sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Wednesday, September 19, 2012


Ning Baizura tarik diri dari persembahan minuman keras- Implementasi dari hijrah  



13 Sep – Industri muzik tempatan sekarang ini kecoh dengan penyanyi wanita popular, Mizz Nina yang dikritik teruk kerana bakal membuat persembahan sempena Guinness Arthur's Day bersama Ning Baizura.
Dipetik daripada laman Mynewshub, namun Ning menerusi laman rasminya, ning-baizura.com, telah menjelaskan bahawa dia langsung tidak tahu dia akan terlibat dalam persembahan Guinness Arthur's Day, kerana dia pada mulanya ditempah oleh Pihak Pengurusan Souled Out untuk mengadakan persembahan pada 28 September depan dan bukannya ditempah dari pihak Guinness Anchor Berhad (GAB).
"Dengan maklumnya, kami ingin menegaskan bahawa, Ning tidak ada sebarang kaitan dengan pihak pengurusan GAB," tulis Ning di laman rasminya.
Tambah Ning lagi, pihak GAB telah menggunakan wajahnya untuk dijadikan sebagai poster promosi acara tersebut tanpa pengetahuan dan izinnya.
Oleh itu, Ning telah menarik diri dari sebarang acara yang diuruskan oleh pihak Souled Out di Mont Kiara.
"Kami ingin memaklumkan kepada semua pihak bahawa Ning Baizura telah menarik diri daripada persembahan di Souled Out yang bertarikh pada 28 September 2012."

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288