Bila seseorang berkata sesuatu yang tidak benar terhadap seseorang itulah disebut menghina. Seseorang itu tidak berkata begitu dan si penghina berkata yang orang itu berkata begitu. Memfitnah juga menghina. Seseorang tak kata begitu si pemfitnah berkata orang itu berkata begitu.
Sa'labah dikatakan menghina ialah kerana itu zakat dia tidak diterima oleh rasullullah dan kedua-dua khalifah selepas Rasullullah. sebabnya bila Rasullullah minta dia keluarkan zakat si saklabah ini mengatakan dalam islam ada cukai. Sa'labah menyamakan cukai dengan zakat. kerana itu Rasullullah dan dua khalifah selepas Baginda tidak menerima zakat sa'labah.
Selepas perang badar, setelah penebusan terhadap tawanan perang quraisy selesai. Terdapat yang tidak mampu menebus diri. Mereka ditempat disuatu tempat. Seorang sahabat Rasullullah kalau tidak silap saya namanya Abi Lubabah telah melalui kawasan tersebut. Abi Lubabah telah ditanya oleh para tawanan tersebut akan gerangan yang akan dihukum oleh Rasullullah keatas mereka. Ketika itu Abi Lubabah memberi isyarat seperti pancong. Sedangkan Abi Lubabah tidak mendapat keizinan dari Rasullullah untuk berkata begitu. Sebagai sahabat Abi Lubabah terasa dirinya telah membuat suatu kesilapan dan dosa.
Atas perasaan dosa yang dirasai itu Abi Lubabah telah mengikat dirinya di suatu tiang di masjid nabi. Beliau tidak membenarkan sesiapa membuka ikatan itu. sehingga Rasullullah sendiri yang membuka ikatan tersebut. Perkhabaran telah sampai kepada Rasullullah dan turun ayat mengampunkan Abi Lubabah. dan pada tiang tersebut itu dikenali sebagai tiang taubat. Begitu peribadi seorang sahabat. dan pendirian itu benar dengan turun ayat menerima taubatnya.
Perbuatan beliau yang mendahului nabi itu sebenarnya satu kesalahan dan menghina Rasullullah.
Mengambil kira keadaan tersebut ternyata sekarang ini terlalu banyak penghinaan yang dilakukan oleh orang ramai samada kepada orang persaorangan atau juga kepada agama.
No comments:
Post a Comment