sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Wednesday, August 25, 2010

Mai Pakat Fikir

Ada kebenarannya.

Raya Puasa Sehari saja, selebihnya adakah Bidaah ?
Posted on Tuesday, August 24 @ 10:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: rozmal

"Hari Raya Idil Fitri hanya sehari sepatutnya. Selebihnya sepatutnya tidak dipanggil Hari Raya Idil Fitri, cendekiawan Islam sepatutnya memberikan istilah lain untuk mengelakkan perayaan dan persiapan hari raya Idil Fitri yang melampau. Tapi Melayu ni faham perayaan Islam terbalik, Hari Raya Haji atau Idil Adha yang sepatutnya dirayakan 4 hari hanya dirayakan 1 hari dikebanyakan tempat.

Itu yang jadinya suami isteri bergaduh kalau kahwin jauh-jauh nak balik raya mana, sebab tak faham konsep Idil Fitri dan Idil Adha.

Nak ziarah sepanjang bulan Syawal boleh, berilah istilah lain, bukan Raya Kedua, Raya Ketiga, Raya Keempat dan sebagainya. Rasanya tak pernah jumpa dalam kitab , Raya Kedua Idil Fitri.

Mungkin kena guna istilah lain Ziarah Syawal, Makan makan Syawal, perjumpaan Syawal, Raya Melayu dan sebagainya.

Malaysia pula satu hal, cuti umum Idil Fitri 2 hari, cuti umum Idil Adha hanya 1 hari.

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288