PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA!!!!!!!
Asas 5 jari
Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang
cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.
seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system
dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking
kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.
Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn
masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab
itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.
selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau
lembab ke???
jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.
jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.
selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya..
seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya
kita sebagai seorang wanita.cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna
anda mengalami hormon yang tidak seimbang.
.tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna
putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah...
ITULAH SAHAJA YANG SAYA PELAJARI MENGENAI RAHSIA PENYAKIT DI SEBALIK TAPAK
TANGAN....wallahu`alam....
(sama2 kita renungkan ini: Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada
satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit,tetapi akhirnya terpaksa
mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang)
~MORAL: JAGALAH KESIHATAN KITA..IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG
MAHA ESA....:-)~
sallu alan nabi
Hadis Nabi
Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.
Ayat Al Qur'an
Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -
(Saad 38:54)Ayat Al Qur'an
"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.
(Ad-Dukhaan 44:20)Tuesday, February 22, 2011
Dari E-Mail
Monday, February 21, 2011
Sambutan Maulidiur Rasul S.A.W
Masa | 26hb Februari · 10.00 pagi - 2.00 ptg |
---|---|
Lokasi | Masjid Warisan Lama, Kg. Temelong, Lenggong |
Direka Oleh: | |
lebih info | Penceramah YBhg. Dato' Sheikh Mohd Nor Mansur al-Hafiz |
Sunday, February 20, 2011
Kematian di Lenggong
Friday, February 18, 2011
ANAK2 LENGGONG YANG BERJAYA
ANAK2 LENGGONG YANG BERJAYA http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/70838_100000100216021_4244534_n.jpg
Mari kita senaraikan anak2 Lenggong yang telah berjaya dlm karier mereka di peringkat Negeri, Negara atau Antarabangsa dan seterusnya mengharumkan nama Lenggong. (Sdr2 boleh tambah senarai ini dan pihak admin sila edit jika ada maklumat yang tidak betul)
1. Dato' Sri Mohammed Shazalli bin Ramly - CEO Celcom
http://www.facebook.com/pages/Dato-Sri-Mohammed-Shazalli-bin-Ramly/174123460614
Ayahnya lebih dikenali sebagai Pak Mimi dan tinggal di Kg Sira
2. Allahyarham Tun Mohamed Suffian Hj Hashim - bekas Ketua Hakim Negara
http://www.rmaf.org.ph/Awardees/Biography/BiographySuffianMoh.htm
3. Dato’ Seri Ong Ka Ting - bekas Menteri Persekutuan dan Presiden MCA -
lahir pada 15 November 1956, di Lenggong
4. Jeneral(B) Tan Sri Dato' Mohd Ghazali bin Haji Che Mat menjadi Panglima Angkatan Tentera Malaysia dari 17 Januari 1984-30 Oktober 1985. Beliau dilahrikan di Kg Chain dan ayahnya berasal dari Kg Sira Lenggong. Penerima pingat PGB.
5. Dalam bidang Angkatan Tentera seorang lagi anak lenggong yg berjaya adalah Timbalan Panglima Tentera Darat yang baru...Leftenen Jeneral DATO PAHLAWAN ZULKIFLI BIN ZAINAL ABIDIN.. orang bukit senyum.. Beliau sebelum ini adalah Panglima 7 Briged dan Naib Cancelor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
6. Allahyarham Dato' Seri Ahmad bin Said (lahir 1919) merupakan Menteri Besar Perak ke-4 dari 7 Mei 1964 hingga 18 Mac 1970. Allahyarham berasal dari Lenggong. Namanya diabadikan pada Sek Men Dato Ahmad Lenggong.
7. Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali bin Jawi dilahirkan pada 1924. - pernah menjadi Menteri Besar Perak dari 1 Ogos 1957 hingga 16 April 1960. Sekali lagi menjadi Menteri Besar dari 4 September 1974 hingga 1 Oktober 1977. Anaknya Dato Seri Mohd Tajol Rosli juga pernah memegang jawatan Menteri Besar Perak... mengikut jejak ayahnya.
8. Dato Hjh Khamsiyah Yeop - berasal dari Kg Temelong. Pernah menjadi Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri dalam kerajaan BN.
9. Lenggong juga telah berjaya melahirkan beberapa orang professor di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Antaranya adalah (A) Aminuddin Hj Yusof, Shahrom HJ Hashim, Adnan Hj Nawang, Alias Othman dan Roslan Hakim.
Prof Adnan kini menduduki kerusi Zaaba di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim.
10. Dr Abd Malek b Hj Awang Kechil - Ketua Pengarah YaPEIM.. berasal dari Kg Temelong
http://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000889110058&v=wall&ref=search
11. MOHAMAD RASHIDI B. ABDUL MANAP, berasal dari Kota Tampan Air. . Pernah bekerja sebagai ketua chef di hotel2 terkenal di merata tempat seperti di Malaysia, Korea, Brunei, Perth, Sydney, Auckland, Afrika Selatan dlln.
Pernah terlibat menyediakan makanan untuk 3 orang DYMM Yang diPertuan Agung, Sultan2 Melayu, Menteri2 Kabinet, Menteri2 Besar dan VVIP yang lain. Kemudiannya menjadi pensyarah sambilan di KDU College hingga sekarang di Berjaya UNIVERSITY… http://www.facebook.com/group.php?gid=77592219228#!/profile.php?id=100000059029826&v=wall
12. Abdul Halim Nasir (N.A. Halim)
Berasal dari Kg Sekolah Lenggong, dengan kelulusan darjah enam beliau berhijrah ke Pahang dan kemudian ke Kuala Lumpur. Pengalaman kerja sebagai pendawai elektrik, tukang masak, pelukis jalanan, dan akhirnya berkhidmat di Muzium Negara sebagai penolong pelukis. Bersara pilihan pada tahun 1988.
Sumbangannya dalam bidang penulisan dan penyelidikan lapangan mendapat pengiktirafan Universiti Kebangsaan Malaysia dengan penganugerahan Ijazah Kehormat Sarjana Sastera dan perlantikannya sebagai Karyawan Tamu 1989-97 di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) dan di Jabatan Persuratan Melayu, di universiti yang sama.
Beliau meninggal pada tahun 1999
Antara buku2 yg dihasilkannya ialah
- Lembangan Sungai Dalam Peradaban Melayu. 2005.
- Mosque Architecture in the Malay World. 2004.
- Memoir Abdul Halim Nasir: Dari Kampung Sekolah ke Menara Gading. 1998.
- Warisan Seni Bina Melayu. 1997.
- Seni Bina Masjid di Dunia Melayu-Nusantara. 1995.
13. MOHD NAZAR B ABDUL RAHIM berasal dari Kg Chain. Pernah memegang rekod kebangsaan dalam acara Lontar Peluru selama 14 tahun. Akhirnya dipecahkan oleh anak didiknya sendiri Adi daripada Terengganu. Mewakili negara ke peringkat SEA Games. Kini menjadi jurulatih olahraga kebangsaan (acara Lontar Peluru) dan menetap di K.Lumpur.
14. MOHD ROSLAN B MAHAYUDIN, Ketua Pengarah Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), berasal dari Kg Raban.
15. JUREY LATIFF MOHD ROSLI, Kerjaya sebagai Pelakon, Pengarah Seni, Pengarah, Pengarah Fotografi, Penerbit TV, Jururunding Skrip. Telah menerbit dan mengarah lebih 60 buah telemovie dan drama untuk RTM, ASTRO dan TV3. Anugerah yg diterima - Pengarah Drama TV Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2006, Telemovie Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2006
http://jomss.blogspot.com/2010/03/biodata-gambar-jurey-latiff-rosli.html#ixzz1DHim0Ubp
Dari FB Lenggowen
- Ramlah Ayoubjom musuk dapur..nak masak apa tengah hari ni ya..
- Muhamad Khairi HarunTadi Deejay kita letak gambaa geretak Tampan Air... Abang Mezah kata, dah runtuh... diruntuhkan kerana menjadi sslah satu punca banjir besar sungai nerok (termasuk geretak kat Kg Bol).... macam ni la geretak Tampan Air sekarang..... Jambatan Bailey "sementara"Jambatan "sementara" Tampan Air......Oleh: Muhamad Khairi Harun
- Mohd Tahir Osmanantara umbut tepus dengan umbut rotan mana yg lebih sedap dibuat ulam?
- Robeatul Adawiyah Hj Ramleeweh dah kol berapo ni...x mboh tido ke miko?
- Kiriman Terdahulu
- Ramlah AyoubAssalamualaikum sahabat semua..malam ni malam Jumaat..elok le sebelum mata kita terlelap.. kita basahkan bibir kita dengan zikir Ya Allah Ya Allah Ya Allah..afdhalnya seribu kali sepanjang hari Jumaat..
- Muhamad Khairi HarunSesiapa yang rajin nak bagi input untuk Kamus Bahasa Lenggong, boleh la komen kat sini... Bolehla anak-anak orang Lenggong yang dilahirkan di tempat lain, belajar Bahasa Lenggong.....
- Zainoor Liza Md Nadzrisalam org lenggong...nampak mcm kecoh ja dlm nii....hehehe...
- Panglima HitamKhidmat Kemasyarakatan : URGENT! Car Missing with small child on board : white KANCIL SAA9393C if seen the car,pls contact police.
- Idris TaluSaya pun tak tahu kenapa ianya dinamakan asam jawa. Satu yang masih berkulit, yang satu lagi sudah dibuat semacam "asinan".
- Mokhtar PetahSaya mendapati bahasa Melayu yang ditururkan oleh orang - orang Lenggong (bukan pendatang dari luar), adalah dailet atau cara turut kata orang Pattani. Maka, jika kamus yang anakanda hendak wujudkan itu saya kira agak sempit. Elok guna 'Kamu Melayu Pattani'. Contoh kata: Geno, muma, gatik dan kelik. Maaf, mungkin pendapat saya tidak anakanda gemari.
- Ahmad Mazni GhazaliKepada Warga LENGGOWEAN sekelian. Diharap berhati-hati dengan WAN AZWAN, WANN AZWAN dan EZRIL RAZMIL IZHAR. Boleh lihat link ini, sebagai PERHATIAN. Ada page baru dengarnya......
- Muhamad Khairi Harunooo.... yang ni rupanya Pak Hussain Jambang, arwah ayahanda abang Muhammad Hussain kita.....arwah ibu bapa tercinta..Pak Hussain Jambang.......Oleh: Muhammad Hussain
- Juhaida Husainsalam saya pun nak joint juga...