Sekadar sebagai makluman. Yahudi ialah pembohongan yang besar. jangan percaya.
Tapak
yang didakwa oleh ahli-ahli arkeologi Israel sebagai peninggalan istana Raja
(Nabi) Dau
Ahli
arkeologi Israel juga menemui lebih 600 periuk seramik di tapak ini
Tembok
yang didakwa sebagai tinggalan dinding kubu Raja Daud
Penghuni
istana pada zaman dahulu dikatakan dapat melihat pemandangan indah dari tapak
istana ini
Tapak
yang dianggap sebagai bandar berkubu Judah , Shaarayim, tempat Daud dikatakan
mengalahkan Goliat dalam kisah alkitabiah
Lokasi
bandar purba Sha'arayim
BAITULMAQDIS
- Ahli-ahli arkeologi Israel mendakwa mereka telah menemui istana dan bandar
berkubu Judah , Shaarayim, iaitu lokasi tempat Raja (Nabi) Daud berjuang
menentang Goliat (Raja Jalut) sebagaimana menurut Bible.
Universiti Hebrew dan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel
telah menenumi apa yang dianggap sebagai istana Raja Daud, berukuran 1,000
meter persegi.
Sepanjang tujuh
tahun yang lalu, pasukan itu juga telah membongkar satu gudang besar yang
mengandungi periuk dan artifak yang mereka percayai sebagai bukti kewujudan
seorang raja Yehuda pada abad kesepuluh Sebelum Masehi (SM).
"Runtuhan yang ditemui adalah contoh terbaik setakat
ini tentang bandar berkubu Raja Daud," kata Profesor Yossi Garfinkel dan
Saar Ganor dari Universiti Hebrew.
"Ini adalah
bukti yang tidak dapat dinafikan tentang kewujudan kuasa pusat Yehuda pada
zaman Raja Daud."
Bandar Shaarayim
yang disebut dalam Bible telah menjadi bandar moden Khirbet Qeiyafa, yang
terletak kira-kira 30 kilometer di barat daya Baitulmaqdis.
Para profesor berkata runtuhan yang ditemui
ialah dua bangunan besar yang wujud pada zaman Raja Daud di Baitulmaqdis.
Ahli-ahli
arkeologi telah mengumpulkan ratusan artifak di tapak itu, termasuk objek
agama, cap materi, tembikar dan alat-alat yang biasa digunakan pada masa
itu.
Istana terletak
di tengah-tengah tapak dan lebih tinggi daripada rumah-rumah lain di bandar
tersebut.
Penghuni istana
dapat melihat pemandangan indah bermula dari Laut Mediterranean di barat hingga
ke Gunung Hebron dan Baitulmaqdis di timur.
Adalah
dipercayai istana itu musnah 1,400 tahun selepas dibina iaitu semasa zaman
penjajahan Byzantine.
Profesor
Garfinkel dan Ganor berkata, "Istana dan bandar berkubu yang ditemui dalam
beberapa tahun kebelakangan ini adalah satu lagi peringkat dalam memahami
permulaan Kerajaan Yehuda."
Ahli-ahli
arkeologi juga menemui sebuah bangunan besar yang digunakan sebagai pejabat
pentadbiran.
Para penyelidik itu berkata, "Di dalam
bangunan ini kerajaan menyimpan hasil kutipan cukai yang diterima dalam bentuk
hasil pertanian yang diperoleh daripada penduduk di kampung-kampung yang
berbeza di Judah Shephelah.
"Beratus-ratus
balang besar yang ditemui di tapak ini telah dicap dengan meterai rasmi
mengikut amalan Kerajaan Yehuda selama berabad-abad."
Mereka percaya
istana dan bilik stor adalah bukti pembinaan yang ditaja oleh kerajaan dan
organisasi pentadbiran semasa pemerintahan Raja Daud.
"Ini adalah
bukti kukuh tentang kewujudan sebuah kerajaan, yang telah menubuhkan pusat
pentadbiran di tempat-tempat strategik," kata Profesor Garfinkel dan
Ganor.
"Sehingga
kini tidak ada istana yang ditemui jelas dapat dianggap wujud pada awal kurun
kesepuluh SM seperti yang kita temui sekarang."
Pihak Berkuasa
Antikuiti Israel berkata ia berharap penemuan baru itu akan menjadi taman
negara.
Raja Daud
menurut kepercayaan Yahudi:
Daud adalah raja
kedua Kerajaan Israel menurut Alkitab Ibrani.
Beliau dikatakan
nenek moyang kepada Jesus (Nabi Isa) dalam Injil Perjanjian Baru Matius dan
Lukas.
Beliau hidup
antara tahun 1040-970 SM.
Beliau sering
digambarkan sebagai seorang raja yang soleh serta pahlawan terkenal, pemuzik,
dan penyair.
Daud disebut
dalam agama Yahudi, Kristian, dan Islam.
Beliau terkenal
sebagai seorang pahlawan dalam kisah alkitabiah Daud dan Goliat (Jalut).
Kisah
pertempuran di antara Daud dan Goliat (Jalut) diceritakan dalam 1 Samuel, Bab
17.
Dalam cerita tersebut, Goliat (Jalut), juara orang
Filistin, mencabar orang Israel menghantar juara mereka untuk bertarung.
Daud yang
mendengar terdapat ganjaran untuk mana-mana lelaki yang dapat mengalahkan
Goliat (Jalut) telah menyahut cabaran itu.
Daud telah
melastik batu ke muka Goliat (Jalut) menyebabkan dia itu jatuh ke tanah.
Daud memotong
kepala Goliat (Jalut) dan mencul sebagai hero.
No comments:
Post a Comment