sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Saturday, February 28, 2009

Cikgu Teman Dah Punyai Blog Sendiri

Hari ini diadakan kursus LADAP di sekolah.
Aspek yang dikursuskan antaranya pembinaan Blog.
rata-rata cikgu saya dah ada blog sendiri.
Tahniah kepada mereka. Kemajuan mereka akan menjadi idola kepada murid sungai jernih.
nak cuba tengok please klik
http://sksjijok.ning.com/

Wednesday, February 25, 2009

Peringatan kepada yang nak beringat

Orang sekarang ini dah pandai, sumber maklumat adalah global. Penipuan secara terancang yang menyentuh sensitiviti akan membahayakan.
Orang sekarang boleh berfikir secara matang. Sekarang ini zaman hujjah. bukan lagi atas kekuatan dan sentimen. Penipuan yang melampau akan mengikis segala rasa hormat dan akan mengundang kebencian. Orang akan hilang respektasi kerana kelampauan yang melampau.
Misalan yang mudah orang yang terlampau takut di takutkan akan menimbulkan keberanian yang luar biasa dalam aksinya.
orang tak akan percaya langsung.

Carian puteri tersembunyi


Mungkin mudah

mungkin payah.

mencari petunjuk juga begitu. ada seni dalam pencarian itu

Renungan

Kesah tujuh orang buta dengan gajah.
Dalam mencari kebenaran mengenai gajah, apakah petunjuk yang boleh membantu mereka?

Kelu dan bisu berhari-hari

Tak terkata apa-apa dek kerana .......

Tuesday, February 17, 2009

Suasana di Perak2

Rakyat Perak dan Malaysia boleh membaca dari pelbagai sumber. Mereka boleh juga mendengar dari pelbagai saluran. Yang paling penting ialah mereka boleh membuat penilaian.
Mereka begitu terdedah dengan maklumat yang benar dan palsu. dan rakyat juga terdedah kepada maklumat yang diprovokasi oleh media tertentu. Kini terletak kepada rakyat perak sendiri untuk menjalankan tanggung jawab masing-masing. mahukah kita sebagai rakyat perak diperkotak-katik dan diperbodohkan?
Tanyalah kepada ampunya diri.
Ada dikalangan kita yang bijak dan pandai lagi arif
ada yang pintar dan sederhana tetapi kreatif
ada yang tak arif berlagak arif
kita boleh menilai kedudukan kita.

Monday, February 16, 2009

Suasana di Perak

Keadaan di Perak merunsingkan semua pihak. Rakyat yang tidak terlibat apa-apa turut resah dan gelisah. Sesuatu perlu dilakukan oleh seseorang yang matang dan bertanggung jawab supaya suasana ceria kembalikan. Orang Perak ramai yang pandai lagi bijak. Kita tahu keadaan dalam negeri kita. ayuh dok buat apa lagi nyatakan kebenaran secara ilmiah. Mengapa dibiarkan suasana digembur dan gembarkan dengan suasana yang emosi dan beremosional. Pertahankan hujjah denga cara hujjah yang ilmiah. Kalau nak guna ulamak juga tak mengapa tetapi mestilah penjelasan yang lengkap jangan separuh-separuh.
Qur an tak boleh di ambil separuh-separuh. Walaupun Mufti yang memberi hujjah mestilah di kemukakan hujjah dan alasan. kerana kini semua orang dah pandai, ruang ilmu sudah terbuka luas. Manusia kini bukan saja boleh mendengar malah boleh melihat. Kalau seorang mufti boleh berkata sesuatu orang juga boleh melihat apa yang boleh dilakukan oleh mufti itu dalam mengamalkan katanya dan dalam mempertahankan katanya.

Suasana di Perak

Suasana yang berlaku di Perak mengelukan lidah. melumpuhkan Jemari untuk meniti huruf bagi menjadi kata-kata. Dimanakah kebenaran? Kerana itu setiap pihak perlu tunjukkan hak masing-masing. tunjukkan kebenaran masing-masing.
Jika MB Nizar berpegang kepada perkara 16(6). Sebagai landasannya. sesiapa yang membantah sila buktikan dengan hujjah dan perlembagaan. Dalam krisis perlantikan MB Terengganu, rakyat yang menyokong Sultan Terengganu telah menunjukkan fasal yang menunjukkan kuasa Sultan.
Zaman kini manusia telah maju, kita harus bertindak dengan kebijaksanaan. Kekuatan fizikal bukan lagi bukti kebenaran. sebaliknya penerimaan secara ilmiah merupakan penghakiman yang adil.

Sunday, February 15, 2009

Gunakan Pancaindera kurniaan ALLAH

Allah telah mengurniakan kepada manusia lengkap denga pancainderanya. Ada akal untuk melihat dan menilai kebenaran. namun dalam menilai dan mencari keberanan itu satu perkara yang perlu di ambil kira ialah mengharap pertolongan dari Allah. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui segalanya. Jika kita berjaya membulat hati dan pengharapan kepada Allah, kita akan terpimpin dalam hambanya yang akan mendapat rahmatnya.
jika kita gagal dalam pengharapan itu kita akan terpimpin dalam dorongan hawa nafsu.
muhasabah dalam diri dan mengharapkan pertolongan Allah.
Nak baik pada diri kita
nak buruk juga pada diri kita.

Friday, February 13, 2009

Lidah kelu tak terkata, Jemari lumpuh dengan suasana

Situasi diperak sungguh menyayat hati bagi orang yang berfikiran rasional.
Kepada siapa yang hendak mengadu?
Tiada yang lain melaikan ALLAH.
Ya ALLAH Engkau maha mengetahui segalanya.

Tuesday, February 3, 2009

Bangsa yang bertamaddun


Catatan ini sebagai penghargaan kepada Perdana Menteri Turkey.

Selain dari bangsa Arab yang banyak dalam membawa ketamaddunan dunia Islam, bangsa yang bangun memberikan sumbangan dalam zaman ketamaddun islam ialah Bangsa Turki, kecekapan bangsa turkey dalam ketenteraan mereka ditambah dengan memiliki kesetiaan yang tinggi. Kekuatan iltizam mereka dalam memahami kalimat taqwa membolehkan mereka menguasa satu zaman dalam empayar pemerintahan islam. Menguasai constantinople menjadi mercu tanda keunggulan bangsa turkey. Kita yang pernah menjejak kaki dan bersujud di Masjid Nabawi dan masjidil haram makkah sebenarnya berada dibawah naungan senibina islam turkey.
Ummat yang meneruskan semangat dalam ketamaddunnan boleh dilihat sehingga kini ialah seperti di Iran, Iraq, Syria, Mesir. Di Iran, zaman Shah dahulu, dia mengambil kira dynasti pemerintahannya dengan berpaksikan kepada raja-raja farsi yang menyembah api. Tetapi ummat iran dalam zamam Imam Khomaine berpegang atas semangat tamadun farsi (bangsa bermarwah) dan beriman dengan kalimah taqwa. Kerana itu mereka tahu tujuan mereka dan mereka berani dan tegas dalam tindakan. Nama seperti Ahmadinajd, mengembalikan ingatan kepada Salman Al farisi. Bagi Shah yang mengambil paksi maharaja penyembah api mendapat penghinaan jasad tidak diterima dibumi iran.
Bangsa arab iraq juga dalam keadaan begitu mereka berani kerana di iraq terletak tapak tamadun mesopatamia yang terdahulu dan dizaman ialam baghdad telah melebihi seribu tahun. Kadar zakat bijirin satu gantang baghdad ialah satu contoh ciri ketamadunnan ilmu bertapak disitu. Tokoh ilmuan ramai lahir disitu. Para wali pasti ada setia masa disitu. Saddam hissin berkuasa disitu. Walaupun ada yang meleblekan teruk kepada Saddam tetapi bush mendapat penghinaan lontaran sepatu. Malah masih ada yang menyangjungi akan sadam.
Di syria yang telah menjadi pusat perniagaan sebelum zaman islam dan pusat pemerintahan islam zaman khalifah umayyah juga melakarkan sejarah ketamadunnan. Dan bangsa yang yang berada di sham sekarang ini syria mempunyai suatu identity tersendiri yang tidak ditunjukkan di degara arab lain. Syria kenal musuh. Tindakan mereka sangat dicuriga oleh yahudi
Di Mesir ketamadunnan firaun dengan pyramid yanh tersergam kukuh sehingga kini memperlihatkan keutuhan tamaddun tempat itu. Ketamadunnan di mesir ditambah legi dengan amat terkesan dengan kehadiran peristiwa dari kerasulan nabi yusuf sebelum kehadiran firaun. Perutusan nabi Allah Yusuf ke muka bumi sebagai mesej penyelesaian masalah ekonomi dan menguruskan ekonomi ummat. Beginda mendapat kepercayaan dari pemerintah kerana keupayaan baginda mentadbir mimpi raja. Sehingga kini roh dari kedua-dua tamaddun masih ada dalam jiwa warga mesir. Roh bagi tamaddun firaun dijiwai oleh para penguasa mesir, anwar sadat kuburnya juga seperti pyramid. Manakala al ikhwan muslimin meneruskan roh ketamadunnan yang dibawa oleh Nabi yusof.
Bangsa Turkey juga turut menyumbang dalam ketamadunan dunia. Bangsa ini yang mempunyai kesetiaan yang tinggi juga mempunyai kepakaran strategik dalam ketenteraan. Bangsa ini turut menguasai dalam pemerentahan dalam empayar islam. Sumbangan yang dinikmati dimasa kini ialah dalam senibena. Senibena meraka menjadi mercu tanda senibena islam. Kedua-dua masjid utama iaitu masjid nabawi dan masjidil haram makkah adalah dari ketamadunnan bangsa turkey. Dan kini kewibawaan bangsa turkey menunjul dengan ketokohan Erdogan.Kerana itu orang yang bermaruah sahaja yang berwibawa.

Tugasan Sister Sharifah Sariah


Assignment Sister Sharifah Sariah


Monday, February 2, 2009

Bangsa-bangsa yang Bertamaddun

Catatan ini masih lagi untuk memberi credit kepada Mr Erdogan


Masih banyak tinggalan sejarah lampau sebelum kemunculan tamaddun islam selepas perutusan Rasullullah sebagai Rasullullah akhir zaman. Dalam tamaddun manusia dan kebendaan di dunia, seluruh umat manusia tidak boleh menolak sumbangan umat islam dan pengaruhnya dalam tamaddun yang berkekalan didunia sehingga kini. Tamaddun terdahulu dari yang dibawa sebelum islam terhenti dalam zaman mereka. Apakah kemajuan yang dapat di ambil dari tamaddun firaun sehingga kini , untuk kehidupan manusia? Kita akan tercari-cari. Adatu memang ada tetapi lambat untuk berjumpa. Begitu juga dengan tinggalan yang lain. Ada mamfaat kepada orang kemudian. Tetapi tamaddun yang dibawa oleh ummat islam berkesinambungan sejak zaman keagongan sehingga kejatuhannya malah sehingga kini. Tokoh-tokoh keilmuan islam sentias menjadi rujukan dan buah mulut sarjana besar. Hasil atau tinggalan mereka disimpan dan menjadi rujukan utama. Tinggalan tamaddun islam juga meliputi aspek kemanusiaan dan kebendaan. Dalam bidang ilmu kemanusiaan diambil perubatan sebagai contoh terdapat ramai pelopor dalam bidang tersebut. Abu Ali Al Husin Ibnu Sina ebagai conoh. Tamaddun dalam keilmuan falakiah dalam penetapan tarikh dan waktu. Keilmuan berkenaan alam semasta sampai kepada penyelesaian persoalah falsafah kehidupan manusia sehingga falsafah ketuhanan. Sumbangan dari ummat islam berkekalan sehingga kini.
Catatan ini untuk memberikan credit kepada Perdana Menteri Turkey
Sambungan
Bangsa-bangsa yang menyumbang dalam ketamaddunnan islam.
Di zaman tamaddun yang dibawa islam, terdapat kemunculan bang untuk menyumbang dalam tamaddun manusia. Disamping itu juga penerusan dalam semangat ketamaddunan terdahulu. Bangsa Arab dari didikan dan asuhan Rasullullah menjadi pelupur utama dalam tamaddun islam dan dunia. Bangsa Arab yang jahiliah yang suka berperang itu dapat disatukan oleh Rasullullah atas kalimah taqwa menjadi pelopor kepada tamaddunan kini.Kalimah taqwa yang dibawa oleh Baginda Rasullullah menyatukan hati umat Arab yang kasar dan suka bergaduh dan berperang itu menjadi ummat yang bersatu dan saling kasih mengasihi. Kekuatan bangsa Arab ketika itu kerana pegangan tauhid ajaran Rasullullah menjiwai hati dan perjuangan mereka. Jika dizaman jahiliah kerana seekor kaldai punyapasal boleh berperang sampai beratus-ratus tahun tetapi bila dengan kalimat taqwa mereka sanggup mati atas saudara lain dengan menawarkan minuman kepada saudara yang kehausan. Peristiwa tersebut digambarkan dari satu peperangan yang banyak diceritakan oleh pendakwah-pendakwah. Kalimat taqwa merupakan asas utama dalam pembentukan ketamaddunnan.

Sunday, February 1, 2009

Bangsa-bangsa yang mencipta Tamaddun


Catatan ini sebagai penghargaan kepada Perdana Menteri Turkey
Mr. Erdogan we are appritiate to you.
Bangsa-bangsa yang mencipta Tamaddun.
Kita belajar dari sejarah, dan kita melihat kesan sejarah. Dalam al qur an ada menyebutkan sejarah bangsa-bangsa. Kaum Ad, Kaum Lutt. Fir aun, Namrud. Sejarah kerajaan Saba, sejarah farsi, begitu juga sejarah yang tidak disebutkan dalam al qur an secara khusus. Sejarah di negeri china, sejarah di negara athens dan sparta. Sejarah maharaja roman yang mengembangkan empayar penguasaan mereka.
Dari sejarah-sejarah tersebut meninggalkan tinggalan-tinggalan yang berbagai yang amat bernilai kepada manusia sejagat. Tinggalan-tinggalan tersebut menjadi barangan berharka yang boleh mendatangkan pulangan kewangan kepada negara dan percambahan ilmu kepada manusia keselurhan.
Sejarah tamaddun bangsa boleh dilihat kepada bangsa-bangsa atau tempat-tempat seperti, bangsa parsi di sebelah iran sekarang ini ada tinggalan sejarah purba di iran yang telah musnah dilanda gempa bumi.
Tamaddun mesopotamia di sebelah iraq dengan taman babylon disana. Tamaddun kaum-kaum tsamud dan kaum aad yang membuat penginapan dari menebuk gunung batu. Ketinggian keilmuaan mereka menarah bukit dan menebuk batu untuk menjadi tempat tinggal mereka.
Tamaddun firaun dengan pyramid yang boleh dilihat sehingga kini. Sistem bangunan yang berstuktur kukuh menjadi bangunan tertinggi didunia sejak lebih kurang 7,000 tahun dahulu merupakan impak sejarah tamaddun manusia dalam bidang pembangunan. Jumpaan artifak mumia fir aun yang tidak hancur juga memperlihatkan ketinggian tamaddun keilmuan manusia ketika itu.
Manusia kini dapat manusia dahulu kala yang sombong terhadap manusia malah menyombongkan diri kepada Allah. Kerana itu Allah kurniakan ilmu dalam bidang pengawitan sehingga fir aun itu di awietkan dan manusia kini dapat mengambil iktibar dari pengajaran itu.Kesan tinggalan sejarah lampau seperti tembok besar negeri china. Tamaddun hindu dilembah dikawasan india. Tamaddun dengan candi- di jawa. Disebelah eropah iaitu di kawasan rom dengan negara athen dan sparta dengan kehadiran ahli falsafah seperti socrates, pluto aristotle dan ramai lagi. Semuanya menyumbangkan kepada tamaddun dunia.
to be continued

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288