sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Thursday, August 29, 2013

[Khawarij adalah mereka yang keluar menentang Mursi


[Khawarij adalah mereka yang keluar menentang Mursi - Yusuf al-Qaradawi]

Syeikh Yusuf al-Qaradawi, Ketua Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia menegaskan bahawa golongan Khawarij adalah mereka yang keluar menentang Presiden Muhammad Mursi.

Dalam rancangan "Syariah dan Kehidupan" terbitan stesen TV Al-Jazeera pada Ahad lalu yang membahaskan tentang golongan Khawarij, beliau menambah bahawa sesiapa yang keluar menentang pemerintah yang telah dipilih oleh rakyat, ia dianggap sebagai golongan Khawarij yang mesti ditentang dan tidak diterima rakyat.

Tegas beliau, Muhammad Mursi adalah pemerintah yang sah kerana beliau telah dipilih oleh majoriti. Qaradawi menyifatkan apa yang berlaku pada 3 Julai lalu di Mesir sebagai rampasan kuasa tentera terhadap pemerintah yang sah yang dipilih oleh kehendak rakyat dan menganggap bahawa pemansuhan perlembagaan yang telah dipilih oleh rakyat tidak boleh diterima.

Katanya, Presiden Muhammad Mursi memahami semua pandangan, dan menawarkan segala penyelesaian politik untuk keluar dari krisis dan sedang berjalan mengikut undang-undang dan Perlembagaan yang menunjukkan bahawa beliau adalah Presiden Mesir pertama yang menghormati badan kehakiman dan peruntukan-peruntukannya, walaupun badan tersebut menolak kebanyakan institusi-institusi kerajaan yang dipilih.

Beliau menegaskan bahawa Mursi memberikan warga Mesir kebebasan mutlak, dan mereka yang keluar menentangnya, tidak melakukannya seperti yang dilakukan oleh Abdel Fattah as-Sisi, Menteri Pertahanan, pemimpin rampasan kuasa yang menyekat kebebasan dan menutup suara-suara (rakyat), menunjukkan bahawa kebebasan tidak memberikan hak untuk menentang legitimasi (keabsahan Presiden yang dipilih rakyat).

Katanya, rakyat Mesir yang keluar mengecam rampasan kuasa secara aman, dan mereka yang dipanggil perampas kuasa adalah orang-orang yang menggunakan kekerasan dan membunuh dan mencederakan beribu-ribu manusia.

Tentang keharusan membunuh demonstran di Mesir yang didakwa difatwakan oleh Syeikh Ali Jum’ah, Qaradawi menyifatkan bekas Mufti Mesir itu sebagai "hamba penguasa dan polis". Beliau menempelak fatwa Ali Jum’ah dan berkata beliau bukan seorang alim yang tulen dan rakyat tidak boleh mengambil dalil dengannya.

Walaupun begitu, Syeikh Ali Jum'ah
menafikan dakwaan bahawa beliau berfatwa halal membunuh para demonstran di Mesir.

Sheikh Qaradawi menasihatkan Syeikh Ali Jum’ah supaya megeluarkan fatwanya terhadap As Sisi berkenaan (hukum) tidak boleh keluar menentang pemerintah, yang mana as-Sisi telah berkata bahawa beliau bersumpah dengan nama Allah untuk taat kepada Presiden yang dipilih dan kemudian mengetepikan sumpah tersebut.

Beliau berpandangan bahawa sesiapa yang mengharuskan pembunuhan umat Islam, mereka tidaklah bebas dan tidak boleh memimpin umat, kecuali untuk kejahatan, mereka tiada nilai di sisi ulama’-ulama’ yang hakiki yang wajib untuk umat merujuk kepada mereka.

Al-Qaradawi menekankan bahawa orang alim sebenar adalah yang takut kepada Allah dan berdiri teguh dengan hujah-hujah, al-Quran dan as-Sunnah, mengetahui hukum-hukum syariat dan dalil-dalil serta konteksnya, dan tidak meletakkan sesuatu hukum itu tidak kena pada tempatnya.


No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288