sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Friday, August 16, 2013

Mesir hari ini

| Mesir Hari Ini|

Untuk hari ini tiada apa-apa yang baru. Mungkin kerana semua keletihan. Esok akan diadakan demo besar seluruh Mesir InsyAllah.

Surat khabar Ikhwanul Muslimin hari ini melapor apa yg berlaku semalam:

1. Zionis atau mana-mana penjajah pun tidak berani melakukan apa yg dilakukan Al - Sisi semalam.
2. 2600 syahid dan puluhan ribu cedera di sekitar Rabaah.
3. 60 syahid di Mustapha Mahmood, 35 di Nahdah dan puluhan di Muhafazot. 
4. Penjenayah kepung dan bakar Hospital Maidani, yang di dalamnya terdapat mayat syuhada.

Yang confirm, jenazah yang ada di dalam hospital Maidani memang dibakar sekali dengan hospital. Yang di dalam masjid tak pasti.
Doktor di hospital berkata, mereka ada list setiap jenazah syahid yang di bakar.

Semalam jam 5pm, polis berjaya kuasai hospital tersebut. Mereka minta semua doktor keluar, lalu dibakar. Di dalamnya terdapat mayat dan juga orang yang cedera yang masih hidup dibakar sekali.

Setiap tempat demo mereka akan bina hospital. Hospital inilah yang dipanggil Hospital Maidani.

Memang kejam. Bila dapat masuk ke Rabaah, ramai yang cedera. Mereka dipukul hampir 4 jam menggunakan belakang senapang dan ambulans tidak dibenarkan masuk.



No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288