sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Tuesday, July 27, 2010

Nak menunaikan fardhu haji tertangguh

Ada orang yang berhasrat hendak menunaikan fardhu haji tetapi terpaksaa ditangguhkan atas sebab tertentu. Jika sebab yang menyebabkan tertangguh itu diluluskan oleh syara' tak mengapa tetapi sebab yang menyebebkan tertangguh itu bukan disyarat dalam syara'.
Jika tiada kenderaan untuk menunaikan haji maka jemaah haji nak pergi dengan apa?
Jika tidak aman dalam perjalanan pastinya sukar untuk jemaah haji ketanah suci.
jika ditanah suci terdapat wabak atau tidak aman juga boleh menyebabkan jemaah haji menangguhkan ibadat haji.
Apakah lagi yang boleh menghalang jemaah haji menunaikan haji. Dalam sistem koata sekarang jemaah yang hendak pergi tetapi tidak tersenarai dalam kaota juga terpaksa menangguhkan ibadahnya. Namun jika dia ada kelebihan wang barangkali dia boleh mengambil pakej haji dan pergi dengan pakej haji. Syarikat yang mengendalikan pakej haji akan berusaha mendapat koata bagi jemaah haji yang ingin mengerjakan haji dengan pakej tersebut.
Bagi jemaah haji yang terlantar sakit dikatil di rumah atau hospital bagaimana pula? Biasanya orang yang seperti ini terpaksa menangguhkan hasratnya itu. Tetapi bagi orang yang telah terpilih untuk menunaikan fardhu haji sedangkan ketika dia terpilih itu sihat wal afiat manakala ketika hendak berangkat dia sakit dan terlantar maka dia akan dibawa untuk menunaikan haji juga. Sebab siapa yang hendak batalkan pemergiannya itu. Kalau dia sendiri maka wangnya akan dipotong dan dia akan rugi. Berkat doa kaum keluarga dia sihat kembali dan boleh pergi ketanah suci. Kalau tabung haji yang batalkan maka tabung haji tak boleh potong wang jemaah haji berkenaan.
Ada cerita yang jemaah haji sakit dari rumah bila pergi ke tanah suci dia sihat dan bila balik dia sakit semula dan meninggal selepas itu. Maknanya hidup dan mati dan tampat kematian tidak siapa yang tahu.
Dalam urusan orang yang ingin menunaikan haji sekarang ini jemaah jahi ditakutkan dengan satu syarat yang boleh menggagalkan mereka menunaikan fardhu haji. Jemaah haji mesti dalam keadaan sihat. Ertinya bebas dari penyakit. Kalau penyakit kronik dan melarat seperti taksiuman atau terlantar dikatil pastinya tak mengherankan. Tetapi penyakit seperti tekanan darah yang tinggi, dan diabetis yang tinggi juga dikatakan boleh menghalang seseorang jemaah haji dari menunaikan fardhu haji. Sedangkan orang yang direkodkan dengan BP yang tinggi dan diabetis yang tinggi itu boleh berjalan dan bergerak bebas dan tidak terlantar di atas katil. Kegagalan doktor memperakukan bakal haji (yang dikatakan berisiko ini) boleh menunaikan perdhu haji menyebabkan hasrat bakal haji tersebut menangguhkan ibadah hajinya. Siapakah yang akan menanggung "suatu kesalahan" sebab bakal haji ini terpaksa menangguhkan ibadahnya.
Kerana gagal mendapat perakuan tersebut Tabung Haji menggugurkan jrmaah haji tersebut dari menunaikan pardhu haji. Alasannya muda kerana Dr tak perakukan. Kalau Dr perakukan boleh maka Dr itu akan di blacklistkan. Jadi dalam urusan haji di Malaysia sekarang ada suatu faktor yang boleh menghalang seseorang bakal haji dari mengerjakan haji iaitu perakuan Dr yang mengesahkan kebolehan bakal haji itu mengerjakan haji. Persoalannya apakah perakuan itu diluluskan oleh syara' atau apakah syara' menghalalkan syarat ini? Siapakah yang bertanggungjawab dalam hal ini?
Jika diperhatikan secara halus seolah-olah tabung haji telah melakukan suatu yang bid'ah dalam urusan mengerjakan haji. iaitu mengadakan syarat yang tidak ada sebelum ini.
Tabung haji yang bertanggungjawab terhadap orang yang tak dapat mengerjakan haji. Ada kes seorang jemaah haji yang telah terpilih tahun lalu tapi bila pemeriksaan kesihatan dia gagal dan gagallah dia ketanah suci. Tahun ini dia terpilih lagi dan dia risau takut gagal lagi. Soalan yang tak siapa yang berani jawab ialah kenapa dia tak dibenarkan mengerjakan haji tahun lalu? barangkali jawapannya dia berpenyakit. Tapi dia masih hidup hingga hari ini dan boleh bergerak kesana kemari?. Jadi kalau dibenarkan dia menunaikan haji tahun lalu tentunya dia telas selesai ibadah yang lima itu.
Soalan lain kalau dia ini orang yang berduit dibelanjakan dalam RM6000.00 pergi umrah bolehkan tambah lagi duit duduk dimekah sampai sebulan boleh kan? Tapi kenapa nak pergi haji kena periksa BP dan diabetis? Kesian bagi jemaah yang bermasalah ini. Hati mereka risau akibatnya BP akan naik. Sedangkan TH dan Dr terus mengugut mereka.
Supaya TH dan para Dr tidak menjadi penghalang kepada bakal haji mengerjakan haji.



Wajah-wajah














DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288