sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Saturday, August 8, 2009

Krisis gula menjalar juga di lenggong.

Khabarnya begitu, tetapi setakat ini tidak serius. Ada pekedai memesan 5ton gula, tetapi hanya sampai 2 ton sahaja. ada juga pengguna yang merungut. begitulah keadaannya bila berlaku sesuatu dan usaha menanganinya tidak dilakukan secara bijaksana. Pemimpin yang berwajib yang hendak melaksana pula tidak memiliki sikap dan keilmuan yang bijaksana. Bagaimana ianya boleh menjadi krisis jika bahan gula mencukupi? apakah masalahnya sehingga menjadi krisis. Pasti yang diketahui umum ialah penyeludupan ke luar sempadan. Bagaimana usaha membenteras kerja jahat itu. sehingga dalam laporan tv mudah mendapat gula di sempadan thailand.
Rakyat yang ramai kekadang terbawak dengan panic mereka. bila dengar kata gula tiada mereka bergegas ke kedai untuk membeli dengan kadar yang berganda.
Persoalan disini ada dua sekurang-kurangnya. pertama penyeludupan yang usaha membenteraskannya disambillewakan. Kedua pembelian panic akibat dari berita sensasi yang menyebabkan kepanikkan itu berlaku.
Dimanakah masalah ini berlaku dan boleh diselesaikan.
Dalam penguatkuasaan pihak berwajib iaitu kerajaan uang menjadi keutamaan. Rakyat diutamakan kerana itu kerajaan terutama perlu laksanakan langkah yang bijak dan tegas. Kalau demo aman mansuh ISA tindakan tegas dari FRU kenapa usaha pencegahan gula tidak dilakukan setegas itu. Pengertian mudah ialah isu politik yang diutamakan bukan rakyat.
Kedua kerajaan sendiri melalui kementerian menyebut pasal gula kerana itu rakyat dah faham cara lain. bila nak puasa soal gula dibicarakan tidak lain tujuannya untuk menaikkan harga gula. keadaan inilah yang menyebabkan pembelian panic. Kerajaan sendiri yang mempanickan rakyat. Contoh jelas bila GMI nak buat demonstrasi di kl 1 ogos baru ini kerajaan dan polis dah keluar amaran arah tutup premis perniagaan dan berbagai. dengan kenderaan FRU yang anggota beribu itu semuanya menjadikan keadaan panic. malahan siapa yang bertindak ganas.
Soal sekarang siapa yang berhati mulia yang mengaku kesalahan sendiri. Tepuklah dada tanyalah iman.

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288