sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Monday, August 31, 2009

Kemalangan Jalanraya semalam di Lenggong

Kemalangan yang berlaku petang semalam antara jam 5 ke 6 petang berlaku dihadapan gerai En Bakar Salleh. Khabarnya Encik Bakar berada di gerainya itu. Mangsa (kereta kecil) yang malang itu ialah birasnya. Kemalangan ini tidak melibatkan kehihalangan nyawa. Kenderaan birasnya.
Anak gadis Encik Bakar mencerita sesuatu

Saturday, August 29, 2009

Hujan yang memanjang di lenggong

Sejak beberapa hari lalu hujan saban hari. Lebih ketara sejak hari khamis. Mula lebih kurang jam 3 petang hujan berterusan.Ada ketika berhenti, Hari jumaat waktu solah jumaat keadaan hujan reda. sekitar jam 3.30 hujan kembali mencurah sampai kepetang.
Keadaan di pasar ramadhan sungguh mendukacitakan. Banyak makanan tidak dibeli. Hari ini cuaca pagi panas tetapi keadaan sekarang dah mula ada hujan rintik-rintik. Perniagaan hari sabtu agak meriah banyak kenderan dan keadaan parking susah. Berkemungkinan ramai anak tempatan lenggong yang pulang sempana cuti hari kebangsaan.
Kepada semua diucapkan selamat menjalankan ibadah puasa dan selamat menyambut hari kebangsaan negara.

Friday, August 28, 2009

Merotan kesalahan minum Arak

Isu dalam bulan ramadhan almubarak tahun ini menuntut umat islam melihat dalam perspektif hikmah yang Allah kurniakan.
Pelbagai alasan dikemukakan atas penangguhan tersebut. Tetapi alasan penangguhan yang terbaik seperti yang disuarakan oleh Presiden PAS. Alasan menghormati bulan ramadhan juga bagus. Tetapi alasan tiada jawatan penyebat atau perotan telah dinafikan.
Menurut laporan tindakan menggantung keputusan tersebut dikatakan melanggar prosidur mahkamah.
Bagi saya semua tersebut ada kebenaran masing-masing. Perlu diingat perlaksanaan terhadap kes zina yang diadukan oleh seorang wanita itu sendiri kepada Rasullullah bagaimanakah Baginda melaksanakannya? Perlaksanaan yang dilakukan oleh Baginda ialah dasar perlaksanaan yang mesti dipatuhi. Isu dan syarat yang melayakkan penangguhan itu perlu dilihat. Hukuman tersebut menjadi suatu hikmat yang besar kepada manusia selepas Baginda.
Isu tiada ahli yang boleh merotan. Tugasan melaksanakan hukum Allah ini berkait rapat dengan keikhlasan dan taqwa. Petugas tidak boleh merotan dalam emosional. Haram melakukan dengan perasaan marah. Saidina Ali dalam satu peperangan, apabila musuh telah kecundang dan Saidina Ali bersedia untuk membunuh musuhnya itu tetapi membatalkan niatnya itu kerana musuhnya itu telah meludah kepadanya. Saidina Ali tidak membunuh mesuhnya itu dalam keadaan marah kerana diludahi. Bila ditanya oleh musuhnya itu kenapa Saidina Ali tidak membunuhnya ? Saidina Ali menjawab "Aku tidak mahu membunuh kamu kerana aku marahkan kamu meludah kemuka aku" Begitu tinggi pekerti dan kewibawaan Saidina Ali. Anak yang berumur 10 tahun boleh dirotan kalau tidak mengerjakan solat. Bagaimanakah seorang bapa merotan anak yang tidak mengerjakan solat? adakah dengan perasaan marah untuk menyakitkan? pastinya dengan kasih sayang.
Bagi saya perlu dilakukan sesuatu supaya semua pihak menyaksikan perlaksanaan hukuman ini dengan terus dan faham prosidurnya. Semua pihak perlu dijelaskan tatacara cara melaksanakan hukuman. Pelaksana perlu diperingatkan tentang tanggungjawabnya mesti dilakukan dengan keikhlasan. Beri peluang kepada sesiapa yang musykil untuk mendapat penjelasan.
Semoga semua beroleh keberkatan.
Kita tidak tahu bagaimanakah keadaannya ketika Nabi Ayob merotan isterinya, tetapi yang pastinya perlaksanaan itu mengikut hukum sebenar.
Semoga Allah memberi keampunan kepada Kartika.

Wednesday, August 26, 2009

Hadis Riadhus Solihin

Daripada AAishah R.A. katanya,
"Rasullullah s.a.w menggunakan tangan kanan bagi perkara bersuci dan makan. Baginda menggunakan tangan kiri semasa membasuh qadha hajat mengambil batu dan menghilangkan benda kotor"

Hadis Riadhus Solihin

Daripada Adi bin Hatim R.A. Rasullullah bersabdab
"Takutlah kamu kepada neraka sekalipun dengan bersedakah secebis kurma. Sesiapa yang tidak dapat berbuat demikian hendaklah ia bercakap dengan perkataan yang baik"
Dari Abu Zar R.A katanya,
Rasullullah S.A.W bersabda kepada ku,
"Janganlah kamu menghina amalan kebaikan sedikitpun walaupun kebaikan itu dengan sekadar menunjukkan muka manis semasa bertemu saudaramu"

Kiriman Brother Rustam

He is going on Leave - for 1 Month
MARHABAN YAA RAMADHAN
Assalaamu'alaikum wr.wb..
Marhaban ya Ramadhan, Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do'a kita di ijabah,
Sungguh cantik kain plekat, dipakai orang pergi ke pekanPuasa Ramadhan semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan
Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang e-mail ini
Sebelum cahaya shurga padam, Sebelum hidup ini berakhir Sebelum pintu tobat tertutup, Sebelum Ramadhan yang datang saya mohon maaf lahir dan bathin....
" Do'a Malaikat Zibril Menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri; * Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapat kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jum'at.

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DENGAN OPTIMAL, AAMIN. Wassalamu'alaikum Wr Wb,
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK.

Tuesday, August 25, 2009

Antara Perangai Orang

Orang akan memuji orang yang disukai dan disegani.
Orang pula akan mengeji orang yang tidak disukai.
Payah nak cari orang yang akan memuji orang yang tidak disukainya.
Agaknya mustahil bagi orang yang akan memuji musuhnya
Orang yahudi tidak pernah memuji orang Islam.
Jangankan memuji, Yahudi tidak pernah redha terhadap orang Islam.
Kalau ada yang memuji musuh (kebenaran pada musuh) pastinya orang itu seorang seorang yang budiman.
Tetapi ada pula ditemui orang yang memuji musuh selepas beberapa dia menjadi kawan kepada musuh itu dan memusuhi kawan/sahabat yang lama. Orang jenis ini pastinya sudah termakan atau ada sesuatu kepentingan yang tersembunyi.
Hari ini kita boleh lihat perangai ini dengan jelas dan nyata.
Kita boleh tengok sejauhmana pegangan kepada prinsip yang dipegang.
Sejarah memapar keperibadian Abu Sufian sebelum islam.
Bila ditanya mengenai Muhammad ( semasa di Syam)
Sebagai seorang yang berhemah beliau berkata benar dan tidak menokok tambah yang memburukkan Muhammad. Sedangkan ketika itu dia masih belum Islam dan memusuhi Nabi.
Ketika Rasullullah memasuki Makkah, Rasullullah memberi penghormatan kepada Abu Sufian dengan kata " Barangsiapa yang berlindung di rumah Abu Sufian maka orang itu aman"
Rasullullah memberi penghormatan dan jaminan kepada Abu Sufian.
Hari ini bila Kata Tok Guru diputar belitkan,
Kita lihat dan nampak jenis golongan yang berkata.
siapa yang berkata benar mengikut kebenarannya.
Siapa yang berkata benar mengikut kepentingan.
Siapa yang berkata benar setelah disiasat sifat pembawa berita ( orang yang munafik)
Semua orang yang akan berkata dia berkata benar.
Tiada siapa yang kata dia tidak berkata benar.

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288