Kita melihat kepada diri kita dan kita menyatakan kepada diri kita kemana tujuan kita. Kita melihat kepada segala kejadian Allah pada diri kita dan diluar diri kita dan kita hendaklah mengkaji sejauh mana dan semampu mana kejadian itu membawa diri kita menjadi insan yang bertaqwa.
Semua kejadian yang Allah jadikan terlalu banyak pengajaran. Semua aturan yang Allah tentukan terlalu banyak pengajaran. Semua pengajaran dari kejadian dan aturan Allah jika diambil secara ikhlas dan taqwa akan mengembalikan manusia itu kepada fitrah asal kejadiannya yang akan mendapat penerimaan Allah dalam keredhaanNya.
Pengambilan pengajaran dari kejadian dan aturan secara bersahaja dan sambil lewa serta ada yang menolak pasti akan mengundang kecelakan kepada diri sendiri.
Bulan ramadhan diwajibkan umat islam berpuasa. Janji Allah terlalu banyak dalam bulan ramadhan ini. Justeru itu kita boleh melihat pelbagai gelagat manusia dibulan ramadhan. Janji Allah yang maha luas juga cuba digarap oleh manusia. Dikatakan gembira dengan kehadiran ramadhan juga ada ganjaran. Bersedih dengan pemergian ramadhan juga ada ganjaran.
Kita melihat dalam itu pelbagai rupa gaya manusia. Tetapi pokok yang paling utama ialah kefahaman dan keikhlasan. Kenapa seseorang itu berasa gembira dengan kehadiran ramadhan kalau sekadar hendak menunjuk-nunjuk saja itu makna tidak ikhlas.
Hari ini kita melihat bermacam-macam cara manusia menunjukkan gelagat. Dengan pesta makan seperti pasar ramadhan yang dah bertukar menjadi bazar. tempat menjual boleh diluaskan tapi dibiarkan sempit supaya dalam bersimpang siur itu berlaga bahu. seronok sedang ketika itu kita berpuasa. Ada yang bersimpang siur tak membeli sebarang jua makanan. Ditambah pakaian gadis-gadis yang muda belia yang ketat metat.
Pembelian juadah pula mengikut selera. sedangkan keperluan tak sebegitu. yang lebih dibuang sebagai pembaziran. sedangkan kita berpuasa. Apakah pengertian puasa kita. Belum pun apa-apa kuih muih raya sudah berlambak-lambak. Duduk dirumah tak boleh kena keluar nak tengok orang.
Dikatakan juga memberi makan orang yang berpuasa besar ganjarannya maka ramai yang berbelanja menyediakan makanan untuk di edarkan kepada kaum kerabat dan jiran dapat merasa. Bagus amalan itu tetapi garisan sempadan jangan membazir kerana pembaziran akan menghapuskan kebagusan itu.
Dalam bulan ramadhan ramai yang ke mesjid bersolat terawih. ada juga yang berbuka di mesjid. ada more dan bepakat pula nak buat more. Orang tertentu akan booking hari dan tarikh tertentu untuk menyediakan more.
Sekali lagi diingatkan supaya batasan sempada dan panduan perlu dijaga. Jangan dipersiakan keberkatan dengan selitan kepentingan sendirian yang bermotifkan keuntungan sementara.
No comments:
Post a Comment