sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Monday, February 16, 2009

Suasana di Perak

Keadaan di Perak merunsingkan semua pihak. Rakyat yang tidak terlibat apa-apa turut resah dan gelisah. Sesuatu perlu dilakukan oleh seseorang yang matang dan bertanggung jawab supaya suasana ceria kembalikan. Orang Perak ramai yang pandai lagi bijak. Kita tahu keadaan dalam negeri kita. ayuh dok buat apa lagi nyatakan kebenaran secara ilmiah. Mengapa dibiarkan suasana digembur dan gembarkan dengan suasana yang emosi dan beremosional. Pertahankan hujjah denga cara hujjah yang ilmiah. Kalau nak guna ulamak juga tak mengapa tetapi mestilah penjelasan yang lengkap jangan separuh-separuh.
Qur an tak boleh di ambil separuh-separuh. Walaupun Mufti yang memberi hujjah mestilah di kemukakan hujjah dan alasan. kerana kini semua orang dah pandai, ruang ilmu sudah terbuka luas. Manusia kini bukan saja boleh mendengar malah boleh melihat. Kalau seorang mufti boleh berkata sesuatu orang juga boleh melihat apa yang boleh dilakukan oleh mufti itu dalam mengamalkan katanya dan dalam mempertahankan katanya.

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288