Kecelaruan yang berlaku disebabkan dari rasa ketidakpuasan hati rakyat. Rakyat yang dizalimi dan ditindas akan bangun. Rakyat yang diperbodohkan juga akan bangun. Rakyat yang diperbengongkan juga akan bangun. Bila rakyat yang bangun dari pelbagai rasa yang tidak senang akan menyebabkan gugur dan jatuh sesebuah pemerentah.Bila keadaan seperti ini orang yang jatuh dan diguling itu akan tersungkur hina dina dalam pandangan masyarakat.
Sejarah dapat melihat dalam situasi di Mesir zaman King Farok yang diguling kerana sikap berpoya-poya. Hilang keagongan dan kemasyhorannya. Begitu juga dengan Gamel Abdul Nasir dan Annuar Shadat. Sekarang Hosni Mubaraq sedang menempuhi perjalanan yang sukar. Natijah dari pengurusan negara yang mereka lakukan hanya untuk kepentingan diri dan lebih mementingkan keluarga. Tetapi yang lebih besar ialah menentang dan bersekongkol menentang Islam. Menipu rakyat dan menindas serta membiarkan rakyat dalam kemiskinan serta tidak memberi ruang pelajaran yang diperlukan oleh rakyat.
Sesiapa sahaja yang berkuasa yang mengamalkan kezaliman dan menipu rakyat akan mengumpan laknat serta sumpah seranah dari rakyat dan ummat. Dimana sahaja menusia jenis ini berada mereka pastinya akan berhadapan dengan kehinaan dan tempelak dari rakyat dan masyarakat. Tidak kira di Mesir atau di Malaysia atau dimana-mana. Tak kira sejauhmana peradaban manusia disitu.
Sesungguhnya celakalah orang yang jahat.
No comments:
Post a Comment