Pada perhimpunan pagi ini isnin 27hb. April 2009. Saya memberi penjelasan mengenai satu sifat bagi orang yang pandai iaitu mencatat. idea ini timbul ekoran dari informasi ringkas dari guru media yang menyebut pasal tabiat membaca. Bagi memperkemaskan input tersebut saya menambah dengan tabiat atau amalan memcatat sebarang bacaan dan pemerhatian. Murid tahun 3 hingga enam sememangnya telah dibekalkan buku catatan dan murid harus menggunakan buku tersebut untuk mencatatkan sebarang peristiwa.Bank Islam Taiping telah menjadikan sekolah ini sebagai sekolah angkat mereka justeru itu murid dibekalkan dengan buku catatan harian . Murid boleh menggunakan buku tersebut sebagai catatan kewangan masing-masing.


No comments:
Post a Comment