sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Monday, February 16, 2009

Suasana di Perak

Suasana yang berlaku di Perak mengelukan lidah. melumpuhkan Jemari untuk meniti huruf bagi menjadi kata-kata. Dimanakah kebenaran? Kerana itu setiap pihak perlu tunjukkan hak masing-masing. tunjukkan kebenaran masing-masing.
Jika MB Nizar berpegang kepada perkara 16(6). Sebagai landasannya. sesiapa yang membantah sila buktikan dengan hujjah dan perlembagaan. Dalam krisis perlantikan MB Terengganu, rakyat yang menyokong Sultan Terengganu telah menunjukkan fasal yang menunjukkan kuasa Sultan.
Zaman kini manusia telah maju, kita harus bertindak dengan kebijaksanaan. Kekuatan fizikal bukan lagi bukti kebenaran. sebaliknya penerimaan secara ilmiah merupakan penghakiman yang adil.

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288