Perjalanan ke taiping untuk menerima sumbangan zakat dari bank rakyat sempena carnival bank rakyat. Dalam perjalanan pergi melihat kemalangan jalanraya di kawasan selepas sauk sebelum simpang ke kati berhampiran dengan kilang sawit dan kilang kuari. sebuah van tersasar dari jalan besar.
Tiba di tapak carnival jam 4.00 petang dan majlis penyampaian tersebut jam 5.30 ptg. Pulang dan sampai di rumah jam 7.15 malam. Sampai dirumah mendapat perkhabaran kemalangan di tasik raban yang menyebabkan kematian. sehingga pagini mangsa belum ditemui. khabarnya dikatakan bot mangsa terlanggar kayu di kawasan kampong beng.
No comments:
Post a Comment