sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Tuesday, March 11, 2014

Sistem kehakiman negara perlu bebas, adil & berakhlak


KUALA LUMPUR: Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) mempersoalkan proses perbicaraan dan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes liwat 2 membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menuntut sistem kehakiman negara dipulihkan bagi memastikan ia bebas, adil dan berakhlak.
Dalam satu kenyataan media, Presidennya  Ustaz Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad (gambar) berkata, terdapat unsur-unsur keraguan dalam proses perbicaraan serta keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu yang mensabitkan  Anwar bersalah di bawah Seksyen 377A dan dihukum penjara 5 tahun.
Antara keraguan yang timbul, jelas beliau adalah tarikh perbicaraan yang ditetapkan pada 7-10 April 2014 diawalkan kepada 6-7 Mac, iaitu hampir dengan tarikh penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang.
Ikram juga mempertikaikan keputusan sabitan dan hukuman pada hari akhir perbicaraan iaitu 7 Mac.
"Tindakan tergesa-gesa dalam memberi penghakiman bertukar (reverse decision) amat jarang berlaku di dalam kes rayuan seberat ini," tegas Dr Mohd Parid.
Ikram turut mempersoalkan penolakan permohonan peguambela oleh mahkamah untuk menangguhkan mitigasi hukuman bertujuan membolehkan pihak pembelaan menyediakan dokumen sokongan.
"Lazimnya mahkamah memberi tempoh yang munasabah kepada peguam tertuduh dalam menyediakan hujah mitigasi," katanya.
Sehubungan itu, tambah Dr Mohd Parid, Ikram memahami mengapa masyarakat mempersoalkan kewibawaan mahkamah dalam mengendali dan memutuskan kes Anwar.
Beliau menambah, keputusan diambil Anwar untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan tidak memberi sebarang makna jika persoalan dan kegusaran yang timbul dalam proses perundangan negara tidak ditangani secara profesional dan berintegriti.
Berdasarkan senario yang berlaku, Ikram secara tegas menuntut institusi kehakiman negara memastikan "keadilan bukan sekadar ditegakkan tetapi mesti dilihat ditegakkan".
Sistem kehakiman negara juga, tambah beliau perlu bebas dan dilihat bebas daripada sebarang campur tangan politik atau desakan pihak eksekutif.
"Kepercayaan rakyat kepada sistem kehakiman negara perlu dipulihkan dengan memastikan ia bebas, adil dan berakhlak," ujar Dr Mohd Parid.

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288