sallu alan nabi
Hadis Nabi
Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.
Ayat Al Qur'an
Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -
(Saad 38:54)Ayat Al Qur'an
"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.
(Ad-Dukhaan 44:20)Monday, August 24, 2009
Kerana pulut
Yang paling seronok bagi sesetengah orang ialah mengata orang.
Yang paling memerit bagi orang ialah kena kata dek orang
Yang membahagiakan orang bila kena pujian orang.
Tak ramai orang yang suka memuji orang
Barangkali ramai orang yang suka mengeji orang.
Mengeji orang mengundang kebencian orang
Memuji orang mengundang kesetian kawan
Susah bila mengeji orang
Senang bila memuji kawan dan taulan
Lidah yang tak bertulang
Boleh nak dituturkan dalam berbagai bahasa
Jadikanlah tuturan kata dari mulut dan lidah yang tak bertulang itu sesuatu yang mengembirakan orang.
Elakkan kata-kata yang menggusarkan.
Kata-kata dari lidah akan menggambarkar suatu ilmu. Jadikan ilmu dari kata-kata itu terbit dari antara menjelaskan ayat-ayat Allah yang akan memperlihatkan kebesarannya. Elakkan kata-kata yang terbit dari lidah itu yang tidak tertempis di hadapan Allah di akhirat. Hiasi kalimat dari dari lidah yang tak bertulang dengan saduran keimanan.
No comments:
Post a Comment