sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Thursday, December 3, 2009

Setiap orang ada peranan masing-masing

Teringat kesah dari hikayat awang sulong merah muda.
Bila gong istana dibunyikan maka berderu desihlah akan rakyat menuju ke istana.
Ada yang bertongkat, ada yang berjalan laju, ada yang berkenderaan dan sebagainya. Dalam pada itu, yang buta teraba-raba. Yang berkurap menyusup angin. Manakala yang pekak dan tuli akan tertanya-tanya "apa hal ha". semua kesuatu tujuan.
Di Istana masing-masing ada tugasan tertentu. Yang berpenyakit pekong akan menjaga padi dijemuran. Yang berkurap tugasan mengambil buluh manakala yang buta meniup padi yang ditumbuk.
Elok sangat dah tu yang berkurap mengambil buluh kerana dia dah menggaru kerana bukan kerana miang buluh. Yang pekong menjaga padi dijemoran. Yang pekong elok benar berjemoran supaya pekong menjadi kering sambil menghambat ayam pekong kering. Yang pekak berada diperbatasan jaga meriam samada berdentum atau tidak mereka tak dengar.
Pendek kata dalam hikayat tersebut ada pengajaran yang tersendiri. Namun keadaan telah berubah. Ketamakan dan kepentingan serta penghormatan sudah berubah. Kerana itu cerita tersebut sekadar menjadi lagenda kini. Manusia kini siapa yang berkudrat dialah yang berkuasa. siapa yang pandai menipu menjadi kaya. Orang yang jahat menjadi kaya raya dan berpengaruh. Hina besi kerana karat, hina manusia kera tiada harta.

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288