Baginda berpesan 'diakhir zaman nanti kamu akan lihat satu golongan yang miskin, orang yang duduk dipadang pasir yang miskin. Mereka pegembala kambing dan binatang. Kemudian mereka akan mula membina bangunan tinggi. Inilah tanda-tandanya dihadapan mata kamu.
Kita sedang lihat tanda yang dikatakan oleh Nabi s.a.w. Baginda bersabda kamu akan lihat Bagunan di Mekah dibina mencapai gunung yang tinggi. Perkara ini telah pun berlaku semasa hayat kita.
Bila saya sampai disana dulu, tiada satu pun bagunan yang dibina tinggi menghampiri kemuncak gunung. Hari ini ianya penuh dengan bangunan mencakar gunung. Saya berada di kemuncak gunung tertinggi di Mekah dan kamu akan lihat menara jam sudah melepasi kemuncak gunung.
Rasulullah s.a.w. ada bersabda,
"jika kamu lihat gunung-gunung di Mekah ada lubang yang menembusinya.." inilah(terowong) yang dimaksudkannya. Dan kamu lihat bagunan tinggi mencakar gunung atau dalam riwayat lain ianya melepasi puncak gunung.
Kemudian Baginda bersabda bahawasanya Al-Sa'ah telah membentang bayangnya. Imam As Suyuti telah berkata mengenai perkara ini bahawa masanya sudah sangat hampir. Bila kamu ambil maksud tersebut secara langsung, dalam disiplin hadis dan usul yang tradisional bila Rasulullah s.a.w. bersabda kamu harus mengambilnya secara langsung melainkan ada alasan untuk mentafsirnya secara simbolik. Sekarang bayang-bayang menara jam telah menutupi Ka'abah.
Di Arab Saudi mereka memanggil menara jam sebagai Al-Sa'ah. Kamu boleh ambil maksud hadis secara langsung, bayang-bayang jam(Al-Sa'ah) itu sudah pun menutupi Ka'abah.
Secara langsung atau simbolik sesungguhnya zaman itu sudah sangat hampir.
No comments:
Post a Comment