sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Friday, July 2, 2010

Mansuh UPSR dan PMR

Teringat suatu tugasan semasa pengajian PKPGBcohort 2 di IIUM.
Tugasan diberikan oleh Dr Suhaila Hussein.
Tajuknya jika saya Menteri Pelajaran.
Berbagai perkara yang saya telah tuliskan.
begitu juga yang telah dituliskan oleh rakan-rakan termasuk sahabat saya Aziz majid.
Antara yang di tuliskan ialah memansuhkan peperiksaan UPSR.
Sekarang isu ini benar-benar timbul.
Secara peribadi saya tetap dengan prinsip saya supaya peperiksaan UPSR dimansuhkan. Banyak hujahannya. Persetujuan tersebut secara peribadi tetapi sebagai pentadbir saya tetap melaksanakan segala dasar yang telah ditetapkan. disamping itu dengan kesungguhan saya akan membina kecemerlangan disekolah.
Kajian yang perlu dilakukan sekarang ialah bagai mana makanisma yang perlu dibina untuk menilai pencapai murid dalam memahami disiplin pelajaran yang mereka pelajari. Setakat mana laku sijil (hasilan peperiksaan) selepas tahun 6 atau tingkatan 3.
Kita beri peluang kepada pakar yang memikirkannya. Perlu libatkan kumpulan yang berhadapan dengan kumpulan sasar(murid) iaitu guru yang mengajar di SR dan SM.

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288