sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Thursday, December 24, 2009

Awal Muharram 1431H

Abang saya balik dari makkah dan tiba di KLIA sekitar jam 1.31pagi 19hb.12.2009. Sykur kerana selamat sampai semoga mendapat haji yang mabrurah. Banyak cerita dari pengalaman semasa beliau ditanah suci yang boleh diambil pengajaran.
Perkara yang akan dibicarakan disini ialah seperti tajuk di atas. Beliau mengatakan ketika beliau di Madinah iaitu hari rabu 16hb.12.2009 diwaktu petang telah membaca doa akhir tahun 1430H beberapa minit sebelum azan maghrib.dan selepas azan maghrib telah membaca pula doa awal tahun 1431H. Maknanya 1hb muharram 1431H di Saudi Arabia ialah pada hari khamis.
Di Malaysia pula kita baca doa akhr tahun dan awal tahun pada hari khamis petang. Maknanya 1hb.muharram di Malaysia ialah pada hari Jumaat.
Dalam erti yang lain kita lambat sehari dari Arab Saudi. Pada hari raya haji tahun 1430H, kita berhari raya pada hari jumaat dan di Saudi juga berhari raya pada hari jumaat.Masing-masing tak tengok anak bulan bagi bulan muharram dan terdapat perbezaan dalam perkiraan hisab. Sepatutnya tak boleh berlaku begitu tetapi mengapa boleh berbeza kiraan. kalau kita terlebih sememang wajar kerana kita terima matahari terbit dahulu. tatapi yang berkaku ialah kita terkemudian.
Pernah beberapa kali dalam tahun-tahun kebelakangan kita berhari raya haji selepas sehari jemaah haji di makkah berhariraya haji. sebabnya kita menetapkan hari raya haji dengan cara melihat anak bulan. bila pergi tengok anak bulan tak nampak. manakala Arab Saudi semasa nak menentukan tarikh wukuf pergi tengok anak bulan dan nampak. Sememang patut mereka pergi tengok anak bulan. tetapi kita pergi tengok anak bulan jugak tu kenapa?. persoalannya zaman sekarang ini teknologi komunikasi telah maju. dalam beberapa saat sahaja kita telah boleh mendapat perkhabaran dari serata tempat di pelusuk dunia. jadi kita boleh pakai kaedah tersebut.
Berbeza dengan melihat anak bulan ketika nak berpuasa dan berhari raya. tersangat jelas dalilnya. Dari kejadian tersebut sebenarnya tidak banyak masalah kepada manusia pada hakikatnya. Tak jadi soal sapa dahulu dan siapa kemudian yang penting ialah kefahaman terhadap konsep tersebut supaya ia tdak lari dari tuntutan syarak.
Dalam hal menetapkan hari raya haji misalnya. bila kita melihat anak bulan zulhijjah misalnya. diberi misal seperti berikut. Kita dimalaysia tengok anak bulan tak nampak. dan di Saudi nampai. Misalnya 1 zulhijjah jatuh pada hari khamis maka wukuf 9hb zulhijjah ialah pada hari Jumaat. dan hari raya bagi saudi ialah pada sabtu. Tetapi bagi Malaysia tak nampak anak bulan maka 1hb zulhijjah kena pada hari jumaat. rakyat malaysia yang nak berpuasa pada 09 zulhijjah akan berpuasa pada hari sabtu. sedangkan pada hari itu disaudi telah berhari raya haji. haram berpuasa pada hari raya haji. Mungkin ada dikalangan kita di malaysia akan kata kenapa kita nak ikut mereka (arab) untuk melepas diri dari masalah ini. Begitu juga sembelihan Qurban pada hari ke 13.
Barangkali tidak masalah sangat pada sembelihan pada 13hb tersebut. bukan tak boleh dimakan. tetapi yang penting dalam isu kedua ini ialah kita melakukan ibadah tersebut mestilah dengan yakin yang berteraskan hujjah. Hujjah yang dipegang mestilah berdasarkan nas tidak kuat hujah kita sekadar pakai akal sahaja.

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288