sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Thursday, December 31, 2009

Gerhana Bulan Malamni

Pernah beberapa kali saya menulis pasal gerhana bulan dan matahari. Bagi saya gerhana ialah isyarat dari Allah supa menjadi peduman seluruh manusia. Begitu juga ianya merupakan gambaran kebesaran dan kekuasaan Allah sebagai Rabb sekelian alam. Akan beruntunglah bagi manusia yang mendapat iktibar dari peristiwa tersebut.
Selain itu ianya merupakan pertolongan Allah kepada manusia dalam pentarikhan. Berlaku gerhana ialan suatu fenomena alam dimana kedudukan bumi, bulan dan matahari dalam segaris. Bila keadaan ini berlaku bermakna tarikh bagi kiraan bulan kamariah dapat ditentukan.
Jika berlaku gerhana bulan pastinya berlaku diwaktu malam, maknanya bulan purnama iaitu 15haribulan. Bila berlaku gerhana matahari maka sepatutnya esoknya ialah 1haribulan bagi bulan kamariah. Tetapi sesuatu yang menarik pada gerhana bulan malamni ialah 15hb bagi bulan kamariah dan 1hb. bagi bulan januari.
Mohon izin
Gerhana Bulan Separa Warnai Permulaan 2010. Apa petandanya?Posted on Wednesday, December 30 @ 16:42:33 PST Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper
Oleh: ustnik"
Fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku Jumaat ini, 1 Jan 2010 (15 Muharam 1431H) bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan. Menurut kenyataan Jakim hari ini, gerhana bermula dengan fasa penumbra pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pukul 3.24 pagi. “Gerhana ini dijangka berakhir pukul 5.28 pagi. Gerhana jelas hanya dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi dari pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum,” kata kenyataan itu.Rasa-rasa saya sepanjang 2009 ini acapkali gerhana berlaku-bulan atau matahari. Banyaknya berlaku gerhana menjadi petanda akhir zaman. Bahkan hampir semua tanda kecil Kiamat sudah berlaku. Hanya menunggu tanda besar sahaja. Mat Saleh lagi cepat mahukan Kiamat, 2012 dah berlaku. Dengan teknologi canggih cuba digambarkan peristiwa Kiamat. Tapi hanya di bumi? Sedangkan Kiamat berlaku melibatkan seluruh alam. Dan hakikat Kiamat dengan kedahsyatannya hanya Allah yang tahu.
Kita tak tahu tarikh Kiamat sebenar. Sepuluh tahun lagi, seribu tahun lagi, sejuta tahun lagi. Disebut man maata faqad qaamat qiamatuhu (sesiapa yang mati berlakulah kiamat dirinya). Kematian cukup hampir. Tragedi pengantin sekejap, kemalangan bas ekspres 2 tingkat, seorang lelaki tua Cina meninggal di restoran sebelum order minuman dan lain-lain membuktikan kematian sangat hampir.
Gerhana adalah fenomena alam ciptaan Tuhan, tetapi bukan sebarang fenomena. Ia tanda kebesaran Tuhan, tetapi bukan sebarang tanda.
Manusia berfikir akan berjaga-jaga dan sentiasa insaf sementara yang fasiq terus lalai dengan kefasiqannya. KeFASIQan mereka bermula dengan sambutan di ambang 2010 malam ini.

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288