ANAK2 LENGGONG YANG BERJAYA http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/70838_100000100216021_4244534_n.jpg
Mari kita senaraikan anak2 Lenggong yang telah berjaya dlm karier mereka di peringkat Negeri, Negara atau Antarabangsa dan seterusnya mengharumkan nama Lenggong. (Sdr2 boleh tambah senarai ini dan pihak admin sila edit jika ada maklumat yang tidak betul)
1. Dato' Sri Mohammed Shazalli bin Ramly - CEO Celcom
http://www.facebook.com/pages/Dato-Sri-Mohammed-Shazalli-bin-Ramly/174123460614
Ayahnya lebih dikenali sebagai Pak Mimi dan tinggal di Kg Sira
2. Allahyarham Tun Mohamed Suffian Hj Hashim - bekas Ketua Hakim Negara
http://www.rmaf.org.ph/Awardees/Biography/BiographySuffianMoh.htm
3. Dato’ Seri Ong Ka Ting - bekas Menteri Persekutuan dan Presiden MCA -
lahir pada 15 November 1956, di Lenggong
4. Jeneral(B) Tan Sri Dato' Mohd Ghazali bin Haji Che Mat menjadi Panglima Angkatan Tentera Malaysia dari 17 Januari 1984-30 Oktober 1985. Beliau dilahrikan di Kg Chain dan ayahnya berasal dari Kg Sira Lenggong. Penerima pingat PGB.
5. Dalam bidang Angkatan Tentera seorang lagi anak lenggong yg berjaya adalah Timbalan Panglima Tentera Darat yang baru...Leftenen Jeneral DATO PAHLAWAN ZULKIFLI BIN ZAINAL ABIDIN.. orang bukit senyum.. Beliau sebelum ini adalah Panglima 7 Briged dan Naib Cancelor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
6. Allahyarham Dato' Seri Ahmad bin Said (lahir 1919) merupakan Menteri Besar Perak ke-4 dari 7 Mei 1964 hingga 18 Mac 1970. Allahyarham berasal dari Lenggong. Namanya diabadikan pada Sek Men Dato Ahmad Lenggong.
7. Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali bin Jawi dilahirkan pada 1924. - pernah menjadi Menteri Besar Perak dari 1 Ogos 1957 hingga 16 April 1960. Sekali lagi menjadi Menteri Besar dari 4 September 1974 hingga 1 Oktober 1977. Anaknya Dato Seri Mohd Tajol Rosli juga pernah memegang jawatan Menteri Besar Perak... mengikut jejak ayahnya.
8. Dato Hjh Khamsiyah Yeop - berasal dari Kg Temelong. Pernah menjadi Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri dalam kerajaan BN.
9. Lenggong juga telah berjaya melahirkan beberapa orang professor di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Antaranya adalah (A) Aminuddin Hj Yusof, Shahrom HJ Hashim, Adnan Hj Nawang, Alias Othman dan Roslan Hakim.
Prof Adnan kini menduduki kerusi Zaaba di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim.
10. Dr Abd Malek b Hj Awang Kechil - Ketua Pengarah YaPEIM.. berasal dari Kg Temelong
http://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000889110058&v=wall&ref=search
11. MOHAMAD RASHIDI B. ABDUL MANAP, berasal dari Kota Tampan Air. . Pernah bekerja sebagai ketua chef di hotel2 terkenal di merata tempat seperti di Malaysia, Korea, Brunei, Perth, Sydney, Auckland, Afrika Selatan dlln.
Pernah terlibat menyediakan makanan untuk 3 orang DYMM Yang diPertuan Agung, Sultan2 Melayu, Menteri2 Kabinet, Menteri2 Besar dan VVIP yang lain. Kemudiannya menjadi pensyarah sambilan di KDU College hingga sekarang di Berjaya UNIVERSITY… http://www.facebook.com/group.php?gid=77592219228#!/profile.php?id=100000059029826&v=wall
12. Abdul Halim Nasir (N.A. Halim)
Berasal dari Kg Sekolah Lenggong, dengan kelulusan darjah enam beliau berhijrah ke Pahang dan kemudian ke Kuala Lumpur. Pengalaman kerja sebagai pendawai elektrik, tukang masak, pelukis jalanan, dan akhirnya berkhidmat di Muzium Negara sebagai penolong pelukis. Bersara pilihan pada tahun 1988.
Sumbangannya dalam bidang penulisan dan penyelidikan lapangan mendapat pengiktirafan Universiti Kebangsaan Malaysia dengan penganugerahan Ijazah Kehormat Sarjana Sastera dan perlantikannya sebagai Karyawan Tamu 1989-97 di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) dan di Jabatan Persuratan Melayu, di universiti yang sama.
Beliau meninggal pada tahun 1999
Antara buku2 yg dihasilkannya ialah
- Lembangan Sungai Dalam Peradaban Melayu. 2005.
- Mosque Architecture in the Malay World. 2004.
- Memoir Abdul Halim Nasir: Dari Kampung Sekolah ke Menara Gading. 1998.
- Warisan Seni Bina Melayu. 1997.
- Seni Bina Masjid di Dunia Melayu-Nusantara. 1995.
13. MOHD NAZAR B ABDUL RAHIM berasal dari Kg Chain. Pernah memegang rekod kebangsaan dalam acara Lontar Peluru selama 14 tahun. Akhirnya dipecahkan oleh anak didiknya sendiri Adi daripada Terengganu. Mewakili negara ke peringkat SEA Games. Kini menjadi jurulatih olahraga kebangsaan (acara Lontar Peluru) dan menetap di K.Lumpur.
14. MOHD ROSLAN B MAHAYUDIN, Ketua Pengarah Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), berasal dari Kg Raban.
15. JUREY LATIFF MOHD ROSLI, Kerjaya sebagai Pelakon, Pengarah Seni, Pengarah, Pengarah Fotografi, Penerbit TV, Jururunding Skrip. Telah menerbit dan mengarah lebih 60 buah telemovie dan drama untuk RTM, ASTRO dan TV3. Anugerah yg diterima - Pengarah Drama TV Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2006, Telemovie Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2006
http://jomss.blogspot.com/2010/03/biodata-gambar-jurey-latiff-rosli.html#ixzz1DHim0Ubp
1 comment:
Salaam..setengah2 nama kt atas tu ada kaitan dgn arwah mama saya :)
Post a Comment