Bila berlaku saja sesuatu maka hiruk pikuk semua sudut dan arah. Bagai gempita alam bunyinya. tetapi selepas beberapa ketika ianya senyap sepi tiada apa-apa.
Kemalangan bas dekat tol ipoh selatan yang berlaku dan mengorban 10 nyawa.
Semua orang telah berkata dan bercerita. Semua orang kata orang lain yang salah. Bagai-bagai cadangan dan saranan bernas-bernbas belaka. Pilu melihat keluarga mangsa yang kehilangan sedara. Dalam menuding kepada orang tidak siapa yang sedar dalam tudingan itu 3 atau 4 jari menuding kediri sendiri. Siapa diri sendiri itu mestilah tidak lari dari KERAJAAN. Mana kerajaan yang berani
muhasabah diri bagi merenung kesilapan diri kerajaan sendiri ? Tiada. Kalau tak berani nak bermuhasabah tak payahlah untuk memberi cadangan.
Dalam Qur an ada menyebut yang bermaksud "Telah berlaku kerosakan di laut dan darat akibat dari tangan manusia" Jelas sekali ayat itu, tetapi berapa ramai yang sedar?
Sebenarnya kemalangan atau sesuatu yang berlaku akibat dari kesalahan tadbir urus manusia yang berkuasa itu sendiri. Tapi malang tak ramai yang menyedari. Seseorang yang sedar pasti akan sentiasa beringat. Bagi yang tahu jika dia berjumpa dengan wang orang yang tercicir orang yang tahu itu tidak akan mengambil wang orang yang tercicir itu. Orang yang tahu itu tidak mengambil wang itu kerana tahu wang itu bukan miliknya. Jika dia mengambil wang itu dia telah berbuat salah. akibat kemudian hari nanti barangkali wangnya juga akan hilang lesap malah berlipat ganda lagi. malah lebih dahsyat lagi kerugian baginya. itu keyakinan bagi orang yang tidak mengetahui dan menyadari.
Jadi dalam hal ini apakah ada orang yang sanggup bermuhasabah seperti itu.
Satu sen yang dicuri atau dirampas. berapa nilainya ??
Kalau nak beri cadangan bersedialah untuk bermuhasabah. Dalam muhasabah itu tanya tidakkah aku telah berbuat zalim?
No comments:
Post a Comment