sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Thursday, August 15, 2013

Hakikat di Mesir

[Mesir : Sebuah Rangkaian Pembohongan]

Oleh : Dr Tariq Ramadhan

Adalah merbahaya untuk menjadi rakan kepada Amerika Syarikat di Timur Tengah. Suatu fakta bahawa kerajaan Amerika lebih mengetahui situasi Timur Tengah berbanding mana-mana pemain politik di dunia Arab, bermula dengan kawan terbaik Amerika! Strategi ini mudah : tutup jejak anda, lupakan sejarah, jangan biarkan kebenaran menghalangi jalan. 

Sejak 60 tahun yang lalu, Amerika Syarikat telah menyokong tentera Mesir dan rejim-rejim diktator berturut-turut (Nasser, walaupun hubungan yang tegang, kemudian Sadat dan Mubarak) yang melindungi kepentingan geostrategik mereka, menggalakkan "keselamatan serantau" dan, sudah tentu, mempertahankan Israel. Tiada apa-apa yang telah berubah: pentadbiran Amerika adalah dalang di sebalik rampasan kuasa tentera 30 Jun, yang telah dirancang sejak awal lagi melalui arahan tentera atasan dan sekutu-sekutu awamnya, termasuk Mohammed el-Baradei. Seawal 2008-2009 el-Baradei, salah seorang aset strategik Mesir utama Amerika, telah maju ke hadapan secara sembunyi. 

Dalam ‘My Islam and Arab Awakening’ saya ada menerbitkan komen-komen dari pegawai-pegawai Amerika mengenai beliau dan penglibatan beliau dalam Gerakan 6 April. Pada hari rampasan kuasa, Amerika enggan menggambarkannya sebagai rampasan kuasa supaya sokongan kepada tentera sekutunya dan struktur kuasa politik baru tidak terjejas. Setiausaha Negara AS, John Kerry hanya mengesahkan perkara yang para penganalisis sudah pun tahu penipuan tersebut, apabila dia menyatakan beberapa hari selepas 30 Jun bahawa tentera telah "memulihkan proses demokrasi." Tidak ada keraguan bahawa kerajaan AS menyokong sepenuhnya tentera Mesir. Sekutu-sekutu serantau Amerika begitu pantas mengambil tindakan : berbilion ringgit dicurahkan dari Arab Saudi, UAE dan Kuwait.

Menutup jejak menjadi strategi pilihan. Secara domestik, mesin propaganda di dalam gear yang tinggi : "Amerika Syarikat telah campur tangan dalam hal ehwal Mesir dengan menyokong Ikhwan Muslimin (IM)". Penguasa politik baru (presiden sementara, Perdana Menteri dan sudah tentu, El Baradei) memainkan bahagian mereka dengan sempurna : Mereka mendakwa "dikecewakan" disebabkan kekurangan sokongan Amerika. Dalam ‘Washington Post’ dan tidak dalam akhbar Mesir, Jeneral As-Sisi -walaupun menghairankan- menuduh kerajaan Amerika Syarikat meninggalkan beliau : "Anda berpaling tadah daripada rakyat Mesir, dan mereka tidak akan pernah melupakannya" Washington Post , 3 Ogos 2013. 

Ia adalah satu langkah pertama yang bijak, berjaya menipu sebahagian penduduk Mesir. Tindakan ini menjadikan tentera dan kerajaan peralihan seolah-olah menjadi perajurit yang berani dan bebas (tanpa sokongan luar), manakala ejen Amerika dan kuasa-kuasa asing kononnya bersama-sama menyokong Ikhwanul Muslimin. Amerika jelas memahami kuasa propaganda itu, dan isyarat simbolik diperlukan untuk menampakkan propaganda kelihatan meyakinkan. Tetapi ia merupakan satu pembohongan sejak dari awal hingga akhir.

Fakta-fakta dan angka-angka yang dihasilkan adalah satu pembohongan yang lebih besar : 30 juta rakyat Mesir turun ke jalan-jalan, dakwa mereka, dan 16 juta menandatangani petisyen anti-kerajaan Mursi. Dari mana datangnya angka-angka ini, lalu dihebahkan dengan begitu meluas dalam media? Apabila membandingkan imej jemaah haji ke Mekah dengan imej-imej yang dikeluarkan tentera Mesir pada 30 Jun (yang dihantar kepada agensi-agensi akhbar di seluruh dunia : Google mengatakan mereka tidak menyiarkannya), pakar-pakar menganggarkan jumlah yang keluar berprotes tidak lebih daripada 4 atau 5 juta. Malah, angka 30 juta sama sekali tidak masuk akal, begitu juga dengan 16 juta tandatangan petisyen, terutamanya bagi sesiapa yang biasa dengan keadaan sosial di bumi Mesir. Propaganda baru; pembohongan baru.

Tidak dinafikan, jelas ramai rakyat Mesir yang kecewa dengan situasi semasa, diburukkan lagi dengan gangguan elektrik dan kekurangan petrol sebelum 30 Jun, yang tiba-tiba berakhir sehari selepas rampasan kuasa. Tetapi pergerakan protes yang telah meledak dengan begitu pantas amat menghairankan. Hampir sebulat suara rakyat Mesir -dijadikan cerita-mengisytiharkan sokongan kepada pembebas itu, jeneral As-Sisi, demokrat agung yang kononnya tiada langsung kaitan dengan Amerika Syarikat. Manakala ‘International Herald Tribune’ mendedahkan dalam beberapa hari kemudian, hubungan rapat as-Sisi dengan Amerika Syarikat dan Israel (3).

Bagi memastikan propaganda berjalan lancar, adalah penting untuk menunjukkan bahawa penunjuk perasaan hari ini hanyalah sebagai penyokong Presiden Muhammad Mursi, ataupun sebagai ahli Ikhwanul Muslimin. Hakikatnya rakyat Mesir tidaklah semuanya bodoh, melihat golongan "demokrat" yang menyokong tentera atau "Islamis" yang menyokong IM. Pembohongan ini disumbat kedalam kerongkong kita oleh media Mesir dan Barat, direka untuk mengaburi dimensi ideologi demonstrasi menentang rampasan kuasa.

Dalam semua bandar-bandar di Mesir (yang berlaku demonstrasi menentang rampasan kuasa), bukan semuanya ahli atau penyokong Ikhwan Muslimin. Mereka adalah wanita dan lelaki, di samping golongan sekular dan Islamis, koptik dan muslim, belia serta orang tua yang menolak manipulasi dan kembali kepada pemerintahan tentera atas nama "demokrasi." Ramai orang muda sememangnya, dan tetap kritikal pada Dr Mursi dan Ikhwan Muslimin serta dasar-dasar mereka, tetapi tiada apa yang naif tentang pemahaman mereka dalam pertaruhan politik. Malah, protes besar-besaran yang berterusan kelihatan seperti sepana yang tidak dijangka dalam kerja-kerja strategik tentera Mesir, kerajaan sementara dan sekutu mereka Amerika. Limpahan himpunan rakyat non-keganasan menentang '"demokrasi" rampasan kuasa tentera yang dijalankan telah menyebabkan banyak pihak tergamam.

Tetapi tunggu! Kita tambah satu lagi pendustaan, mereka mendakwa bahawa penunjuk perasaan bukan hanya ahli Ikhwan Muslimin, malah pelampau yang bekerja secara tersembunyi dengan "pengganas" Hamas (helah propaganda yang tidak pernah gagal di Barat) yang tidak akan teragak-agak untuk menggunakan kekerasan. Menteri Luar, Nabil Fahmy, mempertaruhkan kepercayaan orang awam apabila dia mendakwa bahawa ‘Amnesty International’ menyatakan penunjuk perasaan bersenjata atau menyembunyikan senjata. Amnesty International segera menerbitkan kenyataan tajam menafikan dakwaan beliau.

Pihak berkuasa Mesir baru-baru kini cuba untuk memburukkan penunjuk perasaan secara aman; semasa pembunuhan beramai-ramai 8 Julai, apabila polis melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang tidak bersenjata di atas nama pembelaan yang sah. Satu kempen media baru kini sedang dijalankan : Jika kerajaan berhasrat untuk membersihkan jalan-jalan-penunjuk perasaan-seperti yang didakwa mereka-penunjuk perasaan mestilah digambarkan sebagai berbahaya dan kejam, sebagai "pengganas".

Media Barat malangnya cukup suka untuk mengikut rentak tentera Mesir dan pihak berkuasa tempatan. Apa-apa sahaja boleh berlaku pada hari-hari yang akan datang, tindakan ganas oleh kumpulan ‘pelampau’ atau ‘pengganas’ yang kecil dan tidak dikenali (perkhidmatan rahsia Mesir adalah laluan utama pada ramuan segera untuk "pertempuran" atau "serangan") boleh digunakan untuk mewajarkan tindakan polis dan tentera secara besar-besaran (ketika cuba untuk mengelilingi dan mengasingkan penunjuk perasaan). Pembohongan besar seterusnya : Pasukan tentera hanya mempertahankan diri mereka.

Seperti yang saya selalu tekankan, golongan Islamis tidak boleh dikecualikan daripada kritikan. Keadaan di Timur Tengah seperti kubur; masa depan kelihatan keruh. Ia seolah-olah projek untuk membawa demokrasi ke rantau ini, seperti yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat George W. Bush pada 2003, akan membawa kepada ketidakstabilan serantau seperti yang dimodelkan melalui "pembebasan" Iraq. Sistem politik dan rejim akan dilemahkan, sumber minyak dan mineral diperoleh, dan Negara Israel, mengiringi satu lagi episod "proses damai" akan meneruskan strategi kolonialisasi mereka. Iraq, Syria, Mesir, Libya, Tunisia, Yaman (dan juga Sudan) telah pun terperangkap dalam pergolakan ini; negara-negara Teluk pula beroperasi dalam kawalan dan pantauan.

Harapan diletakkan begitu tinggi bahawa Barack Obama akan menjadi presiden yang membawa pembaharuan dan keterbukaan dasarnya. Namun sebaliknya yang terjadi. Rekodnya begitu menyedihkan! Noam Chomsky telah menyatakan, Obama hanya telah melakukan lebih sedikit daripada presiden-presiden terdahulu untuk menyelesaikan konflik Israel-Palestin. Malah, dia tidak mencapai apa-apa. Imej beliau sebagai Presiden Afrika-Amerika yang menarik, pemidato yang berbakat yang telah terbukti hanya skeptikal seperti yang sebelumnya. Sementara itu, penipuan terus berjalan; rakyat Mesir, seperti Iraq, Syria dan Palestin, harus ingat bahawa kerajaan AS bercakap benar apabila ia menegaskan bahawa ia tidak suka sesuatu yang lain kecuali 'demokrasi'.

Dalam menghadapi pembohongan ini, penunjuk perasaan secara aman -wanita dan lelaki, sekular dan Islam, golongan koptik dan umat Islam, agnostik dan ateis- adalah ekspresi sebenar kebangkitan Mesir. Mereka harus berdiri teguh, tanpa senjata; menolak pembohongan, propaganda dan manipulasi, mereka mesti menjadi penentu kepada nasib mereka sendiri.

Sumber : TariqRamadhan.com
‪#‎mesirkini

 — dengan Asudi Hamdun.


 

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288