sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Thursday, March 27, 2014

MH370


KUALA LUMPUR: Pesawat yang tidak dikenali dan berpatah balik sebenarnya dikesan pada radar utama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)  beranggapan ia mungkin berbuat demikian kerana menerima arahan menara kawalan trafik udara.
  
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata pesawat tersebut boleh menerima arahan tertentu dari menara kawalan dan melencong ke laluan lain jika dikehendaki tetapi keadaan tersebut bukan sesuatu yang memerlukan tindakan daripada TUDM walaupun ia dikesan di radar utama.
  
"Kita mengesan (keadaan) berpatah balik itu tetapi tidak menganggap sebagai musuh dan ia adalah mesra pesawat dan mungkin menerima arahan dari menara kawalan, tetapi apa yang kita lihat akhirnya ia (pesawat) hilang (dari radar) di Laut Andaman atau Utara Selat Melaka.
  
"Untuk makluman bahawa radar kita hanya boleh mencerap sekitar 250 batu nautika sahaja, sebenarnya mana-mana radar di dunia pun hanya boleh mencerap sejauh 250 batu nautika sahaja," katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Diraja di Dewan Rakyat di sini hari ini.
  
Pada 8 Mac lalu, pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, hilang daripada skrin radar, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
  
Radar utama milik TUDM pula dilaporkan mengesan sebuah pesawat membuat pusingan balik di lokasi sama di mana pesawat MH370 hilang dari radar kedua.
  
Abdul Rahim bagaimanapun menafikan bahawa TUDM mengambil masa untuk mengumumkan bahawa radarnya mengesan tindakan berpatah balik oleh pesawat yang tidak dikenali itu pada masa yang sama dengan waktu kehilangan MH370.
  
"Kerana kita berpendapat pusat kawalan udara sama ada di Subang atau KLIA mungkin sedang melakukan prosedur operasi standardnya (SOP) untuk mengesan pesawat itu, dan kita (TUDM) juga melakukan SOP kita untuk mengesannya," katanya.
  
Katanya, TUDM atau pihak berkuasa tidak boleh mengumumkan sebarang maklumat yang tidak dapat disahkan 100 peratus kesahihannya dan semua maklumat pada masa itu perlu diteliti dan diperhalusi agensi pakar Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB).
  
Selepas usaha mencari dan menyelamat masuk hari ke-17, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan bahawa berdasarkan siasatan syarikat satelit Inmarsat dan AAIB United Kingdom, penerbangan MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi. - Bernama

Dari FB


bicara dunia
Wednesday, March 26, 2014
Russia dakwa MH370 dirampas Tentera Laut Amerika
Satu laporan yang diedarkan di Kremlin yang disediakan oleh Main Intelligence Directorate of the General Staff of the Armed Forces (GRU) menyatakan bahawa ibupejabat Aerospace Defence Forces (VKO) "hairan" tentang situasi di mana Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) "menangkap dan kemudian mengalihkan" sebuah kapal terbang komersial milik Malaysia Airlines (MAS) ke satu kem rahsia dipercayai terletak di Atol Diego Garcia dalam kawasan Lautan HindiMenurut laporan ini, pesawat MH370 (juga dikenali dengan 748 melalui perkongsian kod dengan penerbangan China Southern Airlines) merupakan penerbangan komersial dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China, apabila pada 8 Mac pesawat Boeing 777-200ER ini secara tiba-tiba "ghaib" dalam penerbangan berserta 227 penumpang dari 15 buah negara yang kebanyakannya daripada negara China, beserta 12 anak kapal.
Sesuatu yang menarik utk diberi perhatian, laporan ini menyebut, sebenarnya Penerbangan MH370 sudah berada di bawah pengawasan GRU sebaik sahaja ia menerima maklumat terdapat kargo “sangat mencurigakan” yang dikesan mempunyai kaitan dengan Republik Seyschelles yang sebelum itu kargo berkenaan berada di dalam kapal kontena MV Maersk Alabama.
Antara perkara pertama yang membangkitkan wasangka GRU ialah apabila dalam tempoh 24 jam kerja-kerja pemunggahan kargo “sangat mencurigakan” itu dilakukan dan sebelum dimasukkan ke dalam MH370, dua orang Tentera Laut Amerika Syarikat yang terlatih iaitu Mark Daniel Kennedy, 43, dan Jeffrey Keith Reynolds, 44 dijumpai mati di dalam "keadaan yang mencurigakan"Kennedy dan Reynolds, adalah pekerja di firma keselamatan The Trident Group yang diasaskan oleh US Navy Special Operations Personnel (SEAL’s) dan Senior US Naval Surface Warfare Officers yang telah lama diketahui oleh GRU berfungsi untuk melindungi pemindahan aset-aset penting meliputi bahan-bahan atom dan biologi di seluruh dunia.
Setelah GRU mengesahkan bahawa kargo "sangat mencurigakan" berada di atas kapal Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada 8 Mac, Moscow segera memaklumkan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri China (MSS) kebimbangan mereka dan segera menerima "jaminan” bahawa "semua langkah" akan diambil bagi memastikan apa yang telah disimpan akan kekal tersembunyi sebaik sahaja pesawat ini memasuki ruang udara mereka.
Walau bagaimanapun, laporan ini turut menyebut atas sebab-sebab masih tidak diketahui, MSS telah bersiap sedia untuk mengalihkan Penerbangan MH370 dari destinasi yang dijadualkan di Beijing ke Haikou Meilan International Airport (HAK) yang terletak di Wilayah Hainan (aka Pulau Hainan)Sebelum memasuki Zon The People Liberation Army (PLA) yang dilindungi di Laut China Selatan atau dikenali juga sebagai Kepulauan Spratly, Penerbangan 370 "ketara menyimpang" dari laluan penerbangannya dan telah dikesan oleh satelit dan radar VKO terbang ke rantau Lautan Hindi serta melengkapkan penerbangan hampir 3,447 kilometer (2,142 batu) ke Diego Garcia.Adalah kritikal untuk diberi perhatian bahawa ketika penyimpangan penerbangan MH370 berlaku, pakar-pakar GRU menyebut, dalam masa yang sama semua akses komunikasi telefon bimbit yang dikendalikan oleh China Mobile tersekat di keseluruhan Kepulauan Spratly.
Liputan telefon China Mobile dilanjutkan ke Kepulauan Spratly pada tahun 2011 supaya tentera PLA yang ditempatkan di pulau-pulau, para nelayan dan kapal-kapal saudagar dalam kawasan itu boleh menggunakan perkhidmatan mudah alih, yang boleh juga digunakan untuk memberi bantuan apabila berlaku kejadian ribut mahupun aktiviti menyelamat di lautan.
Bagaimana Tentera Laut Amerika Syarikat mampu untuk mengalihkan Penerbangan MH370 ke pangkalan Diego Garcia, laporan ini berkata, ianya berjaya dilakukan dari jauh kerana pesawat Boeing 777-200ER ini dilengkapi dengan sistem terbang-dengan-wayar (fly-by-wire - FBW) yang berupaya menggantikan manual kawalan penerbangan pesawat konvensional dengan antara muka elektronik bagi membolehkan ia dikawal secara jarak jauh seperti kendalian mana-mana pesawat dron.
Walau bagaimanapun, meskipun pesawat ini mampu dikawal dari jauh, sistem komunikasi hanya boleh dinyah-aktif secara manual; dan dalam insiden Penerbangan MH370, sistem laporan datanya telah ditutup pada jam 01:07 pagi, diikuti dengan transponder (alat yang menghantar lokasi dan altitud) yang telah ditutup pada jam 01:21Apa yang kekal membingungkan tentang kejadian ini, dari analisis GRU media arus perdana Amerika Syarikat dilihat masih belum menuntut plot radar dan imej satelit Lautan Hindi dan Laut China Selatan daripada rejim Obama.
Hal ini disebabkan kepentingan kawasan ini di mana tentera AS melindungi keseluruhan kawasan di Diego Garcia kerana kawasan ini mempunyai kepentingan dari segi lorong udara dan perkapalan.
Adalah sangat menyedihkan dan laporan ini membuat suatu kesimpulan penting, Amerika Syarikat sebenarnya menyembunyikan fakta "kehilangan" Penerbangan MH370 kerana mereka juga sebenarnya telah berbuat demikian selepas peristiwa 11 September 2011 apabila rejim Bush "menghilangkan" penerbangan American Airlines Flight 77 yang membawa 64 penumpang dan anak kapal selepas secara palsu mendakwa ia akan menghentam Pentagon, tetapi kemudiannya telah disahkan oleh CNN perkara berkenaan tidak berlaku.
Suka ·  · 

Siri kekufuran generasi fir aun.


Berita sedih berganda..
Mahkamah di Mesir hari ini (24.3.2014) menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong bekas presiden Islamis Mohammed Morsi.
Ayuh bantu baca dan aminkan doa ini dengan ikhlas
Ya Allah! Muliakan Islam dan orang islam. Ya Allah! Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di semua tempat dan di semua masa.
Ya Allah! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mu) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.
Wahai Tuhan yang maha gagah, Wahai Tuhan yang maha keras, Wahai Tuhan yang maha membalas, Wahai Allah!!
Wahai Allah, tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), tuhan yang menggerakan langit, tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan yahudi, kalahkan hindu, kalahkan amerika dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka.
Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu.
Ya Allah! Rezekikan kepada kami Syahid di jalan kamu. Ya Allah! Berikan kepada kami kehidupan di dunia ini baik dan di akhirat juga baik, dan selamatkan kami dari Azab neraka.

Tuesday, March 11, 2014

Sistem kehakiman negara perlu bebas, adil & berakhlak


KUALA LUMPUR: Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) mempersoalkan proses perbicaraan dan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes liwat 2 membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menuntut sistem kehakiman negara dipulihkan bagi memastikan ia bebas, adil dan berakhlak.
Dalam satu kenyataan media, Presidennya  Ustaz Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad (gambar) berkata, terdapat unsur-unsur keraguan dalam proses perbicaraan serta keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu yang mensabitkan  Anwar bersalah di bawah Seksyen 377A dan dihukum penjara 5 tahun.
Antara keraguan yang timbul, jelas beliau adalah tarikh perbicaraan yang ditetapkan pada 7-10 April 2014 diawalkan kepada 6-7 Mac, iaitu hampir dengan tarikh penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang.
Ikram juga mempertikaikan keputusan sabitan dan hukuman pada hari akhir perbicaraan iaitu 7 Mac.
"Tindakan tergesa-gesa dalam memberi penghakiman bertukar (reverse decision) amat jarang berlaku di dalam kes rayuan seberat ini," tegas Dr Mohd Parid.
Ikram turut mempersoalkan penolakan permohonan peguambela oleh mahkamah untuk menangguhkan mitigasi hukuman bertujuan membolehkan pihak pembelaan menyediakan dokumen sokongan.
"Lazimnya mahkamah memberi tempoh yang munasabah kepada peguam tertuduh dalam menyediakan hujah mitigasi," katanya.
Sehubungan itu, tambah Dr Mohd Parid, Ikram memahami mengapa masyarakat mempersoalkan kewibawaan mahkamah dalam mengendali dan memutuskan kes Anwar.
Beliau menambah, keputusan diambil Anwar untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan tidak memberi sebarang makna jika persoalan dan kegusaran yang timbul dalam proses perundangan negara tidak ditangani secara profesional dan berintegriti.
Berdasarkan senario yang berlaku, Ikram secara tegas menuntut institusi kehakiman negara memastikan "keadilan bukan sekadar ditegakkan tetapi mesti dilihat ditegakkan".
Sistem kehakiman negara juga, tambah beliau perlu bebas dan dilihat bebas daripada sebarang campur tangan politik atau desakan pihak eksekutif.
"Kepercayaan rakyat kepada sistem kehakiman negara perlu dipulihkan dengan memastikan ia bebas, adil dan berakhlak," ujar Dr Mohd Parid.

Kes Anwar: ICJ anggap Mahkamah Rayuan ‘salah laksana keadilan


SHAH ALAM: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim(gambar) atas tuduhan kes membabitkan bekas pembantu peribadinya sebagai “salah laksana keadilan”.
ICJ dalam satu kenyataan berkata, 'pusingan-U' yang dilakukan Kerajaan Malaysia terhadap Anwar jelas melanggar standard hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang kerana Mahkamah Tinggi pada 2012 telah membebaskan pemimpin pembangkang itu.
"Artikel 377B Kanun Keseksaan Malaysia jarang sekali digunakan di Malaysia tetapi telah digunakan sebanyak dua kali terhadap Anwar,” katanya dalam satu kenyataan yang ditandantangani Pengarah Serantau ICJ bagi Asia dan Pasifik, Sam Zarifi.
Katanya keputusan untuk membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi “pasti menimbulkan keraguan kepada kebebasan dan kesaksamaan badan kehakiman Malaysia” dan “mencemarkan reputasi sistem undang-undang di negara ini.”
Jumaat lalu, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.
Hakim Datuk Balia Yusuf Wahi yang mengetuai panel tiga hakim itu bagaimanapun, membenarkan permohonan Anwar untuk menangguhkan keputusan itu sehingga rayuan dibuat kepada Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan itu.
Anwar kemudian dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dan dibenarkan meninggalkan mahkamah.
Ekoran keputusan itu, Anwar hilang kelayakan untuk bertanding sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang yang dikosongkan penyandang daripada PKR iaitu Lee Chin Cheh. - Selangorkini

MH370 hilang mengelirukan dan sesuatu yang ajaib


KUALA LUMPUR: Disamping penggunaan teknologi moden, usaha pencarian pesawat MAS MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu perlu juga menggunakan kaedah spritual yang diajar olaeg Islam.

Bekas Ketua Juruterbang B777 Fleet MAS, Kapten Norudin Abd Majid berkata, sebagai seorang Islam yang beriman, kehilangan pesawat ini perlu juga dilihat dari luar sudut sains dengan kembali kepada ajaran agama.

"Ia hilang, 100 peratus hilang...fullstop!

"Sebagai orang beriman, ini adalah ketentuan. Allah SWT menetukan segala-galanya. (Kehilangan) ini mengelirukan dan menjadi perkara ajaib yang kita dan dunia kena terima," kata beliau dalam temubual Buletin Utama malam tadi.

Beliau juga berkata bahawa Allah memberi cara dan kunci untuk temui apa sahaja dan manusia harus menggunakan segala usaha termasuk menggunakan kepakaran orang tertentu untuk mengesan pesawat MH370 itu.

Ditanya, siapakan orang itu, beliau berkata, "Doa daripada orang-orang yang soleh yang dekat dengan Allah dan keluarga (yang terlibat), kerana mereka sedang beremosi dan Allah sedang melihat mereka".

Beliau menegaskan, penggunaan kaedah sain dan spritual perlu seiring dalam usaha pencarian ini.

"InsyaAllah akan ditemui, akan ditemui.

"Gabungkan sains dan juga yang mencipta sains (Allah).

Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal, hilang daripada radar, kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang, pada pukul 12.41 pagi Sabtu, 8 Mac lalu.

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288