sallu alan nabi
Hadis Nabi
Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.
Ayat Al Qur'an
Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -
(Saad 38:54)Ayat Al Qur'an
"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.
(Ad-Dukhaan 44:20)Tuesday, August 25, 2009
Antara Perangai Orang
Orang pula akan mengeji orang yang tidak disukai.
Payah nak cari orang yang akan memuji orang yang tidak disukainya.
Agaknya mustahil bagi orang yang akan memuji musuhnya
Orang yahudi tidak pernah memuji orang Islam.
Jangankan memuji, Yahudi tidak pernah redha terhadap orang Islam.
Kalau ada yang memuji musuh (kebenaran pada musuh) pastinya orang itu seorang seorang yang budiman.
Tetapi ada pula ditemui orang yang memuji musuh selepas beberapa dia menjadi kawan kepada musuh itu dan memusuhi kawan/sahabat yang lama. Orang jenis ini pastinya sudah termakan atau ada sesuatu kepentingan yang tersembunyi.
Hari ini kita boleh lihat perangai ini dengan jelas dan nyata.
Kita boleh tengok sejauhmana pegangan kepada prinsip yang dipegang.
Sejarah memapar keperibadian Abu Sufian sebelum islam.
Bila ditanya mengenai Muhammad ( semasa di Syam)
Sebagai seorang yang berhemah beliau berkata benar dan tidak menokok tambah yang memburukkan Muhammad. Sedangkan ketika itu dia masih belum Islam dan memusuhi Nabi.
Ketika Rasullullah memasuki Makkah, Rasullullah memberi penghormatan kepada Abu Sufian dengan kata " Barangsiapa yang berlindung di rumah Abu Sufian maka orang itu aman"
Rasullullah memberi penghormatan dan jaminan kepada Abu Sufian.
Hari ini bila Kata Tok Guru diputar belitkan,
Kita lihat dan nampak jenis golongan yang berkata.
siapa yang berkata benar mengikut kebenarannya.
Siapa yang berkata benar mengikut kepentingan.
Siapa yang berkata benar setelah disiasat sifat pembawa berita ( orang yang munafik)
Semua orang yang akan berkata dia berkata benar.
Tiada siapa yang kata dia tidak berkata benar.
No comments:
Post a Comment