sallu alan nabi
Hadis Nabi
Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.
Ayat Al Qur'an
Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -
(Saad 38:54)Ayat Al Qur'an
"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.
(Ad-Dukhaan 44:20)Monday, February 2, 2009
Bangsa-bangsa yang Bertamaddun
Masih banyak tinggalan sejarah lampau sebelum kemunculan tamaddun islam selepas perutusan Rasullullah sebagai Rasullullah akhir zaman. Dalam tamaddun manusia dan kebendaan di dunia, seluruh umat manusia tidak boleh menolak sumbangan umat islam dan pengaruhnya dalam tamaddun yang berkekalan didunia sehingga kini. Tamaddun terdahulu dari yang dibawa sebelum islam terhenti dalam zaman mereka. Apakah kemajuan yang dapat di ambil dari tamaddun firaun sehingga kini , untuk kehidupan manusia? Kita akan tercari-cari. Adatu memang ada tetapi lambat untuk berjumpa. Begitu juga dengan tinggalan yang lain. Ada mamfaat kepada orang kemudian. Tetapi tamaddun yang dibawa oleh ummat islam berkesinambungan sejak zaman keagongan sehingga kejatuhannya malah sehingga kini. Tokoh-tokoh keilmuan islam sentias menjadi rujukan dan buah mulut sarjana besar. Hasil atau tinggalan mereka disimpan dan menjadi rujukan utama. Tinggalan tamaddun islam juga meliputi aspek kemanusiaan dan kebendaan. Dalam bidang ilmu kemanusiaan diambil perubatan sebagai contoh terdapat ramai pelopor dalam bidang tersebut. Abu Ali Al Husin Ibnu Sina ebagai conoh. Tamaddun dalam keilmuan falakiah dalam penetapan tarikh dan waktu. Keilmuan berkenaan alam semasta sampai kepada penyelesaian persoalah falsafah kehidupan manusia sehingga falsafah ketuhanan. Sumbangan dari ummat islam berkekalan sehingga kini.
Catatan ini untuk memberikan credit kepada Perdana Menteri Turkey
Sambungan
Bangsa-bangsa yang menyumbang dalam ketamaddunnan islam.
Di zaman tamaddun yang dibawa islam, terdapat kemunculan bang untuk menyumbang dalam tamaddun manusia. Disamping itu juga penerusan dalam semangat ketamaddunan terdahulu. Bangsa Arab dari didikan dan asuhan Rasullullah menjadi pelupur utama dalam tamaddun islam dan dunia. Bangsa Arab yang jahiliah yang suka berperang itu dapat disatukan oleh Rasullullah atas kalimah taqwa menjadi pelopor kepada tamaddunan kini.Kalimah taqwa yang dibawa oleh Baginda Rasullullah menyatukan hati umat Arab yang kasar dan suka bergaduh dan berperang itu menjadi ummat yang bersatu dan saling kasih mengasihi. Kekuatan bangsa Arab ketika itu kerana pegangan tauhid ajaran Rasullullah menjiwai hati dan perjuangan mereka. Jika dizaman jahiliah kerana seekor kaldai punyapasal boleh berperang sampai beratus-ratus tahun tetapi bila dengan kalimat taqwa mereka sanggup mati atas saudara lain dengan menawarkan minuman kepada saudara yang kehausan. Peristiwa tersebut digambarkan dari satu peperangan yang banyak diceritakan oleh pendakwah-pendakwah. Kalimat taqwa merupakan asas utama dalam pembentukan ketamaddunnan.
No comments:
Post a Comment