ini bukan sahaja berlaku kepadanya, tetapi turut terlaku kepada ribuan lagi kanak-kanak genius seluruh dunia sejak dahulu lagi. Dan mungkin keadaan ini akan terus berlaku di tahun-tahun yang mendatang.. Adakah kita mahu biarkan keadaan ini berlalu begitu sahaja? Tiadakah apa-apa yang boleh kita lakukan demi menyelamatkan kanak-kanak genius dan meningkatkan pula keupayaaan anak-anak atau pelajar-pelajar berIQ biasa?

Menurut penyelidikan yang telah dilakukan kepada kanak-kanak berIQ tinggi, kebijaksanaan mereka telah menyebabkan mereka kurang berusaha dan bekerja keras. Sebagai contoh seorang pesara bernama David Heigham sering merasakan kerja sekolahnya di waktu kecil dahulu terlalu membosankan. Oleh itu, dia hanya berusaha secara sederhana sahaja kerana menyangka dia tetap akan berjaya dalam pelajarannya. Hasilnya, dia tidak berjaya meningkatkan potensi dirinya sebaris dengan orang lain yang terkenal berjaya dengan usaha gigih..

Keadaan sebaliknya berlaku ke atas tokoh-tokoh ilmuan terkenal seperti Albert Einstein, Thomas Alva Adison dan yang lain-lainnya. Sebagai contoh, Alber Einstein sebenarnya pernah gagal dalam peperiksaan utama sekolah rendahnya. Tetapi, lihatlah sekarang, dia telahpun berjaya menempatkan diri sebaris dengan orang-orang yang berjaya dalam bidangnya.

“USAHA”. Inilah perkataan yang perlu kita sematkan dalam jiwa kita dan anak-anak serta para pelajar kita. Dengan itu, kita akan terus mencari-cari jalan memperbaiki kualiti diri dan usaha ini pasti tidak akan terhenti. Kenapa? Kerana matlamat kita adalah USAHA.


Ada kata-kata hikmah berbunyi:

“ALLAH tidak memandang kepada kejayaan yang telah kita capai, tetapi sejauh mana telah kita usahakan”

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288