sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Thursday, June 11, 2009

Kerana Pulut Santan Binasa

Kerana mulut badan binasa. Itu kenyataan yang mengambarkan keadaan yang lumrah terjadi dalam masyarakat biasa terutama dalam masyarakat melayu. Dalam keadaan yang lumrah dan menjadi kebiasaan seringkali lontara kata dari mulut dikeluarkan tanpa mengira persekitaran.
Seorang teman ada menyebat suatu perkara saya iaitu susuatu yang amat sedap dan seronok ialah mengata orang senyum sendiri dan terkekeh-keh gelak dibuatnya. Dan sesuatu yang amat perit ialah kena kata dek orang, merah padam muka dibuatnya.
Kerana itu berhatilah dalam mengeluarkan kata-kata. Peringatan ini diberikan kerana manusia dijadikan Allah dalam pelbagaian persepsi serta penerimaan. Rambut sama hitam hati sapa tahu. Biarpun tidur sebantal mimpi belum tentu sama malah bermimpikan lain-lain. Setiap manusia yang hendak berkata-kata patutlah berwaspada supaya kata-kata yang dilontar tidak menyinggongkan perasaan lain. Mesti waspada supaya kata-kata tidak disalah tafsir oleh pentafsir yang salah. Agar tidak disengajakan salah tafsir oleh musuh. Manusia selalu lupa. Manusia mesti selalu diperingatkan. Tidak boleh ada rahsia kerana rahsia akan mencurigakan rakan dan sahabat.
Di zaman Nabi kita lihat sejarah peperangan uhud. sahabat yang bertugas sebagai pasokan pemanah lupa pesanan Nabi supaya jangan turun malah mereka tamakkan harta rampasan. Itu dizaman Nabi manusia boleh lupa pesanan Nabi bila melihat harta yang ditinggalkan musuh.
Kini kita dah lebih dari 1400 tahun tentunya kepelbagaian cara penerimaan merupakan halangan yang boleh menjadi masalah besar. Kerana itu ketelusan dalam kata-kata adalah perlu.
Setiap manusia terutama pemimpin perlu memperlihatkan hemah yang tinggi. Empat sifat wajib bagi Rasul mesti masak dalam pegangan seseorang pemimpin. Tidak boleh samasekali untuk bergurau atau melawak.
Sesuatu yang berat hendak diperkatakan mestilah disandarkan dengan sandaran yang kukuh. Contoh sandaran yang kukuh yang dilaksanakan oleh kepimpinan PAS ialah seperti gaya Tok Guru Nik Aziz yang sering mengadakan munajat kehadrat Allah memohon pertolongan. Begitu juga tindakan Tuan Guru Ustaz Hadi yaang memaklumkan calon pilihan raya kecil di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang setelah beliau mengadakan solat istikharah. Kedua-dua methodologi itu diterima umum umat islam. Bila disebut sesuatu perkara itu hasil dari istikharah atau dan juga munajat atau kaedah lain yang diterima sebagai suatu cara orang yang menerima akan dapat menerima dan faham.
Kerana itu sebarang sesuatu konsep atau kenyataan yang hendak dikeluarkan perlu melihat perkara sebenar supaya kalimat kerana mulut badan binasa. Sebalik kalimat tadi menjadi
Kerana pulut santan terasa
kerana mulut badan selesa sentiasa.
semua orang suka dan ceria.

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288