sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Sunday, February 13, 2011

Amalan Ikutan dari fahaman Jahiliah

Esok 14hb February ialah hari kekasih. Majlis fatwa melarang umat islam meraikannya. Lusa 15hb. February atau bersamaan dengan 12hb.Rabiul awal ialah hari keputeraan Rasul. Lusa hari selasa adalah cuti. Kalaulah 12rabiul awal juga bersamaan 14hb.february macammana jadinya?
Sebenarnya disinilah kejahilan menjadi amalan hidup sebahagian orang islam. Disinilah amalan sekular yang menjadi amalan hidup manusia islam yang tidak memahami dan tidak berilmu syariat agama.
Sebenarnya tiada kemudharatan pada hari-hari tertentu. Hadis menyebut tiada kemudharatan pada bulan safar dan larilah dari dari pesakit gusta bukan kerana penyakit itu berjangkit tetapi supaya tidak menyinggung perasaan pesakit gusta itu.
Dalam perayaan hari kekasih ini punca amalan ini yang salah. Kefahaman pemuda-pemudi islam terhadap maksud dan tujuan meraikannya adalah salah. Kenafa tidak difahamkan kepada setiap pemuda-pemudi islah akan hal itu. Tugasan pemerintah yang memerintah untuk menyedarkan kepada seluruh umat islam yang penting. Disebabkan sebelum ini amalan ini tidak dilihat berkepentingan dari segi politik maka tidak dihebohkan. Bila keadaan ini boleh dipolitikkan maka hebohlah dengan suara-suara sumbang.
Bukan hanya hari kekasih sahaja yang haram malah menyambut tahun baru dengan pergaulan bebas lelaki wanita dengan pelbagai acara arak dan seks bebas juga haram hukumnya. Begitu juga perayaan hari Kebangsaan pada 31hb.ogos juga haram Hukumnya. Malah merayakan aidulfitry dan aidil adha juga akan menjadi haram jika dirayakan dengan cara yang salah atau menghidangkan makanan yang haram. Seperti perayaan adil fitry tahun lalu yang mengambar kejahilan ada menteri tertentu mengadakan tarian yang lucah.
Pokok pangkal dalam agama ialah ilmu pengetahuan dan keikhlasan. Jika kerana kepentingan politik yang hina orang akan benci.
Penjenamaan juga penting. Operasi membawa pulang pelajar malaysia dari Mesir sebagai contoh yang baik. menggunakan nama firamid yang menjadi lambang keangkuhan dan kekufuran manusia dalam operasi membawa jiwa yang mulia itu memperlihatkan kejahilan jahiliah pemberi nama operasi tersebut. Tetapi natijah sebenarnya ialah mempolitikkan isu itu. Sehingga pelajar yang turun itu siap dengan tulisan terima kasih PM.
Hidup dalam kejahilan akan menyebabkan manusia dalam terus kesesasatan yang nyata. Jangan biarkan diri ditipu oleh diri sendiri yang jahil dan bodoh. Jangan biarkan diri ditipu oleh orang yang jahil yang berkuasa. Jangan Dibiarkan diri ditipu oleh malu alah sendiri.

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288