sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Sunday, June 7, 2009

Paksi-paksi Kekuatan PAS

Sejak tertubuhnya PAS tahun dari tahun 1950 an dahulu pelbagai jalan dan likuan beranjau telah dilalui oleh PAS. Syukur PAS dapat melaluinya dengan tabah sabar dan penuh iltizam serta istikamah. Antara elemen atau unsur yang menjadi sumber kekuatan PAS yang akan dibicarakan disini ialah institusi ulama' dan peranan yang dimainkan oleh ulama'. Sememang tidak dinafikan akan sumbangan dari golongan profesional. Malah golongan profesionallah yang telah berjaya memacukan martabat dan marwah PAS. Golongan profesional seperti yang dimaksudkan oleh Sasterawan Negara A Samad Said sebagai ulpro (ulama profesional) manakala beliau sendiri sebagai sasterawan profesional yang berada di pintu kamar ulama'.
Sebelum perbicaraan terhadap elemen ulama yang menjadi sumber kekuatan dan servival PAS. Penulis ingin memaparkan pengiktirafan Rasullullah terhadap profesionalis dizaman baginda. Salman Alfarisi seorang profesional yang mencadangkan pembinaan parit semasa menghadapi serangan musyrikin dan asobiyah arab. Semasa hijrah sambutan keatas Rasullullah dengan nasyid yang merdu dan syahdu menandakan pengiktirafan Rasullullah kepada golongan profesional seni atau sasterawan. Semoga berbahgia dan mendapat pemeliharaan ALLAHlah golongan profesional dan sasterawan yang bersama PAS dan pakatan Rakyat. Ketokohan seperti Prof Shahnon, A Samad Said, Dinsman, Azizi Abdullah dan ramai lagi. Menyerikan persada seni dan sastera dalam politik islam untuk semua masyarakat Malaysia.
Berbalik kepada ulama' dan institusinya, sejak penubuhan PAS ianya subur biak terutama dinegeri Kelantan Terengganu dan Kedah. Faktor yang dilihat menjadikan di ketiga negeri ini sebagai tanah yang subur bagi PAS ialah di negeri-negeri ini ramai ulama' yang ikhlas yang membangunkan dan mengembangkan keilmuan mereka melalui sekolah-sekolah pondok atau sekolah agama rakyat. Di Kelantan ulama' tersohor Tok Kenali dengan pondoknya. Di Kelantan juga terdapat banyak pendok-pondok. Begiru juga di Terengganu dan Kedah. Di Perak Ustaz Haji Ahmad Tuan Hussien menggunakan seluruh hartanya untuk pondoknya. Dan Haji Ahmad Tuan Husien merupakan MP PAS yang pertama dalam parlimen. Beliau menang dalam pilihanraya tahun 55. Banyak terdapat pondok-pondok terdapat di permatang pauh. Di Penanti pondok Sheikh Osman Jalaluddin dan dikawasan itu juga hadirnya pemimpin PAS Almarhum Hj Zabidi Ali.
Melihat kepada senario tersebut, golongan ulama' dan ustaz yang berada dalam saf kepimpinan PAS baik pusat atau negeri atau kawasan semestinyalah melihat keadaan ini merupakan suatu opputurnity atau peluang dalam memartabatkan PAS sesuai dengan slogan PAS for ALL. Dalam keadaan kesepakatan Pakatan Rakyat yang memiliki maksud slogan yang sama dalam aspirasi perjuang politik negara malaysia.

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288