sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Friday, August 28, 2009

Merotan kesalahan minum Arak

Isu dalam bulan ramadhan almubarak tahun ini menuntut umat islam melihat dalam perspektif hikmah yang Allah kurniakan.
Pelbagai alasan dikemukakan atas penangguhan tersebut. Tetapi alasan penangguhan yang terbaik seperti yang disuarakan oleh Presiden PAS. Alasan menghormati bulan ramadhan juga bagus. Tetapi alasan tiada jawatan penyebat atau perotan telah dinafikan.
Menurut laporan tindakan menggantung keputusan tersebut dikatakan melanggar prosidur mahkamah.
Bagi saya semua tersebut ada kebenaran masing-masing. Perlu diingat perlaksanaan terhadap kes zina yang diadukan oleh seorang wanita itu sendiri kepada Rasullullah bagaimanakah Baginda melaksanakannya? Perlaksanaan yang dilakukan oleh Baginda ialah dasar perlaksanaan yang mesti dipatuhi. Isu dan syarat yang melayakkan penangguhan itu perlu dilihat. Hukuman tersebut menjadi suatu hikmat yang besar kepada manusia selepas Baginda.
Isu tiada ahli yang boleh merotan. Tugasan melaksanakan hukum Allah ini berkait rapat dengan keikhlasan dan taqwa. Petugas tidak boleh merotan dalam emosional. Haram melakukan dengan perasaan marah. Saidina Ali dalam satu peperangan, apabila musuh telah kecundang dan Saidina Ali bersedia untuk membunuh musuhnya itu tetapi membatalkan niatnya itu kerana musuhnya itu telah meludah kepadanya. Saidina Ali tidak membunuh mesuhnya itu dalam keadaan marah kerana diludahi. Bila ditanya oleh musuhnya itu kenapa Saidina Ali tidak membunuhnya ? Saidina Ali menjawab "Aku tidak mahu membunuh kamu kerana aku marahkan kamu meludah kemuka aku" Begitu tinggi pekerti dan kewibawaan Saidina Ali. Anak yang berumur 10 tahun boleh dirotan kalau tidak mengerjakan solat. Bagaimanakah seorang bapa merotan anak yang tidak mengerjakan solat? adakah dengan perasaan marah untuk menyakitkan? pastinya dengan kasih sayang.
Bagi saya perlu dilakukan sesuatu supaya semua pihak menyaksikan perlaksanaan hukuman ini dengan terus dan faham prosidurnya. Semua pihak perlu dijelaskan tatacara cara melaksanakan hukuman. Pelaksana perlu diperingatkan tentang tanggungjawabnya mesti dilakukan dengan keikhlasan. Beri peluang kepada sesiapa yang musykil untuk mendapat penjelasan.
Semoga semua beroleh keberkatan.
Kita tidak tahu bagaimanakah keadaannya ketika Nabi Ayob merotan isterinya, tetapi yang pastinya perlaksanaan itu mengikut hukum sebenar.
Semoga Allah memberi keampunan kepada Kartika.

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288