Posted on Monday, June 07 @ 15:53:57 PDT
Dilulus untuk paparan oleh kerissakti
Oleh: addin_77
"
Nabi saw
bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim
dan al-Tirmidhi bermaksud: "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan
berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu
(tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang
Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan
bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini
ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara),
kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi".
Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman
iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh
Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam
akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka
berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka
dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi
yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri
dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.


No comments:
Post a Comment