Selepas umum 7 dosa, ribut pun datang
| Harakah, | 20 Mac 2013 |
TANAH MERAH: Tidak lama sejurus Datuk Seri Najib Razak merasmikan Majlis Bekwoh Bersama PM di sini Jumaat lalu, tiba-tiba datang ribut kuat menumbangkan enam khemah.“Sebaik sahaja selesai Perdana Menteri berucap merasmikan program berkenaan di Sekolah Menengah kebangsaan Tanah Merah 1 tiba-tiba langit menjadi gelap.
“Saya ingat seperti jam 8 malam. Semua orang menjadi panik. Perdana Menteri masih lagi berada di dalam dewan ketika kejadian berlaku.
“Banyak kerusi terbalik, peti televisyen litar di bawah khemah jatuh ke bawah kerana meja terbalik. Hujan turun dengan lebat sekali,” kata beberapa saksi ketika ditemui di tempat kejadian.


No comments:
Post a Comment