sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Monday, August 10, 2009

Hebahan Berita

Isnin 10 Ogos 2009 18 Sha'ban 1430 Hijrah
8 lagi mati akibat selesema babi
Harakahdaily Sun Aug 09, 09 4:44:56 pm MYT
KOTA KINABALU, 9 Ogos - Lapan lagi kematian akibat Influenza A (H1N1) disahkan hari Ahad menjadikan jumlah kematian kepada 26 di negara ini.
Menteri Kesihatan Dato' Seri Liow Tiong Lai, seperti dilaporkan Bernama, berkata tujuh kematian melibatkan kumpulan berisiko tinggi dan sesetengahnya dilaporkan lewat berikutan bedah siasat untuk kajian dan pengesahan punca kematian.
Beliau berkata satu kematian dicatatkan pada 3 Ogos, diikuti dua lagi (5 Ogos), empat (6 Ogos) dan satu lagi pada 8 Ogos," katanya kepada pemberita pada majlis penamaan semula Hospital Likas kepada Hospital Wanita dan Kanak Kanak Sabah di sini pada hari Ahad.
Liow berkata dua daripada kes itu adalah dari Sabah.
Katanya yang pertama melibatkan seorang wanita obes berumur 24 tahun yang dirawat di Hospital Ranau pada 1 Ogos, yang mengalami demam dan batuk selama empat hari.
Wanita itu kemudian dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) di sini pada 5 Ogos dan meninggal dunia pada hari yang sama.
Satu lagi kes melibatkan lelaki berumur 74 tahun yang menghidap sakit jantung kronik yang dimasukkan ke QEH pada 3 Ogos, yang mempunyai sejarah mengalami masalah kesukaran bernafas selama sebulan dan demam selama sehari sahaja.
Lelaki itu meninggal dunia pada 6 Ogos.
Kes lain termasuk pelajar wanita berumur 20 tahun yang dirawat sebagai pesakit luar bagi penyakit serupa Influenza (ILI) pada 1 Ogos dan meninggal dunia di bilik asrama, lima hari kemudian; seorang lelaki berumur 48 tahun yang menghidap asma dan hipertensi dari Sarawak, dan seorang lelaki obes berumur 37 tahun dari Johor.
Liow berkata pada ketika ini, terdapat sejumlah 62 kes yang sedang menerima rawatan di hospital dan 13 kes lagi dirawat di unit rawatan rapi (ICU), manakala lima lagi kes disyaki H1N1 turut ditempatkan di ICU bagi menunggu keputusan.
"Setakat ini di Sabah, kes H1N1 yang disahkan ialah 402 kes, dua kematian, tujuh sedang dirawat di hospital di mana seorang dalam ICU, dan tujuh lagi kes ILI, sementara menunggu pengesahan," katanya dan menurutnya terdapat kanak-kanak yang terlibat tetapi tidak mempunyai butirannya.
Liow berkata 35 buah sekolah telah ditutup di Sabah akibat wabak H1N1. _

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288